“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)
info taken from here
Tiba2 rasa nak google pasal ni. Saya bold kan ayat tu kira macam wakilkan suara hati saya lah. Saya ni bukanlah alim. Ilmu pun masih banyak yang kurang. Tapi masa kat matrik dulu saya ada belajar. Saya ingat lagi ada orang tanya kat ustaz, saf tu bermula dari mana? Then, ustaz tu cakap. Saf bermula dari tengah dekat dengan posisi imam.
Tapi kenapa orang akan cari port tepi2? If orang ramai saya faham lah niat anda nak bagi jemaah lain senang nak masuk semua. Tapi if jemaah setakat satu saf je pun nak jugak ke duduk kat tepi2 tu? Sedangkan anda sendiri nampak hanya anda je dekat situ. Takkan nak tarik jemaah lain2 pergi kat anda pulak. Sepatutnya anda la yang gerak penuhkan saf kan?
Sila betulkan kiranya saya salah
No comments:
Post a Comment