Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Debaran kian memuncak

Suatu petang lepas sedap menghadap minum petang tiba2 saya pun teringat pasal intern. Fuh! berdebar tak hingat. Lalu bermula la sesi dialog bersama ibu bapa tersayang.

Saya: Mak, takut la pulak nak g LI. Nak pakai baju ape eh?

Mak: Pakai baju kurung la formal sikit.

Saya: Tapi takut la pulak kang kena pergi plant ke camne?

Abah: Awak pakai baju kurung dulu pastu siap2 bawak baju seluar letak dalam kereta. Pape hal senang boleh ambik je.

Saya: Haah kan.

Mak: Hari isnin ni kan? Awak nak suruh abah hantar ke?

Saya: Erk ehehe..

Abah: (Sambil tergelak) Alah bukannya baru nak masuk sekolah pun.

Ehehe ye itulah yang cuba saya suarakan ha3 lagipun bukan ape menyusahkan abah je kang kena patah balik. Ibaratkan macam saya nak ke utara n abah ke selatan gitu. Dah la abah pun keje jugak.

Sebenarnya rasa bersyukur sangat even result sem ni macam paling hampeh sebab psm yang 4 jam kredit tu, tapi saya still lulus lagi then layak pergi LI. Terima kasih ya Allah. Terima kasih jugak kat lecturers yang banyak tolong.

Tapi papepun memang rasa berdebar gila. Seram sejuk pikir eh nak pakai baju ape? Eh nak bawak ape? Eh nak sampai pukul berapa? hu3 masa nak mandi pun pikir lagi. Ketar2 lutut sampaikan pastu konpius eh aku ni ketar lutut sebab takut ke sebab sejuk? ha3 maklum la musim tengkujuh ni sejuk memanjang. Masa gosok gigi pun boleh konpius. Aku ni kumur air ke kumur ais? Hiperbola sungguh tapi tulah yang saya rasa.

Anyway kepada rakan2 yang akan start LI next monday gudlak k. Buat yang terbaik. Ada masa kita jumpa2 la he2. Lastly, say farewell to 2010 and hello to 2011. Macam pernah dengar je ayat ni kan? keh3

LI : latihan industri a.k.a intern a.k.a praktikal a.k.a keje ;p
PSM: projek sarjana muda

Monday, December 27, 2010

Pengalaman Pertama Saya Memakai Tudung

Salam

Satu hari, macam biasa saya akan bukak blog then baca blog2 yang da update. Antaranya adalah blog kak jemah ni. Hu2 suke hati je panggil kak jemah macam akak sendiri kan. Tapi tak taulah bila da baca hari2 rasa dekat je dengan dia n dia pun bahasakan diri dia macam tu memang nampak mesra dengan readers kan? Bukak je blog dia da nampak sticky post. Mula2 ingatkan iklan ape pulak la kak jemah ni nak letak kan. Sekali contest ye rakan2. Contest pulak macam bes siap menang dapat tudung lagi. Tudung pulak cantik macam yang ada kat blog shoppink beliau. Ha3 cakap pasal blog shoppink akak jemah ni teringat pulak saya pernah nak order inner awning tapi takde warna yang saya nak pulak hu2 takpe lain kali bole try lagi. Tapi bukan kat blog je kak jemah ni baik. Dalam email pun layanan dia baik jugak tapi tak nampak gila2 sangat la mungkin tengah serious berniaga ekekeke JK kak ;p (eh ingat tak saya yang mana satu? ha2 malu pulak nak mengaku ;p) Eheh mari sambung balik. Pastu mula la saya berangan nak masuk n menang contest ni. Eceh macam la dapat kan.

Tapi tajuk contest ni pengalaman pertama saya memakai tudung kan. Hu2 kalau nak diikutkan, saya ni masa TASKI lagi da pakai tudung. Nama pun taski kan memang tadika Islam la. Tapi masa tu pakai masa sekolah jela. Habis sekolah naik van je terus tudung melayang entah ke mana. Takpun masa tunggu van sampai tu da bukak da sebab nak main2 dengan kawan kan. Bila ingat balik saya rasa bangga dengan parents saya sebab ada usaha nak didik saya dari kecik pakai tudung. If tak masuk taski ni entah bila la nak start pakai tudung kan.

Masuk sekolah rendah tak pakai tudung da tapi siap pakai pinafore kau! ha3 kiut pulak rasa. Tapi mak abah saya bagi can sampai darjah 2 je. Masa darjah 3 diorang da beli tudung suruh pakai. Mula2 pakai tu memang tak suka rasa menggelebeh je. Da la masa tu saya ala2 boyish sikit. Da la masuk taekwondo pastu nak pakai tudung? Ape ni? Pastu saya buat la tudung style tak lipat gitu tanda protes. Eheh boleh bayang tak? Sampai la hujung tahun ha3 gila bongok diri sendiri masa tu. Tapi kebetulan masa tu rakan2 perempuan kelas saya pulak memang semua pakai tudung. So, if jap pakai jap tak memang memalukan la sangat. So, masa darjah 3 pakai tudung atas sebab rakan2 begitu hu3.

Masa darjah 4 da start sekolah pagi. Budak sekolah pagi ni pulak wajibul ghunnah pakai tudung. Sape tak pakai tudung hep hep mendapat la dengan Guru Penolong Kanan HEP (kah2 rasa lawak pulak ayat ni). Tapi pakai masa sekolah jela n ahah juga waktu pergi mengaji. Berlanjutan la sampai darjah 6. Tapi pada masa tu sikit2 mula la ada kesedaran nak pakai tudung sebab sudah pun akil baligh hu2 tapi pakai tudung pun yang tak sebetulnya la sebab pakai tapi nampak rambut sejambul kat depan, pakai tapi baju kecik takpun short sleeve. Hu2 mendapat la tazkirah dari ibunda tercinta kan.

Okay tiba2 rasa da lari dari tajuk asal. Ni bukan lagi pengalaman pertama dah ni dah macam pengalaman pertama, kedua dan ketiga dah ni nak tukar tajuk pengalaman bertudung saya boleh tak? ha3 fedulik lah. Nak habiskan jugak.

Start sekolah menengah dan seterusnya sampai sekarang, Alhamdulillah saya masih pakai tudung masa keluar rumah. Makin bertambah umur ni makin pandai pulak nak berfesyen dengan tudung lah shawl n segala bagai lah. Nak try tapi malu ha3 tapi ingat lagi masa mula2 saya pakai shawl pergi kuliah, budak2 ni boleh ejek saya yuna? Kurang asam betul! Tau la saya dengan yuna seiras. Ha3 muntah sila.


'Revolusi pemakaian tudung selaras peningkatan umur' lah konon. Dari kiri ke kanan tudung bawal, tudung bawal, shawl n tudung awning. Paling suka haruslah tudung awning cepat dan mudah gitu he2. (percaya tak yang paling kiri tu umur 17? muka tak berubah kan? keh2)

Tapi kan iman manusia ni kejap naik kejap turun. Kadang2 keluar nak angkat kain, saya pakai tudung tapi kadang2 malas piang nak tutup kepala ni. Asal nampak orang lalu cepat2 nyorok. Aigooo hu2 tapi saya pun sama macam muslimah lain cuba jugak nak jadi baik pakai tudung n berpakaian yang betul2 ikut syarak. Perangai pun kena lah jugak seiring dengan imej bertudung kan. Hu2 tula tapi saya pun banyakkkkkkk sangat lagi kekurangannya. Em takpe masih sempat lagi nak berubah kan. Nasihat untuk diri sendiri dan semua saudara seIslam. Doakan kita eh. Eh2 lagi sekali macam da nak lari tajuk da ni ha3. Before saya melalut tempat lain elok la saya stop kat sini je.

Anyway sape2 yang nak masuk contest ni n of course la perempuan je ke ada laki2 yang bertudung kat sini? he2 sila2 usha blog AKAK VIRUSPADU ni ye. Kaki shopping online pun bole jugak cuci mata kat BLOG SHOPPINK ni hah. Takpe duit takde cuci mata dulu he3.

Chow cincau :)

p/s: sekolah rendah HEM la bukan HEP. kite kan murid2 lagi bukan pelajar hi2

Sunday, December 26, 2010

Program Cuti Sekolah

Salam semua!

Heh poyo macam ramai sangat orang baca blog kau kan? ha3 lantak la. Saje je nak share aktiviti cuti sekolah saya. Sekolah la sangat padahal minggu depan da nak masuk praktikal da. Hoyeh see you soon green tech!

Ahah berbalik kepada tajuk entry, ye masa ni lah baru dapat nak tunjuk apa yang saya buat cuti2 ni. I cat bilik yaw! Eleh bukan la tiap2 hari pun 2 hari je pun hu2 kecoh. Tapi sebab cik ngah kite da susah2 amik gambar, makanya terpaksa rela la saya letak kat sini eh ha3.

Ini adalah permandangan bilik sebelum dan semasa aktiviti mengecat dijalankan heheh. Temanya adalah oren kuning. Sebab apa? Sebab tanak membazir cat yang da dipilih oleh si adik bongsu hu2 nasib badan la jadi kakak sulung kan.



Ni pulak permandangan sipi2 bilik yang da siap dicat. Sape2 yang pernah masuk bilik anda mungkin boleh bayangkan macam mana perubahan bilik ni. Eheh bilik saya kecik je takde la berubah dengan pesatnya pun he3. Ingin lihat lebih dekat? Kelik gambar supaya lebih besar dan dekat dilihat hek2 nak ajak masuk bilik memang tak dapek la kawan2.



Sekian berita untuk hari ini :)

Wednesday, December 22, 2010

Jenis-jenis orang yang tak tahu malu

Aritu saya baca majalah ujang. Gile lame tak bace weh ni pun terjumpa kat bilik adik laki saya. Sebab bosan sangat takde nak buat ape ambik jugak la buat2 isi masa lapang he3. Pastu saya jumpa la pasal jenis orang tak tahu malu ni kan. Ni ujang keluaran bape tah. Pastu da seronok baca tiba2 rasa nak kopipes masuk sini tapi ada tambah sikit2 jugak hu3. Kita termasuk dalam golongan orang tak tahu malu ni jugak ke? Eheh nak tahu baca kat bawah sila ye.


-> korang tengah makan tiba2 dia datang makan sekali apa yang korang makan. (haha yg ni macam biasa saya buat je tapi kat kawan2 rapat je kot yang "ak paham ko n ko paham aku" gitu tapi saya tak makan banyak kot ;p)

-> korang nak keluar jalan2, dia pun ikut walaupun tak dipelawa

-> duduk kat rumah korang tapi semua korang yang tanggung (ni bak kate cikgu fluid saya, bawak biawak hidup kot ahah lupe pulak biawak ke buaya tah)

-> barang korang dia pakai macam abah dia yang punya

-> walau tak diundang tapi tetap nak datang makan kenduri

-> tumpang kereta korang tapi buat korang macam driver

-> ajak korang pergi main bowling eh2 elok time nak bayar dia boleh cakap tak bawak duit? pastu goyang kaki tunggu korang bayar. balik rumah buat2 lupa ewah2

-> pinjam duit korang tapi hutang pinjam yang bayar before ni pun tak berbayar lagi (hah lebih kurang same la mcam kes kat atas tu)

-> sewa rumah orang dari anak sorang da jadi 3 orang tapi tiap2 bulan bayar lewat 2 bulan (ni tak tau la nak cakap ape memang bangsa tak sedar diri kot! opps tetiba emo)


Ada yang terkena batang hidung sendiri tak tahulah kan. Saya pun suka2 je nak share n as ingatan untuk diri sendiri jugak. Tapi biasanya apa yang saya tak suka saya takkan buat gitu. Anda bagaimana?

Monday, December 20, 2010

Ini sangat sweet!

Da lame nak letak tapi tak berkesempatan. Video ni dari cite mary stayed out all night a.k.a marry me mary episod 9. Saya potong sket (ape? saya potong? ha3 yela 1st time den sign up youtube hokeh?!) part sweet ni sebab suka sangat ha3. Sila enjoy. Gatal sket je heheh.



Sekarang tengah tunggu episod 13 sambil layan Secret Garden. Ha3 tiba2 gila tengok drama korea apehal? Salahkan mekla yang ajak tengok masa tengah buat thesis haritu kih2.

Sunday, December 12, 2010

The 10th kingdom

Mula2 saya gugel seven kingdom. Image yang keluar adalah seperti game2 ganas gitu. Lepas tu try seventh kingdom pulak. Still result yang sama. Tambah pulak kat belakang word virginia (well yang tu je haku ingat pasal cite ni). Web results keluar the 10th kingdom. Yaa itulah yang saya cari. The 10th kingdom rupo eh. Macam mane la saya bole pikir seven kingdom entah.


Ahah inilah movie tersebut. Nak kate movie, 7 jam punya cerita. Panggil tv show jelah sebab saya tengok kat tv dulu he3. Pernah tengok tak? Mesti ada yang pernah nye lah. Sebab cite ni memang faveret adik beradik saye. Bukan setakat adik beradik jiran tetangga saya sume lah. Sebab dulu masa dia tayang kat ntv7, adik kak sara bekas jiran sebelah sebelah rumah tu siap rakam lagi hu3. Ngah, ko ingat tak? Kite siap tido lambat lagi nak tengok cite ni punya pasal kan.

Ok saya sangat gigih menggugel cite ni hokeh. 10th kingdom ni kira macam cite fantasi la sebab tu kitorang suka. Macam2 watak ada. Snow white, prince, cinderella, evil queen (well beselah fairy tale kn). Tapi watak utama adalah 2 orang ni ha. Si cantek virginia n si hensem wolf. Awww i adore watak wolf ni dulu tau keh3.


Wolf tu mula2 jahat n dia adalah orang suruhan queen tu. Tapi bila dia jumpa virginia terus jatuh hati aww suwit gituu. Yang kat bawah ni virginia, ayah virginia name tony and wolf. Tak silap saya rambut virginia jadi panjang then cite ni jadi cam cite rapunzel sikit. Kira gabung banyak2 fairy tale la kan. Nak tengok sinopsis penuh boleh tengok SINI. Saya pun tak ingat sangat sebab da lama kot tengok cite ni. Tapi sekarang tengah berazam nak tengok balik. Tak dapat donlod, tengok kat youtube pun jadi la he3.


Si baju putih tu adalah Prince Wendell. Dia ni cucu kepada snow white and step grandson of the evil queen. Ada ke patut permaisuri jahat tu pegi tukar prince ni dengan anjing dia. Tak senonoh betul. Tapi pandai jugak dia berlakon jadi anjing sejibik! hahah.



Lupe dah prince tu nak kawin dengan virginia ke tak. Tapi yang pasti hati virginia telah dicuri oleh wolf wuhuhuhu. Eh bukan name dia saje2 wolf tau tapi hero ni memang betol2 serigala hokeh. Anda2 kalau rasa tak percaya boleh tengok sendiri cite ni. Ni masa nak ending dah ni. Saat2 nak melamar gitu hi3.



Tunjuk gambar prince dari dekat pulak. Hensem wolf lagi kot. Hahah larikk..!
Prince cakap slang british wokk!


Kisahnya, masa diorang nak makan, si wolf menggatal tarik virginia. Kebetulan masa tu virginia cakap dia nak makan FISH! Dan2 jela ikan ni kena tangkap then dimasak oleh tukang masak istana. Nah hamik ko baru je nak amik isi ikan tu tiba2 ada cincin kat situ.


Tak habis kat situ je. Masa dia sarung je cincin tu kat jari dia, tiba2 cincin tu bercakap pulak. Eh bercakap ke menyanyi tah. Ha3 tak pasti. Takpe nanti saya tengok balik saya update kih3 excited weh nak tengok balik. Ke ada sape2 yang ada dvd dia? Nak pinjam!




And they live happily ever after. :)

Thursday, December 9, 2010

Sunday, December 5, 2010

cerita bergambar

Gambar eksklusif dari tingkap bilik. Maaf kualiti gambar tak berapa elok sebab pakai handphone cikai saje. Enjoy! ^^v










Terkejut masa nak ambik angin kat luar tingkap tiba2 nampak lembaga2 ni. Eksaited sangat terus cepat2 snap gambar diorang. Kat gambang dulu takde macam ni kat ump pekan je dapat ha3

Wednesday, December 1, 2010

Orang muda cepat marah

A few weeks ago, I went back home with a tons of anger. I brought along with my draft 1 of my thesis which has been completely checked by my supervisor and examiner. I was so upset receiving the draft with full of red colours on it. And yes I felt down for a while. Meanwhile, I regret for the silly mistake that I have done which is just simply submit the Borang Pengesahan Status Tesis without realized that the name inside was belongs to SITI HAJAR BTE MOHD NOH. (Puii kat diri sendiri!) Fortunately, it was still a draft and I still have time to replace it with my name and my project. However, when I went through the draft, I was shocked seeing how the examiner comments my project. Slowly my anger increased and my mind keeps telling that I have to see him no matter what. The project was my pride and I am not plainly buying the product from the market even though I admit that before this I have been lost and give up with this project. But still with the helps from friends and lecturers, I managed to do what I can.

Nevertheless, when I met the examiner, I found that he was so different with the person who comments on the thesis before. Once I make him clear about the project, then he understand and just asked me to proceed what I have done. He said that all the comments are from his points of view without explanation from others. Hearing that, makes me relieved for a while and then I realized that I should not put the blame on him. He just doing his job checking the draft and it was not his fault for not comprehend my project when there was no one explained to him while he was doing the job. This experience makes me learn that a youngster like me is easy to get angry even for the simple matters like this. What we have to do is stay calm and don’t easy to put the blame on others. Throw all the negative thinking to them. We still have time to communicate and find the good solution.
Daisypath Anniversary tickers