Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2012

Thank you Allah :)

Salam.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk dipertemukan lagi dengan Ramadhan Kareem. Macam mana puasa semua? Oh ya ini Ramadhan pertama saya bergelar isteri. Ye sedikit excited sebenarnya hehe. InsyaAllah target saya Ramadhan tahun ni nak betul2 khatam Al-Quran. Kaedahnya macam yang sedia maklum baca 2 muka surat sebelum dan selepas solat setiap waktu. Kalau lebih lagi bagus. kalau buat double dapat 2 kali khatam ;) Ehem lagi satu saya berdoa sangat dapat puasa penuh tahun ni. Dah lamaaaa sangat tak puasa penuh huhuhu teringin benar rasanya.

Awal Ramadhan ni banyak rezeki Allah bagi kat kami sekeluarga. Alhamdulillah suami saya dapat 2 berita baik dalam satu hari. Suami saya da dapat keje. Yay! rezeki nikah awal kot so tak lama sangat menganggur lepas habis belajar. Syukur sangat.  Tapi dugaannya tempat kerja nya jauh ke barat wuwuwu ;( before ni duk tengok orang je berjauhan dengan suami. Now, kami pulak merasa jadi weekend husband and wife huhu. Takpe tabahkan hati, sekejap je ni. 

Berita baik kedua, tahniah encik suami sebab PSM dapat A hihi so proud with you! Tak sia-sia tukar tajuk n tak cuti midsem kan? Betul lah banyak hikmah kahwin awal ni. Rasanya banyak benda Allah permudahkan. Setakat ni tak pernah lagi la suami saya bagi makan pasir walaupun tengah belajar n tak kerja lagi. Yakinlah rezeki Allah kat mana-mana je. Jangan lupa bersyukur dengan nikmat Allah ye. Senang je jangan pernah tinggal solat dan keluarkan zakat. Ingat dalam duit kita tu ada hak orang lain. Kalau tak keluarkan nanti Allah tarik balik. Sekadar renungan dan manfaat bersama :)

Thursday, July 19, 2012

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang yang asing." 


Sahabat-sahabat bertanya, 
“Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” 


Rasulullah s.a.w menjawab, 
“Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” 


(H.R. Muslim)

Wednesday, July 4, 2012

Daisypath Anniversary tickers