Amboih semakin ligat pulak berblog sekarang kan? Ha tu lah dia bila baca journal ko tersengguk, hadap internet tak pulak kan? hehehe biasalah dah nama pun student. Tapi dah jadi postgrad student ni kena lah semangat lebih sikit tak boleh malas-malas dah ye. Dalam semangat nak belajar tu, saya semangat jugak nak belajar memasak. Maklumlah orang tak terer nak-nak dah jadi bini orang ni kena lah double rajin masak kan? Kata nak jaga perut suami hehehe.
Disebabkan saya ni masak pun ke laut, maka terpaksalah hari-hari duk google resepi semata-mata nak masak. Agak leceh la sebenarnya dengan internet takde kat rumah, smart phone apatah lagi huhu. Makanya, atas suggestion rakan seperjuangan eceh dan dorongan suami tersayang yang meng'sponsor' baucar bukunya
berjaya jugak saya beli buku ni. Tadaaa 1 hari 1 resepi 365 resepi istimewa chef hanieliza!
Gambar ehsan google juga akhirnya huhuhu
Oho ye sebenarnya saya ni amatlah jarang beli buku. Majalah tu banyak la. Buku masa belajar tak kira eh. Seingat saya buku last yang saya beli 'Aku Terima Nikahnya' kot hahaha gila pemalas kan? Dan ni lah buku resepi pertama yang saya beli tu pun sebab nak masak untuk suami. Kalau single lagi ni, osah pandang pun tak mahu kan? hehe. Setakat ni saya baru cuba 3 resepi dari buku ni. Kentang oregano, sambal sotong and nasi goreng pataya tapi adalah alter sikit-sikit ikut bahan dalam peti ais heee.
Senang cerita buku ni memang praktikal dan senang nak ikut. Memang sesuai sangat untuk yang baru nak belajar memasak dan yang kena masak banyak kali (contoh diri sendiri huhu). Betul colleague yang dah kawin dulu cakap, pening lagi jadi suri rumah sebab penat fikir nak masak apa hari ni. Saya pun selalu jugak rasa macam tu dulu. So, bila ada buku ni, sedikit sebanyak bagi idea la sikit kan even kita dah tau masakan tu tapi kadang-kadang kan tak teringat betul tak?
Eh da macam promote pulak kan huhu takpelah benda baik elok dikongsi. Saya pun dah suggest kat kawan-kawan especially yang bride to be tu hehe. Seronok dengar makin ramai member yang bakal join the club hehe. Saya sudah anda bila lagi?