Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 5, 2009

ramadhan d rumah

Salam

Saje je tiba2 rindu teringat family d rumah. Last week cuti merdeka ak memang plan nak balik sebab da lama katil kat bilik rindu kat ak he3. Kebetulan angah, adik ak yang kat MSU pun balik cuti midsem. Tawfiq pun same balik cuti sekolah. Adik wan memang da ada kat rumah sebab tugas dia menjaga mak n abah hu3. Memang seronok la sebab semua ada. Dapat sahur sama2, buka sama2, tarawikh, tadarus semua la sama2 dengan family. Rindu masa zaman kecik2 dulu..



Sahur

Peliknya ak ney bila kat hostel pandai je bangun sahur sendiri tapi bila kat rumah bukan mak je, dengan abah sekali gigih kejut ak hu2 sekali sekala nak bermanja. Hari 1st balik mak buat sahur nasi lemak. Fuh! memang bes! Kat UMP ak sahur air kosong je takpun paling baik pun vico hu3 memang puas hati. The next day mak masak kuey tiaw goreng then nasi goreng. Mak masak ape pun memang sedappp. Ngantuk2 ak pun bila nampak makanan pelahap gak hu3.

sape tak kenal ini adalah nasi lemak ok

Berbuka

Petang masa ak balik tu buat kali pertamanya dalam Ramadhan ney ak makan kurma sadis betul ak ney peruntukan untuk kurma pun tadak tsk3. Sebab rindu sangat kat masakan mak, ak makan bertambah woo sampai licin periuk nasi tu. 1st day tak sempat tolong mak masak sebab sampai pun da petang itupun liebe yang hantar selamat ak sampai before berbuka he3 suka2 ^^ Besoknya sempat la ak tolong mak masak sikit2. Antara menu yang ak masak mestilah yang senang2 seperti sambal goreng tempe, sayur goreng n kuih buah melaka. Semua ney ak da expert daa wa cakap luu he3. Hari last berbuka before ak n tawfiq balik hostel, banyak gila lauk. Paling best mestilah gulai tempoyak ikan patin. Meletup ar! (mak liebe pun masak lauk sama gak he3 apekah??)

ney lauk masa hari last kat rumah

ada jugak orang tak tau kuih apakah ini..

sambal goreng tempe + ikan bilis + kentang + kacang

Tarawikh

Oho tarawikh ak tahun ney memang da confirm la tak penuh kan tapi ak memang banyak ponteng la macam2 hal duniawi ak buat tsk2. Tapi kat rumah full ajee. Kitorang satu family tarawikh kat masjid kat rumah tu. Dulu surau je sekarang da besar sikit jadi masjid al-makmur namanya. Orang masjid ney biasa buat 20 tapi if buat 8 ad tazkirah. Tapi tazkirah dia takdelah 10 minit cam kat UMP lama gak ar sampai ak bole terlelap sebentar. Nasib baik duduk belakang mak kalau tak mesti mak da cubit2 anak dara dia ney suruh bangun hu2.


Tadarus

Dulu2 ramadhan kat rumah masa cuti sekolah. So pengisian cuti sekolah adalah tadarus al quran di rumah lepas tarawikh. Abah siap buat jadual lagi mengaji sampai juzuk mana every night tu. Muka adik beradik ak bila dipanggil mengaji sentiasalah muka keterpaksaan ho2 tapi mesti habiskan jugak. Sekarang ney kat rumah abah tak paksa pun, ikut kamulah nak ngaji sampai mana. Tapi balik hari tu tengok tawfiq bagus lah da la lepas sahur tak tidur da rajin ikut abah jemaah subuh kat masjid. Bagus lah adik ak yang sorang tu bila la ak nak jadi camtu lagi.

Ehe begitulah ceritanya ramdhan kat rumah. Sengaja je bulan puasa ney letak gambar makanan banyak2 bagi terliur sikit =p. Nanti nak posting pasal raya lak he3 ^^v


5 comments:

  1. wah~~best lah orng kuantan ni..leh blk rmh..
    *sob*sob*emo lak..hee
    jelez tol lah..

    ReplyDelete
  2. [syukay] aha syukay yg ajaa he3

    [ida nj] ololo ida pn slalu gak blk kl even x dpt blk sarawak kn2? he2

    ReplyDelete
  3. hye..knl x?slmat berpuase key..n..celmt ari rayer..hihi

    ReplyDelete
  4. [aA] he3 mst la knal skulmate slamat juge ^^v

    ReplyDelete