Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2010

Pengalaman Pertama Saya Memakai Tudung

Salam

Satu hari, macam biasa saya akan bukak blog then baca blog2 yang da update. Antaranya adalah blog kak jemah ni. Hu2 suke hati je panggil kak jemah macam akak sendiri kan. Tapi tak taulah bila da baca hari2 rasa dekat je dengan dia n dia pun bahasakan diri dia macam tu memang nampak mesra dengan readers kan? Bukak je blog dia da nampak sticky post. Mula2 ingatkan iklan ape pulak la kak jemah ni nak letak kan. Sekali contest ye rakan2. Contest pulak macam bes siap menang dapat tudung lagi. Tudung pulak cantik macam yang ada kat blog shoppink beliau. Ha3 cakap pasal blog shoppink akak jemah ni teringat pulak saya pernah nak order inner awning tapi takde warna yang saya nak pulak hu2 takpe lain kali bole try lagi. Tapi bukan kat blog je kak jemah ni baik. Dalam email pun layanan dia baik jugak tapi tak nampak gila2 sangat la mungkin tengah serious berniaga ekekeke JK kak ;p (eh ingat tak saya yang mana satu? ha2 malu pulak nak mengaku ;p) Eheh mari sambung balik. Pastu mula la saya berangan nak masuk n menang contest ni. Eceh macam la dapat kan.

Tapi tajuk contest ni pengalaman pertama saya memakai tudung kan. Hu2 kalau nak diikutkan, saya ni masa TASKI lagi da pakai tudung. Nama pun taski kan memang tadika Islam la. Tapi masa tu pakai masa sekolah jela. Habis sekolah naik van je terus tudung melayang entah ke mana. Takpun masa tunggu van sampai tu da bukak da sebab nak main2 dengan kawan kan. Bila ingat balik saya rasa bangga dengan parents saya sebab ada usaha nak didik saya dari kecik pakai tudung. If tak masuk taski ni entah bila la nak start pakai tudung kan.

Masuk sekolah rendah tak pakai tudung da tapi siap pakai pinafore kau! ha3 kiut pulak rasa. Tapi mak abah saya bagi can sampai darjah 2 je. Masa darjah 3 diorang da beli tudung suruh pakai. Mula2 pakai tu memang tak suka rasa menggelebeh je. Da la masa tu saya ala2 boyish sikit. Da la masuk taekwondo pastu nak pakai tudung? Ape ni? Pastu saya buat la tudung style tak lipat gitu tanda protes. Eheh boleh bayang tak? Sampai la hujung tahun ha3 gila bongok diri sendiri masa tu. Tapi kebetulan masa tu rakan2 perempuan kelas saya pulak memang semua pakai tudung. So, if jap pakai jap tak memang memalukan la sangat. So, masa darjah 3 pakai tudung atas sebab rakan2 begitu hu3.

Masa darjah 4 da start sekolah pagi. Budak sekolah pagi ni pulak wajibul ghunnah pakai tudung. Sape tak pakai tudung hep hep mendapat la dengan Guru Penolong Kanan HEP (kah2 rasa lawak pulak ayat ni). Tapi pakai masa sekolah jela n ahah juga waktu pergi mengaji. Berlanjutan la sampai darjah 6. Tapi pada masa tu sikit2 mula la ada kesedaran nak pakai tudung sebab sudah pun akil baligh hu2 tapi pakai tudung pun yang tak sebetulnya la sebab pakai tapi nampak rambut sejambul kat depan, pakai tapi baju kecik takpun short sleeve. Hu2 mendapat la tazkirah dari ibunda tercinta kan.

Okay tiba2 rasa da lari dari tajuk asal. Ni bukan lagi pengalaman pertama dah ni dah macam pengalaman pertama, kedua dan ketiga dah ni nak tukar tajuk pengalaman bertudung saya boleh tak? ha3 fedulik lah. Nak habiskan jugak.

Start sekolah menengah dan seterusnya sampai sekarang, Alhamdulillah saya masih pakai tudung masa keluar rumah. Makin bertambah umur ni makin pandai pulak nak berfesyen dengan tudung lah shawl n segala bagai lah. Nak try tapi malu ha3 tapi ingat lagi masa mula2 saya pakai shawl pergi kuliah, budak2 ni boleh ejek saya yuna? Kurang asam betul! Tau la saya dengan yuna seiras. Ha3 muntah sila.


'Revolusi pemakaian tudung selaras peningkatan umur' lah konon. Dari kiri ke kanan tudung bawal, tudung bawal, shawl n tudung awning. Paling suka haruslah tudung awning cepat dan mudah gitu he2. (percaya tak yang paling kiri tu umur 17? muka tak berubah kan? keh2)

Tapi kan iman manusia ni kejap naik kejap turun. Kadang2 keluar nak angkat kain, saya pakai tudung tapi kadang2 malas piang nak tutup kepala ni. Asal nampak orang lalu cepat2 nyorok. Aigooo hu2 tapi saya pun sama macam muslimah lain cuba jugak nak jadi baik pakai tudung n berpakaian yang betul2 ikut syarak. Perangai pun kena lah jugak seiring dengan imej bertudung kan. Hu2 tula tapi saya pun banyakkkkkkk sangat lagi kekurangannya. Em takpe masih sempat lagi nak berubah kan. Nasihat untuk diri sendiri dan semua saudara seIslam. Doakan kita eh. Eh2 lagi sekali macam da nak lari tajuk da ni ha3. Before saya melalut tempat lain elok la saya stop kat sini je.

Anyway sape2 yang nak masuk contest ni n of course la perempuan je ke ada laki2 yang bertudung kat sini? he2 sila2 usha blog AKAK VIRUSPADU ni ye. Kaki shopping online pun bole jugak cuci mata kat BLOG SHOPPINK ni hah. Takpe duit takde cuci mata dulu he3.

Chow cincau :)

p/s: sekolah rendah HEM la bukan HEP. kite kan murid2 lagi bukan pelajar hi2

6 comments:

  1. akak kalau dalam emel memang serius sikit hahahaha

    best la pengalaman ni, I likeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. wow! kak jemah dah komen lah hi3 terima kasih kak vp mmuah3 :)

    ReplyDelete
  3. wahhh...pnjang pngalamn ni..bgus2,dr dlu smp skng pkai tdung dan strusnye la kan....:-)

    ReplyDelete
  4. Smoga brjya syg.cayok2.
    p/s: kak vp,bg awek sye menang dlm contes ni eh..sian kat dia pnat2 tulis pnglaman ni.tq :P

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers