Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 30, 2010

dulu gian kat mende2 ni

Kecik2 dulu suka sangat membaca. Ingat lagi masa umur 5 ke 6 tahun macam tu, mak dah belikan ak komik kawan. Ehe korang pernah baca tak? Tak silap ak dulu2 agak femes amos jugak la komik ni. Tapi tak tahulah wujud lagi ke tak komik tu sekarang kan. Mula2 setakat tengok gambar je, lepas tu bila da start pandai baca tu dari atas sampai bawah muka surat ak baca. Termasuklah sekali depan sampai belakang page ak hentam hu3.

Masa kecik sampai umur 6 tahun camtu ak duduk nursery. So ramai jugak la kawan2 sebaya. Ada member ak ni mak dia tiap2 bulan langgan majalah MICKEY tu. Ak pun nampak cam best je duk la tumpang baca sekali. Sebab kat umah ak memang tak dapat. Yang ak ingat mak ak tiap2 bulan beli komik kawan tu. Kadang2 beli Bintang Kecil. Tapi bintang kecil dulu n sekarang memang berbeza yang amat. Dulu2 banyak info berguna. Sekarang ak tengok fashion je lebih tah pape meluat ak tengok.

Da masuk sekolah rendah tu mak beli pulak majalah Tunas Sains n majalah ALONG kot. Ha3 Tunas Sains ni bagus sangat ak rasa bukan komik semata2 tapi banyak info sains sesuai untuk kanak2. Yang majalah ALONG tu duk mengajar math la ape lagi kan. And lagi satu ada majalah Ana Muslim ke ape tah tajuknya. Tapi yang ada katun setan tu. Aha yang tu pun ak suka sangat bila finally tengok setan2 tu hangus terbakar he3. Tengok mak ak beli sume majalah yang baik2 je.

Bila ak da besar sikit tak minat da nak baca majalah budak2 tu. Start pulak kat majalah lawak antarabangsa. Alaaa majalah Ujang tuuu. Ni terpengaruh dengan kazen2 ak yang melanggan tiap2 bulan tula. Dia punya koleksi banyak tak hingat kooo. Bertaun dia menyimpan. So ak pun ape lagi asal balik kampung je duk hadap ujang la. Dulu2 lawak dia memang nak pecah perut la ak rasa. Takde pun yang mengecewakan. Paling best mesti la 'Budak Hostel'. Ak kalau dapat ujang tu mesti cari budak hostel dulu. Kartun dia kawaiiiii he3. Start dari tula ak minat dengan kartunis Ubi yang lukis cerita ni. Sume cerita dia ak layan sampai yang paling last ak sempat cerita IN. Cerita ni pun ak suka sebab watak utama dia adalah gadis tomboy. Sesuai sangat la dengan karakter ak masa tu. Rambut pendek perangai cam jantan kah3.

Masuk form one, ak da kurang sikit dengan Ujang. Beralih arah ke komik semula. Ak baca majalah Gempak pulak. Woohoo suka sebab banyak komik n info pasal games n entertainment. Masa nilah ak start minat dengan manga, anime n drama jepun. Lepas tu gempak keluarkan lagi satu majalah Utopia namanya. Wuihh ak beli jugak sebab masa tu minat sangat dengan artis barat ni. Ingat lagi edisi 1st dia cover avril lavigne. Fulamakatak ak kipas susah mati avril dulu. Yela imej boyish katekan mestilah i likee. Ak pun start dressing ikut avril masa jadi cover tu. Tshirt n jeans biru + kasut converse itam. Hak2 bangang je rasa bila ingat balik.


Ko tengok avril sekarang. Eeee tak suka tak suka!

Aha sekarang umur da 22 takde maknanye la da ak nak baca semua2 tu. Takde perasaan da rasanya. Paper pun da rasa malas nak bukak hua3. Biasanya sekarang ak baca majalah keluarga takpun wanita yang mak ak beli tu je. Kadang2 kat hostel pun cik hajar beli wanita jugak. So ak tumpang la sekaki yela i kan da nak masuk pangkat wanita da sekarang ha3 pui2 =p

6 comments:

  1. aq pon samer la ngan ko..sebijik...
    skank ni satu haper pon x minat...(^^)

    ReplyDelete
  2. haha...ooo..yg setan kena bakar tu cam majalh Asuh jea..haha..
    umm..minat gile Kawan tu. tiap2 bulan mest beli. Mickey n friends pown. da besar sikit baca Anak-anak Sidek pulak. pastu Gila-gila. Pastu Ujang. Skrg G3 plak. nnt beralih arah kat Wanita ke Keluarga ke pulak..pastu Pa&Ma.. hohohoh.gatai.

    ReplyDelete
  3. Aha betul2 majalah asuh la he3 lupe pulak. Anak2 sidek pun ad bace gak dulu tiap2 bulan mintak mak beli kan ehe. Amboi kak ada kite da x sbr ye =p

    ReplyDelete
  4. hehe. samalah. dulu kawan, tunas sains, ujang, gempak, utopia. and ada lagi satu, adik.

    sekarang seventeen, cosmo, cleo :P

    ReplyDelete
  5. ehe ad jugak tu skang kn da tak budak lg =)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers