Semalam buat 1st time nya tomyam kembali after 10 tahun takde menu tomyam di rumah saya ni. Bunyi pelik ha2 bukan sebab ape. Dulu mak saya penah try buat tomyam masa saya darjah enam. Tapi nasib tak berapa baik masa makan tu perut saya kosong so malam tu memang sakit perut tak hingat la. Esok paginya, pegi klinik elok doctor cakap, "u gastrik ok. So jangan makan mende2 masam macam tu da gheti?" Ok terdapat sedikit tokok tambah di situ ye kawan2 he3.
Jadi semalam, saya dengan rajinnya telah masuk dapur (biasa memang rajin masuk dapur pun ha3) selongkar bahan2 yang ada nak buat masak. Semangat siap google resepi tomyam lagi tu hu3 pastu compare2 tengok mane yang lagi senang nak buat. So jadi la resepi tomyam versi saya hu3. Bila da try masak haruslah nak kepoh2 kat blog kan ha3.
Nak try? sila2 =)
Ni bahan yang saya guna since mende2 ni je yang ada dalam peti ais saya hu3
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 batang serai(ditumbuk)
1 labu bawang besar(dibelah enam)-> tapi saya potong bulat senang nak makan ha3 lantak la
2 ulas bawang putih
1 kiub perasa tom yam maggi
2 biji limau nipis
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
1 batang saleri
2 biji tomato(dibelah enam)
Carrot and kobis ekot suka hati =p
Gula dan garam secukup rasa
Nak tambah udang ke sotong ke daging sume bole ye sila2
Then, bole la mula masak ye
Panaskan air dan masukkan ayam dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air limau nipis. Kacau hingga rata. Masukkan pula sayur2 yang terlibat tadi iaitu carrot, saleri and kobis. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.
Bapak la senang rupenya. Sedap betul nak makan camtu je. Bila makan dengan nasi wajib buat nasi banjir dengan kuah tomyam he3. Yang penting perut tak sakit, yess!!
Jemput makan he3 ^^
hehe..rajin.bagus2. farah kalo masah tomyam guna paste jer=p
ReplyDeletehe3 cuti2 memang rajin masak sket.
ReplyDeleteaha tula ramai orang suka guna pes kan. saya takut berminyak je sebab tu guna kiub he3
kalau tambah kubis bunga kan lagi best. huhu
ReplyDelete