Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 24, 2012

Our new house

Salam semua!

Apa khabar?

Maaflah dah tak reti da nak berblog. Ayat semakin takde hala tuju. Tak tau hujung pangkal huhu. Takpelah this time saya nak update pasal wife cum student life saya dulu. Alhamdulillah saya dan suami dah 2 minggu selamat duduk kat rumah sewa kami. Rumahnya kat kuala pahang sebelah je dengan taman melur. Kami plan duduk sekali sebab senang dan jimat sikit (kononnya hari2 nak masak untuk encik suami hehehe). Lagipun dekat sikit dengan UMP dalam 10 minit je.

Syukur sangat family kami banyak bantu bagi perabot and barang elektrik. Yang kecik2 macam periuk nasi, blender, pinggan mangkuk semua tu banyak dari hadiah kawen. Tq kawan-kawan, tq family! Alhamdulillah cukup da semua. Lengkap da nak hidup bekeluarga ni anak je takde lagi ooppss hehe. Masa masuk barang-barang besar tu pun family tolong jugak. Nak nangis rasa terima kasih Allah.

Awal-awal tu ada lah sikit-sikit masalah kat rumah ni. Maklumlah Kuala Pahang ni kan kat kawasan kampung. So suasana kampung lah kita. Terpaksalah hari-hari hangin dengan encik nyamuk, cicak dan kaum kerabatnya. Tu belum lagi bab air yang berkeladak lagi. Tambah pulak takde tempat nak buang sampah. Uhuuu redha jela. Bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ni kira kami banyak senang la ni tau. Peti ais, mesin basuh, tv semua ada. Zaman mak abah saya dulu sewa bilik je kot.

Suami sape lah yang rajin sangat ni hihih

Lagi satu kat kawasan rumah sewa kami ni memang banyak la haiwan ternakan sape-sape tah. Nak pulak halaman rumah luas. Kambing lembu ayam biri-biri semua ada. Nasib baik kerbau tak main kat darat kalau tak jadi zoo la kampung kita ni hoi. Dah la tak makan saman, main taram je sampah pun makan. Masuk rumah orang osah cakap la macam rumah mak bapak dia. Mujur rumah ada pagar tapi pagar-pagar pun tetap musykil macam mana la kambing dan anak-anaknya lepas masuk jugak tsktsktsk. Tapi kadang-kadang best jugak dari dalam rumah berlawan mengembek dengan kambing-kambing tu hahaha sengal. Ada sekali tu saya siap main kejar-kejar kot nak halau kambing-kambing ni keluar saje tau nak suruh saya bersenam.

Sebenarnya best duduk kat kawasan kampung ni tapi tak habes explore lagi. Pernah jugak petang-petang jalan-jalan ambik angin dengan suami tapi orang pandang pelik. Mesti ingat kitorang couple lagi. Eh, saya dah nikah lah! huhuhu saborrr jela. Saya ni pun satu jiran-jiran pun tak habes kenal lagi. Yang dekat-dekat jela kenal tu pun encik suami je yang tegur. Saya pemalu terperap dalam rumah je la kehkehkeh. Nak buat kenduri naik rumah tadop pitih plop huhuhu. Tapi sape-sape nak datang, you are almost welcome ye. Meh datang rumah meh :D

6 comments:

  1. haha. ok. nnt saye datang. neway tahniah kak tiqahh!!!!. n sori aritu x dapat nak datang. tengah praktikal. najmie ade ajak pegi skali aritu. huhu.

    tahniah again! moge berbahagia. hehe

    ReplyDelete
  2. kajol, meh la ak masak untuk hang nanti tau hehehe

    ReplyDelete
  3. wow...semangat2...xtau lg bila nk p..tp mmg tingin nk p laa..haha..

    ReplyDelete