Salam.
Direct la kan asek buat summary bulanan je. Before ni summary entry Ramadhan. Now Syawal pulak. Nampok benor pemalasnya! ha3. Biar la ye. Ada orang kisah ke? hiks
Raya tahun ni sama macam tahun lepas. 1 Syawal di Kuantan. Tapi yang tak bestnya saya dah out of family theme la pulak. Nak buat macam mana saya da pilih baju kaler merah tu awal2. Ingatkan mak da beli baju lain untuk first raya. Sekali nan adooo hu2. Abah n adik2 lelaki pulak da sepakat nak beli baju kaler sedondon. Hah amik la kau terpulau seko2 kan ;p
Tapi sebenarnya abah n adik2 lelaki tu ada tujuan tersirat buat camtu. Alahai malu nak cerita nanti2 la tunggu lagi beberapa bulan ye hi3.
Pagi raya with family :)
Dalam pukul 11 lebih camtu kitorang terus gerak balik kampung abah kat Bera. Wuhuu harapan sangat tau dah tak dapat duit raya. Pakcik2 ingat saya keje best sangat agaknya, tu yang malu2 nak bagi duit raya tu. Nasib baik tak buat muka tak malu claim diri sendiri masih belajar tau hi2 sabar jela.
Lepas sehari suntuk beraya kat kampung abah kitorang pun balik bermalam kat kampung mak. Ibu bapa ada surprise untuk anak2 he2 malu jugak nak cerita. Nanti jugak la after beberapa bulan boleh? Ayat macam nak makan penampar je ha3.
Second raya, pusing2 kampung mak dulu. Habis pusing terus kitorang balik Kuantan sebab besoknya nak beraya n berjimba dengan ex schoolmates pulak yeehaa tak sabar.
Third raya memang penat gila seharian berjalan dari Kuantan ke Pekan uols! Sembang kencang la sangat padahal bukan lama pun kat Pekan tu ha3 setakat Cherok Paloh n Ketapang Tengah je tu pun dekat2 pukul 6 baru sampai sana. Tapi member Ateq lagi kesian dari Lanchang tu sanggup turun jumpa kitorang. Tapi next year jawapnya terpaksa lah we ols naik Lanchang pulak kan hu3. Oh lupa pulak, sempat singgah lawat Nyebo yang keje kat tutti frutti. 1st day keje da ada pelawat ha2 sian Nyebo.
Takde gambar pulak kat Tutti Frutti. Aha bese kan orang kena bayar mahal gila kan? Disebabkan saya ni memang dasar kedekk, i berjaya bayar dengan harga 4 ringgit lebih je uols! Bayangkan apa je yang saya letak kalau harga dia 100 gram=RM 5.30 ha3 mengucap orang tengok perangai saya ni agaknya. Hajah bakhil sungguh!
L-R: Rossey, Ateq, Enon, Edah, Echort
Bawah: Nyebo n me
Mereka balik awal: Lijo n Mimi
Oh lupa, nasi dagang mak edah sedap gilaaa terbaik lah! Ibu rakan2 lain masak pun sodappp jugak he3.
Okeh lompat pulak ke minggu ke 4 Syawal kot. Dekat2 ujung ni banyak pulak la jemputan n jamuan raya. Alhamdulillah minggu ni memang sangat save bajet makan. 4 hari berturut2 makan free tau sampai lama2 mata da takde perasaan nak pandang dan tekak da tak kuasa nak telan sate, lemang, rendang and kuah kacang semua ha3. Yela selasa under UMP, rabu under unit PNI, kames pulak dapat jemputan dari Isuzu Hicom and jumaat SME Bank pulak. Perghh memang menyeksa perut ok! Tapi tetap bersyukur la orang kata rezeki jangan ditolak kan? Eh esok ada jemputan lagi kot? hiks
i'm going to miss these akakS
Istilah raya sebulan tu kan sebenarnya bukan pesta makanan semata mata ye rakan2, tu lah masanya kita nak eratkan silaturahim dengan saudara seagama kita tu. Bak kata Ustaz Hazrizal, Bulan Syawal bulan ukhwah. Ingat ye! :)
p/s: oh terima kasih ye rakan2 sebab tag gambar saya. Maklumlah orang camera canggih pun takde android apetah lagi hu3
No comments:
Post a Comment