Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 22, 2012


Allah.. tiada yang selain diriMu
Yang Berkuasa atas diriku
Allah.. Engkaulah tempatku mengadu
Dalam belasan jiwa mencariMu
Ribuan waktu jutaan detik
Diperjalankan dalam takdirMu
Menangis ketawa
Bagai tak berdaya
PadaMu jua
Hati berserah

Ya Hannan Ya Mannan
Ya Allah Ya Rahman
Anta Allah Anta Rahman
Anta Allah hu Ya Rahman

Dilemparkan badai kehidupan
Dihempaskan dalam kenyataan
Tak berdaya menunggu
Dalam takdirMu
Berharap cintaMu

Allah.. tiadalah selain diriMu
Yang kuharapkan belas kasihMu
Menangis ketawa
Bagai tak berdaya
Diperjalankan dalam takdirMu
ampuni segala dosa dan khilafku
PadaMu jua hati berserah

Ya Hannan Ya Mannan
Ya Allah Ya Rahman
Anta Allah Anta Rahman
Anta Allah hu Ya Rahman

by Opick

Monday, July 23, 2012

Thank you Allah :)

Salam.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk dipertemukan lagi dengan Ramadhan Kareem. Macam mana puasa semua? Oh ya ini Ramadhan pertama saya bergelar isteri. Ye sedikit excited sebenarnya hehe. InsyaAllah target saya Ramadhan tahun ni nak betul2 khatam Al-Quran. Kaedahnya macam yang sedia maklum baca 2 muka surat sebelum dan selepas solat setiap waktu. Kalau lebih lagi bagus. kalau buat double dapat 2 kali khatam ;) Ehem lagi satu saya berdoa sangat dapat puasa penuh tahun ni. Dah lamaaaa sangat tak puasa penuh huhuhu teringin benar rasanya.

Awal Ramadhan ni banyak rezeki Allah bagi kat kami sekeluarga. Alhamdulillah suami saya dapat 2 berita baik dalam satu hari. Suami saya da dapat keje. Yay! rezeki nikah awal kot so tak lama sangat menganggur lepas habis belajar. Syukur sangat.  Tapi dugaannya tempat kerja nya jauh ke barat wuwuwu ;( before ni duk tengok orang je berjauhan dengan suami. Now, kami pulak merasa jadi weekend husband and wife huhu. Takpe tabahkan hati, sekejap je ni. 

Berita baik kedua, tahniah encik suami sebab PSM dapat A hihi so proud with you! Tak sia-sia tukar tajuk n tak cuti midsem kan? Betul lah banyak hikmah kahwin awal ni. Rasanya banyak benda Allah permudahkan. Setakat ni tak pernah lagi la suami saya bagi makan pasir walaupun tengah belajar n tak kerja lagi. Yakinlah rezeki Allah kat mana-mana je. Jangan lupa bersyukur dengan nikmat Allah ye. Senang je jangan pernah tinggal solat dan keluarkan zakat. Ingat dalam duit kita tu ada hak orang lain. Kalau tak keluarkan nanti Allah tarik balik. Sekadar renungan dan manfaat bersama :)

Thursday, July 19, 2012

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang yang asing." 


Sahabat-sahabat bertanya, 
“Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” 


Rasulullah s.a.w menjawab, 
“Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” 


(H.R. Muslim)

Wednesday, July 4, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Saat Lafaz Sakinah




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

by Far East


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/06/lirik-lagu-saat-lafaz-sakinah-far-east.html#ixzz1wsbbpb00


p/s:
- thanks cekda
- buat saya rndu kat abah dan mak


Tuesday, May 29, 2012

Nasi Lemak 1.0


Salam semua.

Ehem ehem nasi lemak sarapan pagi semalam. Simple je makan untuk 2 orang. Ada sambal tumis ikan bilis, ayam goreng, ulam timun, telur rebus dan paling special telur puyuh rebus hehe special la sangat. Pelengkap dia teh O panas nomnomnom. Akhirnya first time ever saya dapat merasa nasi lemak air tangan sendiri. *nangis terharu* hikhik nama je perempuan, 4 bulan kawen baru nak buat kan. 

Sebenarnya plan nak buat nasi lemak ni lama dah. Yela teringin jugak nak jamu suami tersayang kan. Asek-asek beli nasi lemak kat kedai je tak boleh jadi jugak. Tapi sebelum dapat masak ni banyak jugak la kekangannya huhu. Lupa nak beli santan la, ikan bilis nak habes la macam-macam. Yang paling tak boleh blah sekali, bawang dah blender semua, telur pun dah siap rebus sekali nak masak nasi beras pulak dah habis. Aiseh kecewa betul tau terus frust huhu tapi nasib baik tak give up. Tu yang dapat merasa jugak tu hehe.

Oh ye ni saya masak nak test-test je sebab taku tak jadi hehe. Makanya masak satu pot nasi je. Ok lah cukup untuk 2 orang huhu maaf lah ida, nanti tiqah masak lagi sekali tiqah bawak gi lab k? hehe

Ok jemput makan semua.

Friday, May 11, 2012

To my adik-adik


Dedicated to my lovely siblings

One Big Family by Maher Zain

I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Oh, you’re my brotheron
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #3



Jom dhuha dulu kawan-kawan

Friday, April 13, 2012

Jalang-jalang Paka

Salam semua. 

Apa khabar? Dah makan ke tu? Jangan makan lambat ye nanti gastrik risau orang kat sekeliling tu hehe. Oooppss tajuk entry bukan bermaksud jalang yang negatif tu ye. Ni jalan versi slang ganu kite hihi harap maklum.

Kisahnya lebih kurang 2 minggu yang lepas, 31 Mac saya dan suami ikut rombongan cik timah (nama glamer kak tim hehe) ke Paka untuk kenduri akak Fida kite ni bertunang. Dalam pukul 9.30 pagi tu kami dah bertolak dari Pekan dengan 2 buah kereta. Kereta anak-anak dara dan mak dara ahakahakahak. Then singgah IM dulu sebab anak-anak nak gerak satu kereta. Makanya dari Kuantan ber'unser' la kami beramai-ramai ke sana. Kalau ikutkan takde la jauh mana Paka dengan Kuantan tu tapi disebabkan 2 kali sesat campur terlajak bagai, 2 jam setengah jugak la nak sampai ke destinasi tu huhuhu. Tapi yang kami penumpang ni sedap la boleh tertidur apa semua. Yang kesian encik suami la kena drive sorang-sorang hihihi. Sampai je elok da masuk waktu Zohor. Nasib la rombongan lelaki tak sampai lagi kan. Sempat la kami berehat-rehat sambil niat solat jamak plus isi perut dulu huhu maklumlah dari pagi tak jamah makanan.

Muka berpeluh-peluh sesat punya pasal haha! 

Tema majlis adalah pink kuning gituu. Tapi tunangan orang pakai pink. Omey sangat akok kite ni. Teringat masa saya dulu. Serius malu masa orang panggil keluar. Tak keruan saya siap terpusing-pusing dulu baru dapat duduk hahaha kenangan ok. Tapi nasib baik kak fida maintain cun je. Masa keluar pun ayu je jalan and cantik sangat sampai kitorang hampir tak recognize tunangan orang ni sebabnya before ni tak pernah pakai mekap tebal-tebal hehe biasalah budak mechi.

Akok Fida kite

Pengantin lama bersama bakal pengantin

Pung pang pung pang dalam 3.30 ++ petang camtu kitorang pun mintak diri la. Keluar kemaman sebelum masuk chendor, kami berhenti singgah beli keropok lekor dulu. Rembat semua yang goreng dengan yang rebus. Maklum la jarang jugak dapat jalan ganu ni kan. Dalam kepala da plan, awal lagi ni so sempat nak goreng hidang kat family untuk minum petang kan. Sekali, kereta baru lah jalan berapa meter eh eh eh jam la pulokkk. Dah la tak masuk chendor pun lagi. Mula-mula tu semua relax lagi sambil-sambil chill makan kepok leko. Tapi bila dah masuk 2 jam kat dalam kereta, ha semua pun dah panas bontot hangin gila. Dengan kereta yang gerak mengalahkan siput, campur pulak dengan kereta-kereta lain yang takde sivik memotong di sebelah kiri. Fuh boleh bertukar wajah la gini kan. 

Jam panjang yang entah kat mana penghujungnya tu

Dalam 10 minit lagi nak pukul 8 baru la kereta kami boleh bergerak dengan leganya. Rupa-rupanya ada accident lori besar dengan kereta kat jambatan mana tah lupe nak tengok. Tapi kereta proton tu nampak teruk jugak la kemeknya. Patutla lama kan accident elok atas jambatan haih sabar jela weh. Tapi lagi kesian kat orang lane sebelah yang dari kuantan nak masuk ganu. Hoi lagi panjang dia punya jam siap dapat buat 3 lane lagi tu, hebak-hebak. 

Pukul 9 lebih macam tu baru lah kami sampai ke rumah. Masing-masing penat. Siap makan je terus zzzz haha tak senonoh! Sekian saja cerita basi. ok bai.

Oh ye, terima kasih abang! :)

Wednesday, March 28, 2012

wordless Wednesday #2

mengada sangat lah. tak payah counting da hihihi

Tuesday, March 27, 2012

Thursday, March 22, 2012

Kadkad

Salam semua.

Hai entry ni ditulis adalah bagi menyahut seruan kak ida. Study sambil blogging hihihi contoh terbaik betul. Actually tadi baru tengok equipment yang tengah pasang. Tak sabar rasa nak run experiment tapi sebenarnya cuak jugak bila terpikir apa nak jawab masa viva nanti huhu. Awal takutnya kan padahal experiment langsung tak buat lagi. So far supervisor just suruh saya familiar dengan review paper je. Katanya senang masa nak tulis thesis ni. Amin mintak-mintak segalanya dipermudahkanNya.

Balik kepada tajuk entry tadi sebenarnya excited sebab baru dapat 2 kad baru yang melambangkan status saya sekarang hihihi ni lah selokk namanya ye puan-puan. Tapi gambar mintak maaflah masih kabur sebab masih guna handphone cikai huhuhu.

1. Kad Suami Isteri
Haha belasah kad suami isteri kan. Nak panggil kad kawen kang salah maksud pulak huhu sebulan tunggu baru dapat ni. Dah dapat tu bangga je nak tayang sebabnya encik suami ada gaya macam ustaz hihihi.

2. Kad Matrik
Ha yang ni pun hampir-hampir sebulan jugak baru nak dapat. Punyalah bercinta. Kad matrik masa undergraduate dulu tak letak nama abah pun. Sekarang baru nak bangga letak, rindu lah tu huhu. Tiba-tiba  teringat no matrik dulu ada dekat-dekat dengan husband punya. Saya 014, husband 140 pusing-pusing je kan? hikhikhik sungguh gedik.

Ok lah nanti sambung balik. Actually makin busy sebenarnya. Rushing ke sana sini. Jap lagi nak jaga budak test pulak. Pestime nih. Nak buat muka cikgu poyoyoyo sikit la hihi. Jumpa lagi!

p/s: Entry da tulis minggu lepas tapi paragraph terakhir baru sambung arini. Bau basi lah huhuhu

Wednesday, February 29, 2012

Saya dah beli. Anda?

Salam semua!

Amboih semakin ligat pulak berblog sekarang kan? Ha tu lah dia bila baca journal ko tersengguk, hadap internet tak pulak kan? hehehe biasalah dah nama pun student. Tapi dah jadi postgrad student ni kena lah semangat lebih sikit tak boleh malas-malas dah ye. Dalam semangat nak belajar tu, saya semangat jugak nak belajar memasak. Maklumlah orang tak terer nak-nak dah jadi bini orang ni kena lah double rajin masak kan? Kata nak jaga perut suami hehehe.

Disebabkan saya ni masak pun ke laut, maka terpaksalah hari-hari duk google resepi semata-mata nak masak. Agak leceh la sebenarnya dengan internet takde kat rumah, smart phone apatah lagi huhu. Makanya, atas suggestion rakan seperjuangan eceh dan dorongan suami tersayang yang meng'sponsor' baucar bukunya
berjaya jugak saya beli buku ni. Tadaaa 1 hari 1 resepi 365 resepi istimewa chef hanieliza!
Gambar ehsan google juga akhirnya huhuhu

Oho ye sebenarnya saya ni amatlah jarang beli buku. Majalah tu banyak la. Buku masa belajar tak kira eh. Seingat saya buku last yang saya beli 'Aku Terima Nikahnya' kot hahaha gila pemalas kan? Dan ni lah buku resepi pertama yang saya beli tu pun sebab nak masak untuk suami. Kalau single lagi ni, osah pandang pun tak mahu kan? hehe. Setakat ni saya baru cuba 3 resepi dari buku ni. Kentang oregano, sambal sotong and nasi goreng pataya tapi adalah alter sikit-sikit ikut bahan dalam peti ais heee.

Senang cerita buku ni memang praktikal dan senang nak ikut. Memang sesuai sangat untuk yang baru nak belajar memasak dan yang kena masak banyak kali (contoh diri sendiri huhu). Betul colleague yang dah kawin dulu cakap, pening lagi jadi suri rumah sebab penat fikir nak masak apa hari ni. Saya pun selalu jugak rasa macam tu dulu. So, bila ada buku ni, sedikit sebanyak bagi idea la sikit kan even kita dah tau masakan tu tapi kadang-kadang kan tak teringat betul tak?

Eh da macam promote pulak kan huhu takpelah benda baik elok dikongsi. Saya pun dah suggest kat kawan-kawan especially yang bride to be tu hehe. Seronok dengar makin ramai member yang bakal join the club hehe. Saya sudah anda bila lagi?

Friday, February 24, 2012

Our new house

Salam semua!

Apa khabar?

Maaflah dah tak reti da nak berblog. Ayat semakin takde hala tuju. Tak tau hujung pangkal huhu. Takpelah this time saya nak update pasal wife cum student life saya dulu. Alhamdulillah saya dan suami dah 2 minggu selamat duduk kat rumah sewa kami. Rumahnya kat kuala pahang sebelah je dengan taman melur. Kami plan duduk sekali sebab senang dan jimat sikit (kononnya hari2 nak masak untuk encik suami hehehe). Lagipun dekat sikit dengan UMP dalam 10 minit je.

Syukur sangat family kami banyak bantu bagi perabot and barang elektrik. Yang kecik2 macam periuk nasi, blender, pinggan mangkuk semua tu banyak dari hadiah kawen. Tq kawan-kawan, tq family! Alhamdulillah cukup da semua. Lengkap da nak hidup bekeluarga ni anak je takde lagi ooppss hehe. Masa masuk barang-barang besar tu pun family tolong jugak. Nak nangis rasa terima kasih Allah.

Awal-awal tu ada lah sikit-sikit masalah kat rumah ni. Maklumlah Kuala Pahang ni kan kat kawasan kampung. So suasana kampung lah kita. Terpaksalah hari-hari hangin dengan encik nyamuk, cicak dan kaum kerabatnya. Tu belum lagi bab air yang berkeladak lagi. Tambah pulak takde tempat nak buang sampah. Uhuuu redha jela. Bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ni kira kami banyak senang la ni tau. Peti ais, mesin basuh, tv semua ada. Zaman mak abah saya dulu sewa bilik je kot.

Suami sape lah yang rajin sangat ni hihih

Lagi satu kat kawasan rumah sewa kami ni memang banyak la haiwan ternakan sape-sape tah. Nak pulak halaman rumah luas. Kambing lembu ayam biri-biri semua ada. Nasib baik kerbau tak main kat darat kalau tak jadi zoo la kampung kita ni hoi. Dah la tak makan saman, main taram je sampah pun makan. Masuk rumah orang osah cakap la macam rumah mak bapak dia. Mujur rumah ada pagar tapi pagar-pagar pun tetap musykil macam mana la kambing dan anak-anaknya lepas masuk jugak tsktsktsk. Tapi kadang-kadang best jugak dari dalam rumah berlawan mengembek dengan kambing-kambing tu hahaha sengal. Ada sekali tu saya siap main kejar-kejar kot nak halau kambing-kambing ni keluar saje tau nak suruh saya bersenam.

Sebenarnya best duduk kat kawasan kampung ni tapi tak habes explore lagi. Pernah jugak petang-petang jalan-jalan ambik angin dengan suami tapi orang pandang pelik. Mesti ingat kitorang couple lagi. Eh, saya dah nikah lah! huhuhu saborrr jela. Saya ni pun satu jiran-jiran pun tak habes kenal lagi. Yang dekat-dekat jela kenal tu pun encik suami je yang tegur. Saya pemalu terperap dalam rumah je la kehkehkeh. Nak buat kenduri naik rumah tadop pitih plop huhuhu. Tapi sape-sape nak datang, you are almost welcome ye. Meh datang rumah meh :D

Saturday, February 11, 2012

Hellohellohello

Salam semua!

First entry as isteri orang hihi. Maafla kak dayah, saya tak sempat pun nak usik blog masa hari-hari terakhir bujang tu. Sibuk memanjang sempat jengah fb je hehe ampunnn. Nanti kalau rajin saya buat entry persiapan kawen ye? Tapi saya ni simple je orangnya semua main hentam takde protokol-protokol semua buat ikut suka hati. Maaf sangat-sangat kalau terasa, terguris hati. Saya tak terniat langsung. Kita ni manusia biasa je tak dapat puaskan hati semua orang. Btw, terima kasih banyak-banyak pada yang sudi hadir walimah saya. Terima kasih untuk hadiah dan terima kasih juga untuk every single helps. Hanya Allah je yang dapat balas semuanya. 

Aha update terkini pasal saya:
~ 2 minggu dah jadi Puan Atiqah ;)
~ dah masuk jadi student balik. postgraduate student yay! my matric card number: MMA12001 yaw! i'm the first yang register for this course. bangga ke takut? aaaaa takutnyaaa banyak journals menanti dah ni
~ bakal berpindah ke rumah sewa baru bersama encik suami. sape-sape duduk dekat taman melur tu jemput la singgah hihi

teaser sikit..

Ya Allah permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat.

Monday, January 16, 2012

new new new

Salam.

Hi all! Happy new year! Yes, I know I am late but who cares right? hehehe. This new year, I have 2 BIG missions to start. Fuhhh sangat berdebar. Everyday I'm thinking, "mampukah?". These new things is really new and challenge me. Hopefully, Allah will make it easier for me. 

Ahah, today I just found Dr. Halina's blog and suddenly I started to like her. I thought that she was just a doctor, but hey, she is good, inspiring and cute mommy too. Moms to be would love her like I do. I read all entries you know (that is why this post wrote in english hehe) and I also learnt a lot from her blog and one of it is from this quote,
If either one of you wins in an argument between each other, it’s a losing battle for your marriage.
Thank you doctor. You really made my day :D
Daisypath Anniversary tickers