Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 25, 2010

ini bukan telur dadar

Salam

Chef tuty datang lagi hak2 pui2 sikit kat diri sendiri

Tengah hari tadi abah cakap tak payah masak. Abah nak beli lauk. Yeah suka2 =). Sebenarnya before tu ak da excited nak masak. Nak try satu resepi baru, tengok kat cerita ape tah kat 8tv semalam. Chef cina yang buat tapi nama masakan terlupa pula. Tapi ala2 xi can + zhong can (western food+chinese food) gitu.


Ginilah rupanya. Sekali tengok macam telur dadar tapi sebenarnya kentang ye kawan2. Rasa boleh tahan and still bole improve lagi. Sangat sesuai untuk breakfast and chef tu cakap budak2 mesti suka la. Ha3 mula la verangan nak buat breakfast untuk anak sendiri =p

Resepinya senang je. Ak tengok sekali da bole hafal masuk kepala ngeh3

Bahan2 nya boleh tengok kat bawah ni ye:
- kentang of course (ak guna sebijik je da cukup)
- lobak merah ptong kecik2. Dadu la kot senang cakap kan
- telur (ni pun ak agak2 sibijik dacukup)
- mayonis (ak guna sesudu je)
- cheese sesedap rasa
- bawang besar potong dadu ni pun agak2 suku biji camtu ha3
- daun sup (ahah ni pun suka ati ak je letak)
- garam secukup rasa
- black pepper ikut suka hati la nak letak ke tak
- minyak untuk menggoreng

Ehe pendek kata semua bahan ni ak letak ikut selera je. Sape2 kreatif bole tambah lagi sila2 jangan segan2

Nak buat nyer pun senang yang amat:

1. Peel kentang n lobak merah, potong kecik2 then kukuskan sampai agak2 lembut macam tu.

2. Lenyek bahan yang da kukus tadi sampai lenyek ha2 ape punya bahasa da.

3. Agak2 da habis lenyek tu bole la masukkan telur. Kacau2 dia sampai sebati. Then masukkan mayonis kacau lagi.

4. Pastu bole la masukkan cheese, bawang, daun sup, garam and black pepper tadi. Gaulkan sampai sebati lagi.

5. Panaskan kuali. Masukkan minyak macam nak buat telur dadar tu. Da tengok macam da cukup panas tu bole la masukkan bahan tadi. Masuk je semua sakali macam buat telur dadar jugak.

6. Da agak2 bawah tu da masak tu kan bole la terbalikkan dia. Baik2 yer takut pecah retak pulak sebab ni kentang yer bukan telur hu3. Ak siap guna pinggan lagi nak bagi tekstur dia (eceh!) elok tapi terusik jugak cis3.

7. Da siap masak bole la angkat. Potong dye macam potong pizza tu ok

8. Chef tu cakap sebab apa dia jadi campuran chinese food tu adalah sebab diorang makan dengan cam roti cina kot ak pun kurang pasti namanya tapi kita2 ni bole la makan dengan roti biasa je ye. Pun jadi jugak lah.

Ehe da pun siap and boleh dimakan. Selamat mencuba! Cuba jangan tak cuba =p

4 comments:

Daisypath Anniversary tickers