Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

Terkesan di hati

Share dari peserta Pertandingan Video Osem APG'11. Banyak yang awesome dan ni antara yang memang terkesan kat hati saya.

1) Aku seorang robot
Bantulah jiwamu. Ia perlu tarbiyah

2) Kecil

Setiap amalan bergantung kepada niat

dan yang ni paling best!

3) Bulatan Gembira
Oh! rindunya nak berusrah

Thursday, December 22, 2011

Saturday, December 17, 2011

Ziarah

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi) 



Antara adab menziarahi orang sakit ialah: 

1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya. 

2.Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang. 

3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya). 

4.Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. 

5.Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”. 

6.Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu. 

7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud: 
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi) 



Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa yang menjenguk orang sakit, maka ia akan selalu berada dalam kebun syurga."Orang-orang bertanya,"Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kebun syurga itu?"Rasulullah menjawab,"Buah-buahnya."(HR Muslim)

Disebutkan dalam ash-Shahihain dari Abu Hurairah,

"Aku mendengar Rasulullah SAW mengatakan, "Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya ada lima:menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantarkan jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang bersin."


(copy pasted from halaqah.net)

Thursday, December 15, 2011

Fluid mechanics is essentially the study of fluid in motion (fluid in dynamic mode) or at rest (fluid in stationary mode). CFD is particularly dedicated to the former, fluids that are in motion, and how the fluid behaviour influences processes that may include heat transfer and possibly chemical reactions in combusting flows. (Jiyuan et al., 2008)

Saturday, November 26, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Scrapaperclip Giveaway

Salam semua.

First time saya nak join giveaway untuk b2b ni hihi excited sungguh!

Ok tak mau mukaddimah panjang, just nak anda semua KLIK SINI terus je. Cik Farah Diana dari scrapaperclip.com baru sahaja melancarkan website nya yang menawarkan macam-macam servis yang saya tengok kebanyakannya adalah handmade. Untuk barangan kahwin boleh, kad ucapan, cenderahati dan eh banyak lagi lah kot. Cantek dan kreatif ok!





Ha ni antara contoh hasilnya. Kreatif sangat kan? Dah tu cik Farah kita baik hati sangat nak bagi Giveaway Wedding Guestbook untuk 2012 wedding dan Secret Give tau. Ahai seronoknyalah kalau dapat guestbook tu untuk acara tahun depan hehu. So, apa lagi jom join kawan-kawan! Scrapaperclip Giveaway

Sunday, November 13, 2011

Penangan MasterChef

Salam semua. 


Salam Aidiladha juga. Dalam bulan ni saya agak rajin mencuba resepi baru. Semua ni gara-gara masterchef la. Tapi best jugak sebagai persediaan nak kawin tak lama lagi hahaha mood gatal pulak. Okay ni saya nak share satu resepi biskut raya. Aidiladha baru ni saya test buat n alhamdulillah boleh tahan jugak rasanya. U olls boleh la try ye. Senang yang amat dan rasanya pun, makan satu nak lagi hehehe over ok. Resepinya saya just google and alter la sikit2 ikut suka hati dan apa yang ada kat dapur je ;p 

Biskut Cornflakes Keemasan

Bahan-bahan:
250 gram marjerin planta
1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 camca baking powder
1/2 kotak cornflakes
1 biji telur (ambil kuningnya sahaja)

Cara-cara:
1. Kisarkan cornflakes sehingga separa halus.
2. Di bekas yang lain, pukul gula dan marjerin bersama sehingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk baking powder. Gaul mesra.
4. Masukkan cornflakes dan gaul lagi.
5. Setelah adunan sebati, sudukan atau bentukkan bulat mengikut citarasa masing-masing.
6. Sapukan kuning telur ke atasnya.
7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170 dC.
8. Setelah masak, tunggu sehingga biskut sejuk sebelum disimpan.



Selamat mencuba!

Wednesday, October 26, 2011

Business women

Salam and good day all. 

Apa khabar semua? hi2 ayat bajet retiss ye. Ok harini saya nak promote business my friends. Women sure akan tertarik punya lah. Tapi lelaki pun boleh tengok apa salahnya mungkin untuk rujukan jugak hee. Meh tengok meh 3 singgit 3 singgit ha3 just kidding. Saje nak tiru ayat mail upin ipin hiks.

Okay first item let's check it out.

KHIDMAT GUBAHAN HANTARAN

Okay sila ambil masa anda cuci mata lihat hasilnya dulu ye :)



Cantik kan? Harga yang ditawarkan serendah RM 30 per dulang sahaja (depends on design). Sekitar Selangor and KL ye. For further information, you can directly ask Miss Syuhada via phone (012-212 5287)

Okay now let's see the next item.

BABY ROMPERS, DRESS, STUFFS & etc. 





how cute they are kan wehuuu. blog mama ida bukan hanya untuk barangan baby je tau. untuk ibu2 pun ada. bawah ni antara thsirt breastfeeding muslimah. sangat cantik, labuh, sopan and trendy too!


this one is my favourite hihih. kak ida, nanti saya da kawen n pregnant saya order ye? :D



Okay for more info, you may visit her blog shop HERE and please please please support and like her facebook FAN PAGE

Sunday, October 23, 2011

lovelove

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Saturday, October 22, 2011

bride to be

ahah sabar jela dalam bulan ni baru tahu pasal group b2b ni padahal turn ko pun tak lama da wehhh hu3

Wednesday, October 12, 2011

2 budak botak


pipi budak pakai spec totappp sama tapi masa kecik lagi comel kot *naktarik2* hihih

Thursday, September 29, 2011

Bermimpi di siang hari

Seronoknya kalau dapat keje kat sini :))

i'm leaving on a jet plane.. ewahh

Wednesday, September 21, 2011

Syawal 1432H


Salam.

Direct la kan asek buat summary bulanan je. Before ni summary entry Ramadhan. Now Syawal pulak. Nampok benor pemalasnya! ha3. Biar la ye. Ada orang kisah ke? hiks

Raya tahun ni sama macam tahun lepas. 1 Syawal di Kuantan. Tapi yang tak bestnya saya dah out of family theme la pulak. Nak buat macam mana saya da pilih baju kaler merah tu awal2. Ingatkan mak da beli baju lain untuk first raya. Sekali nan adooo hu2. Abah n adik2 lelaki pulak da sepakat nak beli baju kaler sedondon. Hah amik la kau terpulau seko2 kan ;p

Tapi sebenarnya abah n adik2 lelaki tu ada tujuan tersirat buat camtu. Alahai malu nak cerita nanti2 la tunggu lagi beberapa bulan ye hi3.

Pagi raya with family :)

Dalam pukul 11 lebih camtu kitorang terus gerak balik kampung abah kat Bera. Wuhuu harapan sangat tau dah tak dapat duit raya. Pakcik2 ingat saya keje best sangat agaknya, tu yang malu2 nak bagi duit raya tu. Nasib baik tak buat muka tak malu claim diri sendiri masih belajar tau hi2 sabar jela.

Lepas sehari suntuk beraya kat kampung abah kitorang pun balik bermalam kat kampung mak. Ibu bapa ada surprise untuk anak2 he2 malu jugak nak cerita. Nanti jugak la after beberapa bulan boleh? Ayat macam nak makan penampar je ha3.

Second raya, pusing2 kampung mak dulu. Habis pusing terus kitorang balik Kuantan sebab besoknya nak beraya n berjimba dengan ex schoolmates pulak yeehaa tak sabar.

Third raya memang penat gila seharian berjalan dari Kuantan ke Pekan uols! Sembang kencang la sangat padahal bukan lama pun kat Pekan tu ha3 setakat Cherok Paloh n Ketapang Tengah je tu pun dekat2 pukul 6 baru sampai sana. Tapi member Ateq lagi kesian dari Lanchang tu sanggup turun jumpa kitorang. Tapi next year jawapnya terpaksa lah we ols naik Lanchang pulak kan hu3. Oh lupa pulak, sempat singgah lawat Nyebo yang keje kat tutti frutti. 1st day keje da ada pelawat ha2 sian Nyebo.

Takde gambar pulak kat Tutti Frutti. Aha bese kan orang kena bayar mahal gila kan? Disebabkan saya ni memang dasar kedekk, i berjaya bayar dengan harga 4 ringgit lebih je uols! Bayangkan apa je yang saya letak kalau harga dia 100 gram=RM 5.30 ha3 mengucap orang tengok perangai saya ni agaknya. Hajah bakhil sungguh!

L-R: Rossey, Ateq, Enon, Edah, Echort
Bawah: Nyebo n me
Mereka balik awal: Lijo n Mimi

Oh lupa, nasi dagang mak edah sedap gilaaa terbaik lah! Ibu rakan2 lain masak pun sodappp jugak he3.

Okeh lompat pulak ke minggu ke 4 Syawal kot. Dekat2 ujung ni banyak pulak la jemputan n jamuan raya. Alhamdulillah minggu ni memang sangat save bajet makan. 4 hari berturut2 makan free tau sampai lama2 mata da takde perasaan nak pandang dan tekak da tak kuasa nak telan sate, lemang, rendang and kuah kacang semua ha3. Yela selasa under UMP, rabu under unit PNI, kames pulak dapat jemputan dari Isuzu Hicom and jumaat SME Bank pulak. Perghh memang menyeksa perut ok! Tapi tetap bersyukur la orang kata rezeki jangan ditolak kan? Eh esok ada jemputan lagi kot? hiks

i'm going to miss these akakS

Istilah raya sebulan tu kan sebenarnya bukan pesta makanan semata mata ye rakan2, tu lah masanya kita nak eratkan silaturahim dengan saudara seagama kita tu. Bak kata Ustaz Hazrizal, Bulan Syawal bulan ukhwah. Ingat ye! :)

p/s: oh terima kasih ye rakan2 sebab tag gambar saya. Maklumlah orang camera canggih pun takde android apetah lagi hu3

Sunday, September 11, 2011

La Taghdab - Jangan Marah

Bukan orang kuat yang dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal marahnya.

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 1432H

Salam all.

Da lama terasa nak update blog tapi asek la tertangguh je. Busy benor ghupenye kan?hu2 takpe lepas ni saya tak busy da. And yang penting tak payah nak pening2 lagi. Dua tiga menjak ni asek stress je. Balik2 rumah je bebel2 kat mak ha3 sian mak and yee awak juga :)

Ramadhan tahun ni Alhamdulillah fully dapat habiskan dekat rumah bersama mak dan abah insyaAllah. Tahun depan tak tahu la lagi dapat ke tak hu3. Tapi bakat memasak tu masih tak dapat nak show off kan lagi. Hari2 mak masak tau. Saya tolong tengok je. Mak hebat okeh. Balik2 keje terus pergi dapur siapkan juadah berbuka. Even simple tetap la sedap. Yela air tangan mak. Hopefully saya dapat buat macam tu jugak nanti ;)

Ahah tapi dalam malas2 saya tu sempat la jugak try masak he2. Ikan masak steam asam boi. This is my first try actually. So, ada la jugak kekurangan nya. Paling penting saya and abah and maybe adik wan jugak alah dan tak tahan dengan oyster sauce hu3. Lepas ni da tak boleh taruk ye. Tapiiii abah yang baik tetap jugak cakap, "Em ok sedap" hi3 yela tu saje nak ambik hati sebab lepas tu cakap, "tapi masak steam tak payah banyak air sangat" eheh baik pak.

Inilah rupanya ikan masak steam asam boi tu. Terliur sila he3


Jangan tertipu dengan gambar ye ha3

Minggu ketiga Ramadhan pulak, saya sempat join my schoolmates iftar dekat Padang MPK sebelah masjid negeri. Ni tahun ketiga saya berbuka kat sini. Macam tahun2 sebelum, kat sini memang meriah dengan umat manusia. Mujurlah member awal2 da chop tempat. Siap bawak tikar lagi. Memang iftar sambil berpicnic la kita kan hu3. Kelakar pulak, kalau ikut tentatif prgram kitorang patutnta berbuka ala kadar dulu then solat. Tapi sebab saya yang tak sedar diri lapar nak mampus, sempat jugak lah habiskan about half nasi kukus tau hu3 dasarrr..Tapi sempat jugak la member ikut jemaah. Saya je yang konfius, eh kang member lain tunggu camne. Cis rugi betul tak dapat kutip pahala free ^^!


Camera cik Sab yang takde dalam gambar hue3

Yeay tahun ni jugak saya dapat siapkan 2 jenis biskut raya aha selokkk sangat tau walaupun sebenarnya mak ada assist he3. Manalah mak tak tolong dia tengok saya lembik je kang ada yang pengsan kan ha3 sampai hati mak cakap saya lembik tau tapi memang pun ;p So far baru dapat siapkan 2 jenis and ada plan nak buat satu lagi kot. Eh, mak boleh ejek2 tau. Siap cakap, "semangat buat ada orang nak datang" sambil sengih ha3 mak tak tau semangat2 ni ada niat lain sebenarnya ha3 lagi.

Okay jumpa raya nanti pulak la ye :)

Sunday, August 14, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah


Pengajaran yang baik untuk semua dan diri sendiri semestinya. Islam is only the way of life.

Saturday, August 13, 2011

Terasa Nak Makan Coklat?

Salam all.

Saya nak tunjuk barang baik lagi ni. Meh tengok meh.



Right: White Chocolate with Oreo
Left: Dark Chocolate with Almond Nibs

Hah tak terliur ke bulan2 puasa ni?he2 boleh jugak nak jamu tetamu masa raya nanti kan? Saya just tolong promotekan untuk my officemate, Kak Za. Nak order ke nak tanya harga ke boleh contact dia terus ye. :)

Saturday, August 6, 2011

Ondeh-ondeh

Kuih kegemaran masa bulan puasa. Sebab paling mudah nak buat he3. Jemput makan semua!

Friday, August 5, 2011

Lemah Semangat

Haih bila jadi rupa ini la yang menyebabkan bertambahnya tekananggggg. Semakin lama semakin lemah semangat. Syuh syuhh syuhhh

p/s: tak paham takpe tak kene marah pun

Wednesday, August 3, 2011

For wife and wife to be (mood: flirty)

Things you should never say to your husband.

1. You're just like your father.

2. When are you going to find a new job?

3. My mother warned me you'd do this.

4. Just leave it. I'll do it myself.

5. You always...... or you never.......

You can CLICK HERE for more.

Sunday, July 31, 2011

Ingatan Bersama

Salam all.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa dan sama-samalah kita tingkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ni ye. Tadi saya ada baca something dan rasanya sangat eloklah kiranya saya dapat share kan sedikit kat sini untuk ingatan kita semua ye :)

Sumber dari Zaharuddin.net

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.


5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


untuk bacaan seterusnya, rajin rajin kanlah diri untuk lihat terus di web ustaz zaharuddin ni ye. Selamat beramal :)

Monday, July 25, 2011

Did we realize this?

Salam all.

Seems like its been a long time I didn't share something that worth to read. So, I think this is the time. I have been tagged by my matriculation's friend. At first, I thought that it just an application that most people intent to click. But when I open it and browsed the album, Masya Allah it's kind of message, reminder and thinks to ponder for us who always forgetting Him. Here, I share one of the amazing fact from the album, Palindrome.




Wallahu'alam

Friday, July 22, 2011

One Step Closer

Ececeh tajuk entry tak nak kalah. Lagu linkin park hik3 tapi kebetulan macam kene pulak dengan story nye. Eheh apa la yang one step closer tu eh? Hah awok me pikir la sendiri yek XD

Okay ini gambar belum upload lagi dekat fb saya. Baru dapat dari encik tunang (amboih!) he2 ni semua gambar masa saat2 yang mendebarkan. Ya Tuhan saya punya gementar tak tahu lah nak cakap macam ni. Kejap2 sakit perut (butterfly in my belly la kononnya). Kejap2 karang berpeluh pulak. Fuh! cayalah macam nak jawab final exam feeling dia ok. Tah2 teruk lagi hi3.


Masa ni kedua belah pihak sedang berbincang. Wakil rumah saya sudah tentu lah my uncles, Pakwe (baju batik biru) and Paklang (kemeja putih).

Masa ni kan saya kat bilik. Angah sorang je yang teman. Kitorang ni memang tak dengar langsung la apa yang mereka2 ni cakap kan. Yang dapat tangkapnya bila orang gelak je ha3. Lepas tu tanya lah mak saya apa contents conversation tadi. Rupanya mak yang duduk kat ruang tamu tu pun tak dengar. Hi2 mak nervous jugak eh?

Itu mak saya. Ralik benar gayanya. Eh bukan yang tudung biru belakang sireh ni tau. Yang tu mother in law to be hik3.

Abah cakap apa kat ayah ngah tu? he3

Tak lama lepas tu dengar2 da ada orang panggil keluar. Fuh cuaknya semakin bertambah. Debor weh debor. Ramai orang kat luar ni. Malunya haih. Bayangkanlah penuh rumah saya tu dengan sedara mara belah saya and sedara mara belah laki. Manalah tak segan. I jadi watak utama masa tu kan. Memang tumpuan la. Malu malu malu hu3.


Tapi akhirnya, yay! Syabas mere bette ha3 selamat jugak. Terus hilang debornya. Tapi malu dengan orang tu still ada la. Mesti sedara mara terkejut. "Eh kak long pakai mekap, lainnya...!" Cakap huduh sentap eh ;p


Ehehe malu malu kucings XD


Okay ni muka selokkk tak hingat (baju putih sahaja ye) ha3.


On My E-Day

Salam all.

Dah lama tak update belog ni. Asik malas je tapi banyak je mende nak cerita pun. Mukaddimahnya, segala puji bagi Allah, saya da selamat jadi tunangan orang ye. Ha3 excited, selokk sume ada. Macam2 jadi sebelum, semasa dan selepas hari tu tau. Sedih, happy semua ada lah. Yang happy tu nak story ni, yang sedih2 tu biar disimpan dalam hati jela yek.

Ok mula2 nak tunjuk hantaran masa tu. Saya punya kaler silver tu ha. Santek tak? he2 thanks to kaknor, my cousins and my sister's friends yang banyak bantu dari segi sponsor and tolong siapkan. Really appreciate it!


Pihak lelaki pulak colour biru. Sebenarnya plan nak buat sama ha3 tapi tula kan last2 pilih silver jugak. Nasib baik lah cantik jugak kan. Orang yang buat pun kreatif2 jugak tu yang naik seri tu je2. Aha tapi bab sireh junjung tu memang ngelat sikit la kan. Mana taknya saya hantar kat pasar je awak he3. Tapi ok la cantik and bunga tu semestinya bunga hidup okk.

Sebenarnya, kalau nak cakap pasal tema tu, pening sangat ok. Mula2 nak biru putih la pastu eh purple pun cantik jugak. Nampak orang buat tema peach, eh nak ikut jugak. Macam lalang betul la kan? ha3 saya rasa bukan saya je kot. Percayalah ramai macam ni. Contoh terdekat adalah my niece hi3 kelakar je bila cerita2 balik dengan dia. Ha siapa2 yang bakal2 langsung tak lama lagi tu get ready la ye he3.

Ok nanti kita sambung lagi. Part kelakar lagi ye :D

Saturday, July 9, 2011

Update Kain

Salam all.

Ada masa meh singgah cuci2 mata di kedai kain kami ni ye. Ada kain baru sampai wuhuu cantik2. Jemput ye :)


Nak lagi? Sila ke SINI

Monday, June 27, 2011

Kesian Dia


Speechless wu3 sampai hati anak tirikan poster kesayangan masa saya takde. Da jadi tempat alas cat pulak ;(

Kesian Rob. Eh? Hye KA he2 ;p