Followers

Tuesday, February 9, 2010

drama hari sabtu

Salam

Oh da lama tidak mengupdate blog. Ni semua disebabkan kebizian yang melampau. Dengan test yang berderet-deret, assignment yang bertimbun-timbun n lab report yang susah nak mati. Alhamdulillah hari ni la baru terasa rileks sikit. Mood cuti pun semakin kuat menyinggah ha3

Tapi dalam sibuk2 tu pun, last saturday sempat lagi ak join dinner alumni sekolah semsas hidup berjasa ku. AKSHAH namanya. Yeah sangat best! n sangat banyak drama yang berlaku wu3. Ak pun sangat la berani mati join macam tak sedar diri esoknya ada 2 test menanti. Huahaha nak jumpa schoolmate punya pasal fedulik! Tapi ak kat sana pun just untuk sehari je. Lepas habis dinner terus chalo.

~6 feb 2010~
Ak n nini naik bas g kajang. Tiket pukul 1am. Nak dijadikan cerita tulah first time ak naik bas 2 tingkat. Excited tak hingat tu ha3. Yela ak last naik bas pun masa study kat KMM dulu. Bas ke melaka dulu mana la ada yang 2 tingkat ni. Sekarang U pun da sekangkang kera dengan rumah kan masa bila lagi la ak nak naik bas lagi hu3.

Dalam pukul 530am macam tu kitorang sampai kajang. Message edah cakap kitorang da sampai. Pastu edah boleh cakap ukm takde air wu3 apalah malang nasib kami kan. So kitorang solat la dulu kat terminal kajang tu. Edah pun tak pernah tau surau kat situ kih3. Tak lama pastu edah n lijo sampai dengan scooter masing2. And ini adalah lagi satu 1st experience ak. Merempit pagi2 buta fuhhh sejuk sampai ke tulang koooo hu3. Sampai je kat bilik edah da ada rossey. Nini tumpang bilik lijo. Borak2 jap dengan diorang lepas tu berjemaah tido sampai pukul 10. Tsk2 anak dara..

Da bangun nak mandi, aras edah pulak takde air langsung. Merayau2 la kami bertiga sampai ke blok lijo. Nasib kat aras lijo ada air. Nikmat terasa walaupun ada pandangan yang tak menyedapkan mata uwekkk hu3. Then edah n lijo bawak ak, rosey n nini makan2 kat ukm. Jijah yang duk kolej lagi satu pun turun join sekali. Kebetulan masa tu ada function kat situ. Sempat jugak la ak angkut tudung sehelai hu3 nasib tak mahal sangat.

Petang tu sempat la ak join edah lijo n rosey g jalan kat bangi kot dekat je dengan ukm. Tapi apa nama mall nyer ak pun da tak ingat da. Mereka2 ni cari accessories untuk dinner. Semangat deyrang ni yang ak pulak memang takde bajet la kan so jalan2 cuci mata jela. Bila kitorang balik ukm tu satu kereta dari uitm da sampai. Penghuni2 nyer adalah amy, wan n sab. Sian diorang tunggu kitorang bersiap dalam pukul 7 jugak la gerak keluar dari ukm tu n klimaks drama bermula di sini..kah3

Kami keluar dari ukm dengan 2 buah kereta. Plan asal organizer (edah ha3) disebabkan ukm takde air so kitorang semua akan mandi solat n siap2 di masjid besi (katanya) kat putrajaya. Sebab tempat tu da dekat sangat da dengan tempat diner exsas ni n total hour (macam belajatr IE pula hu3) ke sana pun tak sampai setengah jam. So kami pun ikut jela. Nak dijadikan cerita, banyak pulak la halangan kami nak sampai ke sana. Mula2 kereta kami (edah, rosey, lijo, nini n ak) salah masuk jalan. Nasib baik kereta belakang (amy, sab, wan, jijah) sempat follow. Da masuk area putrajaya kami semua da lega sikit.

Malangnya la kan ada jalan kat situ yang ditutup sebab ada marathon satu malaysia kot namanya. Ok semua buat cool, kan ada jalan alternatif. So just follow jela guide yang diberi wakil exsas kan. Tapi masalahnya area putrajaya ni sangat la banyak presint. Sepatutnya kitorang kena masuk presint 2 tapi bila elok je ikut bole pulak la jupe jalan mati. Ampeh laa.. Ok kita pusing balik masuk jalan lagi satu. Pap2 termasuk area kawasan perumahan pula. Waklew! Ok sume cuba untuk cool balik. Kita try lagi masuk jalan lain. Memang ujian Allah la rasanya dalam jam tu kami bole terpusing2 kat area jalan mati n kawasan perumahan tu dekat 5-6 kali kot. Hazab betul! Ak rasa mesti sebab kitorang tak solat magrib dulu masa tu wu3.

Lepas semua da pasrah dengan keadaan, kitorang pun decide stop kat surau taman tu dulu. Kitorang mandi solat n siap2 kat situ je. Tak dapat masjid besi suroau batu pun bole la hu3. Nasib la surau tu ok tempat wudhu ada pintu so boleh la kami mandi dengan amannya. Jam masa tu da pukul 8. Dinner start pukul 830 kooooo. Standard vip la kami semua ni nanti.

Lepas semua siap kami pun gerak semula ke tempat dinner. Alhamdulillah akhirnya urusan kami dipermudahkan. Sampai jugak kat tempat yang dituju. Nasib baik tempat batch kami ni kat belakang sekali. So takdela malu sangat masuk lambat. Tak ramai orang nampak kan he3. Kitorang sampai pun vip baru nak berucap. Sempat la nak makan sama2 kan. And dinner exsas ni memang terbaik lah! Sempat jumpa my uncle n aunt lagi kat situ. Anak beranak satu sekolah la katakan :D

Hu3 da tak larat da nak cerita panjang2 tapi the whole day tu memang experience terbaik lah! Da la dengan kawan2 bila ingat balik rasa cam sweeeeett sangat! Last but not least ini pic ak dengan ain. Ain hot ak selekeh ha3.

Saturday, January 30, 2010

my fyp

Salam semua

Saya adalah dalam proses mencari bahan untuk psm a.k.a projek sarjana muda a.k.a fyp a.k.a final year project saya. Tajuk psm saya adalah 'Design and Ergonomic Development of a Manual Breast Pump'. Sila jangan gelak dan befikiran terbuka lah ye wahai rakan2 sekalian.

Tugasan yang diberi oleh supervisor a.k.a sv tersayang buat masa ini adalah mencari bahan yang paling murah sekali n method untuk fabricate menda alah ini. Sekarang ni saya sedang study balik method rapid prototyping (RP). Jadi di sini saya amatlah berbesar hati (poyo nyer ayat) sekiranya rakan2 dapat memberi saya suggestion or pendapat rakan2 mengenai hal ini. Terutamanya mereka2 yang sedang belajar subject manufacturing process sem ini dan 2 sem lepas hi3 =p. Pandangan mereka2 yang tidak mengambil course mechanical engineering juga amatlah dialu-alukan.

Kerjasama rakan2 amatlah dihargai. Sekian terima kasih. ^^v

Thursday, January 28, 2010

lappy kuu

Salam



Ini adalah desktop baru saya..Alhamdulillah lappyku mampu diselamatkan dengan hard disk baru. Windows pn da naik taraf hi3 sukaaa nyee windows 7. Nasib baik hard disk lama still bole guna tapi just as external hard disk jela. Natul yang nak beli hard disk tak pasal2 ak pulak yang dapat hu3 =)

note: Sangat tak suka dengan pilihanraya kampus sem ni. Kenapa perlu sebarkan rumors? Perlu ke nak jatuhkan orang lain? haih tepuk dada sendiri

Saturday, January 23, 2010

...

Salam

Sikit lagi blog ni nak bersawang. Laptopku rosak. Ngeng laaa. Benci2 nak berblogging pun da takde perasaan. Nak online je kena mintak ihsan orang lain wuwuwuwu =( =( =(

Tuesday, January 12, 2010

macam2 hal

Salam

Ini adalah entry luahan perasaan. Sila jangan baca kalau malas nak scroll down hua3

[cerita 1]
Ariney kelas kat pekan start pukul 8am. Ad mechanical vibration lab. 550am ak da bangun siap kejut orang tu lagi (ha3 solehah betul). Da siap mandi solat semua terasa macam da lambat da. Jam da pukul 620am baru la nak hegeh2 iron baju la bagai. Pastu siap2 semua 635am da terpacak kat luar bilik. Nampak cik tanti baru nak g mandi. Cepat sangat ke ak siap? Ak pun da siap dengan safety shoes terus turun. Ingat nak naik bas sekali tengok bas gelap lagi, orang kat masjid pulak baru habis al mathurat kut. Orang yang tunggu bas? Nan ado ho3 ape lagi ak terus la g bilik cik hajar nak menumpang kasih eh silap nak tumpang katil =p

[cerita 2]
Sampai kat pekan pintu lab da terbuka luas da. Kitorang pun da ready la nak buat eksperimen. Group member pun semua da cukup. Sekali JP (jurutera pengajar) cakap instructor untuk group ak tak sampai lagi. Boleh pulak la kan instructor tu ingat kelas kitorang kul 9. Adey ak da la kelaparan. Tunggu punya tunggu tak jugak nampak batang hidung instructor tu. Lapar sangat da nih terasa je perut tu berangin je nasib masa tu tak terasa nak melepas hak3 eeee ak ke yang tulis ni? Tak lama lepas tu ak da nekad da nak g makan jugak. Kena marah pun nasib la. Ak pun ajak la cik hajar ikut ak g kafe. Orang lain buat lab ak pulak g beli kopok lekor 2 ringgit. Haih tak senonoh betul perangai. Sila jangan tiru ok!

[cerita 3]
Lepas da lunch kitorang takde kelas sebab power plant lab tak ready lagi. Habis la satu fakulti mechi tu ktorang tawaf (habis ke? tak kut ha3) tapi tak jugak jumpa tempat nak melepak. Last2 kitorang melepak kat luar surau je. Nak lepak dalam surau haih tengok kasut2 yang bersusun tu pun da tau sure penuh orang dalam ni. Yang geram sangat tu kalau setakat duduk2 tu boleh la dimaafkan ni ada pulak yang tidur meleleh air liur basi. Ok takpe kita maafkan ye belum masuk waktu lagi takpe2 kami tak kisah. Tapi sangat hangin ok bila da masuk waktu zohor tu ko nak solat cepat sebab jap lagi pukul 2 ada kelas pastu bila da masuk surau tu nampak pulak makhluk2 Allah yang macam tak reti bahasa buat surau macam katil sendiri. Ok kita maafkan lagi maybe dia rasa banyak lagi space orang nak solat kan. Ha3 tapi makin marah betul jadinya bila masa ko nak cari tempat untuk solat n dekat2 area tu ada makhluk Allah yang boleh baring2 sambil mata terkebil2 rasa tak bersalah. Eh2 cik kak tak nampak ke orang tengah beratur nak tunggu turn solat. Yang ko boleh buat donno kat situ eh? Haih tak paham la ak orang macam nih! Haa kan da jadi entry emo. Pedulik ar blog ak!

Ape motif ak buat entry ni sebenarnya? Hmm

Sekian terima kasih. Ada sape2 terase? Harap maaf.

Tuesday, January 5, 2010

things not to buy in 2010?

Salam

He2 i just read this info from this link. Very nice info and this was also specially dedicated to natul just because of the external hard disk =p

And the funniest thing is the textbook! Imagine i'm 24-7 in front of the laptop nonstop blogging + facebooking + studying (bajet kuat study) perkhh ada la yang nak mula pakai spek kang hu3


Ehe as requested by amir, ak tambah lagi pic kat pekan (satu je pun!) ha3 credit to yana for this pic. Ini adalah pic last sem masa kitorang tengah tunggu bas yang sampai dalam area 6pm gitu haih terkenang-kenang daku peristiwa dulu ha3. Actually i'm not the one yang sakan snap pic kat pekan nuh ho3 mak malu!

Saturday, January 2, 2010

new year ku

Salam

Tak lambat lagi kot ak nak wish Happy New Year 2010 everyone!

Hu3 actually ak tak sambut pun new year ni just nak wish balik jela kat orang yang wish ak kan. Masa orang lain sibuk2 nak sambut new year ak pulak macam takde perasaan je nak celebrate bagai. Dengar cerita malam tu ada gerhana bulan eh? Ha bape kerat je kan yang buat solat sunat gerhana kan2? Teguran pada diri sendiri dan rakan2 sekalian he2.

Azam tahun ni...? Em sama je macam tahun2 before ni cuma tambah lagi satu cepat2 kawin ha3 boleh? Terpengaruh dengan kak fani la ni he3. Oh malangnya ini tidak mungkin la terjadi tahun ni sebab tak grad lagi kan tapi kalau kawin tahun ni best jugak 10.10.2010 wah! cantik number sama dengan tarikh wedding sheikh muszafar gituu ha3 ok2 ini adalah angan2 ye harap maklum.

Last apa azam anda? Hopefully apa yang kita nak akan tercapai. Nasihat daripada adik ak tawfiq (currently he is my counselor he3), Janganlah putus2 berdoa insyaAllah Allah akan kabulkan.

Last lagi tiba2 terjumpa quote yang cam best ni kat aksara cinta ilahi, sama2 lah kita renungakan
" a friend cannot be considered a friend until he is tested by 3 occasions; in time of need, behind your back and after your death" (Ali bin Abi Talib)