Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

nampak sama tapi sangat berbeza


Ini namanya kuih tepung pelita. Tengok baik2 ia guna daun pisang ye. Kuih ni lembut sangat n mudah pecah juga tak tahan lama. Bila beli silalah pegang n jaga elok2 takut terbalik pulak nanti hu2. Ada 2 layer. First layer (hok atas kaler putih) adalah dari santan kata mak. Second layer (kaler hijau) pula adalah dari tepung beras juga bersama air gula. Kegemaran abah saya. Ramadhan ni asal saya balik je berbuka kat rumah mesti ada ini kuih :)



Ini pula kuih tako namanya. Lihat elok2 ia guna daun pandan ye. Macam kuih pelita, kuih tako juga ada 2 layer. First layer juga adalah santan n tepung beras. Second layer pulak guna tepung hoen kwee (sila google sendiri if nak tahu macam mana rupe tepung hoen kween ni ye ;p). Kat tengah layer ada diletakkan sengkuang or jagung (saya terbagi salah info kat seseorang. Saya cakap lengkuas. errkk?! he3) Ramadhan tak merasa lagi. Nampak gayanya bakal dicari tak lama lagi di bazar2 terpilih hue3.

Kenapa saya buat entry ni? Sebab suatu hari jiran katil bagi saya rasa kuih pelita versi bazar dotdot. Pelik sebab takde layer hijau. Rasa air gula sesado. Lalu jiran katil pun bertanya, "Adakah tempat dotdot memang buat kuih pelita serupa ini?" Saya dengan yakinnya menjawab, " Tak pernah2 ak jumpa hok gini gayanya. Nak kata kuih yang ada lengkuas tu lain rasanya." Pulang ke rumah saya bercerita pula kepada emak perihal kuih pelita tadi. Lalu mak dengan senangnya menjawab, "Pemalas orang yang buat kuih tu..."

Moral of the story: Tolong lah pandai bezakan lengkuas dengan sengkuang hokeyyy? kih3

Gambar ihsan encik google =)

Monday, August 23, 2010

kisah itu

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)


Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

info taken from here

Tiba2 rasa nak google pasal ni. Saya bold kan ayat tu kira macam wakilkan suara hati saya lah. Saya ni bukanlah alim. Ilmu pun masih banyak yang kurang. Tapi masa kat matrik dulu saya ada belajar. Saya ingat lagi ada orang tanya kat ustaz, saf tu bermula dari mana? Then, ustaz tu cakap. Saf bermula dari tengah dekat dengan posisi imam.

Tapi kenapa orang akan cari port tepi2? If orang ramai saya faham lah niat anda nak bagi jemaah lain senang nak masuk semua. Tapi if jemaah setakat satu saf je pun nak jugak ke duduk kat tepi2 tu? Sedangkan anda sendiri nampak hanya anda je dekat situ. Takkan nak tarik jemaah lain2 pergi kat anda pulak. Sepatutnya anda la yang gerak penuhkan saf kan?

Sila betulkan kiranya saya salah

Saturday, August 7, 2010

weekend itu







was a blast!

p/s: sudah malas mahu bercerita

Friday, August 6, 2010

cube nak tipu heh?

One fine day,

Tengah seronok2 menikmati lunch dengan lahapnya bersama ida n yana. Tiba2 dengar bunyi hanphone sendiri kat bilik sebelah. Oh ye, saya lunch kat bilik jiran ye hu3. Lalu berlari-lari anak lah saya ke bilik sendiri. Bajet comel lari2 anak dengan tak pakai selipar kan hak3.

Angkat telefon, kedengaran seperti indonesian yang bercakap ye. Hah sudah mamat indon mane pulak nak ngorat haku neyh? tsk3. Dia bagi salam elok. Tapi macam berhenti jap nak suruh saya jawab. (Biasa bila saya dapat call, laju je si pemanggil cakap, "Semekom tiqah bla bla bla.." tanpa sempat beri kebenaran kat saya jawab salam dulu hu3 yela tu). Saya dengar dia perkenalkan diri dari celcom katanya tapi nama tiada di situ ye.

Dia bebel bla bla bla dan saya pulak just aha aha aha tiba2 dia cakap, "Tahniah! Nombor saudara (saudara dia panggil? Ape kasar nau ke suara saya ni?tsk2) telah berjaya memenagi cabutan bertuah bernilai tujuh ribu ringgit." Ha2 ok mula2 memang rasa bangga sikit kan. Tujuh ribu ye. Lepas la nak buat bayar pt 3 sem (err lepas ke?)

Lepas tu tak lama dia confirmkan nama saya. Aha nama saya memang betul sama macam yang dia cakap tu. Tapi lepas tu dia mintak pulak no akaun saya. Oh oh saya da start cuak da kan. Bab no akaun ni bukan boleh buat main tapi dalam akaun saya pun bukan ada duit he2. Saya try nak escape dari conversation tu. Saya cakap saya ada kelas nak belajar ni. Tapi dia mintak pulak no akaun family or kawan2 yang ada dengan saya masa tu. Ewah2 suka suki je kao heh. Bagi lempang sedas nak?

Okay saya da malas nak layan kang hilang pulak selera nak makan kan. So, saya cakap kat dia saya ada hal nanti pandai2 la saya nak cari dia balik. Dalam pada nak stop tu sempat pulak dia bagi contact number dia saya pun aha aha aha jela konon2 tengah gigih menyalin no phone dia kah3. Lepas tu sempat pulak dia tanya umur saya berapa. So saya dengan yakinnya kelentong, "Oh saya baru 18 tahun" bajet muda kan hi3 lantak ko lah. Orang camni takleh layan sangat. Kelentong takpe diharuskan =p

Ada yang nak komen?

Thursday, August 5, 2010

5/8/2010
12 am already
------------------------------------------------
You used to captivate me by your resonating light
Now, I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts my once pleasant dreams
Your voice it chased away all the sanity in me

These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
There's just too much that time cannot erase
Daisypath Anniversary tickers