Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 14, 2009

ak masuk dapur

salam

[ini adalah cerita petang semalam]

tuty : mak, nak buat kuih ape arini?
mak : entahlah..ada inti kelapa yang maklong bagi aritu

tuty : oww emmm nak makan ape eh?

mak : buat kuih ketayap la nak?

tuty : kuih ketayap? (berfikir sebentar....) owww ahah ok gak tuh! Meh along tolong buat eh? he3


He2 cuti2 ney ak memang rajin ke dapur. Semalam tolong n belajar dengan mak buat kuih ketayap nih. Ho3 tahukah anda rupa kuih ketayap tuh? Alaa yang kaler ijauuu tuh ada inti kelapa dalam dia. Ada orang panggil kuih gulung. Haa meh nak ajar buat camne senang sajeee he3

Sebabkan inti da siap sume so kita juz wat "lempeng" nyer saje. Lempeng? ha3 ada orang panggil lempeng nak tergelak ak takpelah bedal jelah

Bahan2 yang diperlukan untuk lempeng :
-tepung gandum
-telur sebiji
-air
-pewarna hijauu

*bahan untuk inti kelapa nanti ak search he2 tapi rupanye seperti ini
sila klik untuk lebih jelas


Then cara membuatnya :

1. Bancuh tepung gandum dengan air. Agak2 la kan jangan la cair sangat kang tak menjadi lak lempeng kau.
2. Masukkan telur then kacau lagi. Pastu masukkan pewarna hijau. Mak ak blander bahan tadi so that sebatian tu sebati (ha3 lawak pulak ayat ak nih!)

sebatian yang dah sebati ^^

4. Panaskan kuali. Letak minyak sikit.
5. Amik la dalam sesenduk gitu then curah (curah ke? ha3) dalam kuali sebijik macam goreng lempeng.
6. Agak2 da masak lempeng kau tu angkat la
begini la rupenye lempeng da masak

7. Da sejuk lempeng tu, letak la inti kelapa tadi. Pastu gulung la cantik2 seperti gambar di bawah

8. Da siap boleh la dihidangkan. Terbaekk lah! Boleh bagi jiran sebelah nak rasa sekali he3
Tadaaa inilah hasilnya usaha gigih ak ari semalam. Key lah nak masak menda lain lak arini. Jumpa lagi. Salam

4 comments:

  1. salam.
    '
    oi oi oi oi. jgn MASAK dapur tu. XD

    ReplyDelete
  2. [azeem] salam ok2 ak tuka "ak MASUK dapur" =p

    ReplyDelete
  3. bagus gile.. igt nk bg duit raye lebih la tp kan, x keje lagi lor....

    ReplyDelete
  4. [kak nurul] alorhh br nk kmpul wet raye byk2 he3

    ReplyDelete