Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 27, 2009

Terima Seadanya....

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia
akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air, biarlah berpada.
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh...
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yg kamu pasti
baik untuk dirimu.
Mengenyangkan..Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yg lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila
dia menjadi milik orang lain...

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers