Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 13, 2011

Penangan MasterChef

Salam semua. 


Salam Aidiladha juga. Dalam bulan ni saya agak rajin mencuba resepi baru. Semua ni gara-gara masterchef la. Tapi best jugak sebagai persediaan nak kawin tak lama lagi hahaha mood gatal pulak. Okay ni saya nak share satu resepi biskut raya. Aidiladha baru ni saya test buat n alhamdulillah boleh tahan jugak rasanya. U olls boleh la try ye. Senang yang amat dan rasanya pun, makan satu nak lagi hehehe over ok. Resepinya saya just google and alter la sikit2 ikut suka hati dan apa yang ada kat dapur je ;p 

Biskut Cornflakes Keemasan

Bahan-bahan:
250 gram marjerin planta
1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 camca baking powder
1/2 kotak cornflakes
1 biji telur (ambil kuningnya sahaja)

Cara-cara:
1. Kisarkan cornflakes sehingga separa halus.
2. Di bekas yang lain, pukul gula dan marjerin bersama sehingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk baking powder. Gaul mesra.
4. Masukkan cornflakes dan gaul lagi.
5. Setelah adunan sebati, sudukan atau bentukkan bulat mengikut citarasa masing-masing.
6. Sapukan kuning telur ke atasnya.
7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170 dC.
8. Setelah masak, tunggu sehingga biskut sejuk sebelum disimpan.



Selamat mencuba!

8 comments:

  1. wah..advnce skarg. mmg ready betul nk kawen ni. chayok masterchef!

    ReplyDelete
  2. tu baru sket emy. nak tambah lagi ni ha3 xie xie

    ReplyDelete
  3. wah hebat sungguh penangan masterchef ni..ha3.cmni la wife kite..wat byk2 eh..:)

    ReplyDelete
  4. hebat giles dah adik aku sorang nih....rajin bebeno masaknye....masterchef,masterchef jgk....tp resume nt jgn letak pandai wat biskut cornflakes utk international market lak..haha.

    i'm kidding!

    ReplyDelete
  5. kak dayah, boleh tahan jugak idea tu kih3

    miss liana, insyaAllah takdehal lah hehe

    ReplyDelete
  6. bagi resepi saja xguna, kasi sama biskutnya skali lol....

    ReplyDelete
  7. kak ida, memang tunggu orang request dulu pun hehehe

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers