Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Debaran kian memuncak

Suatu petang lepas sedap menghadap minum petang tiba2 saya pun teringat pasal intern. Fuh! berdebar tak hingat. Lalu bermula la sesi dialog bersama ibu bapa tersayang.

Saya: Mak, takut la pulak nak g LI. Nak pakai baju ape eh?

Mak: Pakai baju kurung la formal sikit.

Saya: Tapi takut la pulak kang kena pergi plant ke camne?

Abah: Awak pakai baju kurung dulu pastu siap2 bawak baju seluar letak dalam kereta. Pape hal senang boleh ambik je.

Saya: Haah kan.

Mak: Hari isnin ni kan? Awak nak suruh abah hantar ke?

Saya: Erk ehehe..

Abah: (Sambil tergelak) Alah bukannya baru nak masuk sekolah pun.

Ehehe ye itulah yang cuba saya suarakan ha3 lagipun bukan ape menyusahkan abah je kang kena patah balik. Ibaratkan macam saya nak ke utara n abah ke selatan gitu. Dah la abah pun keje jugak.

Sebenarnya rasa bersyukur sangat even result sem ni macam paling hampeh sebab psm yang 4 jam kredit tu, tapi saya still lulus lagi then layak pergi LI. Terima kasih ya Allah. Terima kasih jugak kat lecturers yang banyak tolong.

Tapi papepun memang rasa berdebar gila. Seram sejuk pikir eh nak pakai baju ape? Eh nak bawak ape? Eh nak sampai pukul berapa? hu3 masa nak mandi pun pikir lagi. Ketar2 lutut sampaikan pastu konpius eh aku ni ketar lutut sebab takut ke sebab sejuk? ha3 maklum la musim tengkujuh ni sejuk memanjang. Masa gosok gigi pun boleh konpius. Aku ni kumur air ke kumur ais? Hiperbola sungguh tapi tulah yang saya rasa.

Anyway kepada rakan2 yang akan start LI next monday gudlak k. Buat yang terbaik. Ada masa kita jumpa2 la he2. Lastly, say farewell to 2010 and hello to 2011. Macam pernah dengar je ayat ni kan? keh3

LI : latihan industri a.k.a intern a.k.a praktikal a.k.a keje ;p
PSM: projek sarjana muda

4 comments:

  1. ehe kat ump green tech. kat gambang je pun. meh la singgah he2

    ReplyDelete
  2. eh.. 1st time lah dgr intern.. hahaha.. maklum lah, zaman dah berubah...

    ReplyDelete