Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 12, 2010

jeles ke rindu?

Salam

Ok tiba2 ak rasa jeles kat orang yang sibuk beraktiviti ni. Rasa sedih tak dapat join. Ini akan terjadi bila ko suatu masa dahulu adalah seorang yang rajin (rajin ke?) + suka join aktiviti universiti ye. Nak kata aktif takdelah sangat tapi buat apa yang disukai.

Start dari first year lagi ko da baik dengan senior, join aktiviti bagai. Sampaikan ada senior offer ko bertanding persatuan fakulti. Ha3 ni memang nak gelak sebab masa tu masih lagi lack of experience camtu. Masa tu tempat untuk first year pulak ada satu je and lawan ko pulak adalah budak 4 flat so memang kalah trang tang tang la kan =p. Bila ingat balik senior ak masa tu gigih duk panggil ak masuk bertanding pergi manifesto sume. Last2 masa hari manifesto tu konon nak bertanding untuk persatuan fakulti sekali masa nak intro tu boleh pulak la ak salah sebut name fakulti sendiri kan. Hampeh betul rasa! Tak ke bengong namanya malukan diri sendiri masa tu. Da la pakai baju kurung dengan safety shoes sebab malam tu ada present projek c++ kat lab so kena la pakai safety shoes. Ketak tak ketak hu3.

Bila da baik dengan senior ni, mulalah senior ajak ko jadi committee untuk program diorang. Masa tu memang rasa best sangat kenal dengan senior yang sempoi2 and baik. Diorang tak berkira langsung dengan kitorang si junior ni. Layan cam kawan2 lagi ada. Sekarang senior2 tu sume da selamat grad n tengok keje diorang pun best yang tengah sambung master pun ada jugak.

Paling suka zaman jadi junior tu ak suka sangat join aktiviti kelab and training tkd. Every week if takde keje memang ak pergi. Masa tu gigih rasa nak naikkan belt ha3 sekarang hampeh dengan credit hour yang banyak ditambah dengan assignments, projek, psm and paling penting LAB REPORT yang tak sudah2 makin memalaskan ak lagi. Ok tu cerita sem lepas. Kaki ak pulak lepas masum tu kejap2 tiba2 sakit err alasan lebih kot!=p

Aktiviti kelab pun tak kurang bestnya. Even ahli kelab tak ramai mana pun tapi family tkd memang da best i ever had la kt ump ni. Rasa rapat je even lain fakulti pun still boleh masuk. Ingat lagi program first yang ak join dengan tkd, dinner kelab. Masa tu jadi ajk makanan. So kena la pergi contact orang hotel, buat appointment and deal dengan orang hotel. Memang pengalaman yang best and buat ak belajar banyak walaupun ak ajk makanan je kot hu3. Ingat lagi nak pergi hotel tu bawak abang din dengan sya kot namanya. Baru nak bagi penghormatan kat abg din drive sebab dia laki sekali lesen nan ado plop wu3 sabau je la heh.

Ak pun join english society, intel namenya. Sebab masuk mestila sebab lecturer ku hu3 tiba2 eh saya da ada jawatan ke teacher? ha3 masa tu segan2 sikit yela ak ni english da la hancur pastu ahli kelab pulak ada yang debaters la anak cikgu bi la, anak tokey balak la (tetibe..) uih kecik je rasa duniaku wa3. Sempat la join aktiviti sikit macam jadi fasi untuk english camp 1 n 2. Ouh ak memang tak reti betul jadi fasi nasib baik la dapat partner yang tip top so takdelah segan sangat kat adik2 ha3. Ahah masa tu mengANAKTIRIkan sikit kelab ni sebab ada jawatan kat kelab tkd. He2 maaf ye miss2 and my fellow friends *peace!*


Ok2 ak rindu sebenarnya kan?

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers