Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 18, 2010

Suka Duka AidilAdha

Salam semua

Tak terlewat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah rezeki family saya raye tahun ni berlebih2. Tak sangka duduk bandar pun dapat daging korban he2

Tengok tajuk kat atas macam2 yang berlaku semalam and harini tau. Kita merancang tapi Allah yang menentukan.

Yang sukanya:
Alhamdulillah tahun ni sempat lagi sembahyang sunat Aidiladha even saya bangun lambat sikit hu3 sape suruh tido lepas subuh kan. Masjid kat IM2 ni memang start solat awal sikit. If abah cakap pukul 8 start memang pukul 8 tula orang da penuh kat masjid. Nasib baik masa kitorang sampai tu orang tengah takbir lagi. Bole lah saya cepat2 nak amik wudhuk kan hi3

Acara korban memang tak tengok la. Sebab korban start pukul 10. Wakil abah n adik wan jela tolong2 orang masjid. Saya pulak tolong mak lepak2 kat rumah hi3

Petang raya kitorang tengok tv9. Ada satu cerita pasal maher zain. Kan cerita tu duk main lagu InsyaAllah je kan. Hu3 mak saya punya la eksaited first time dengar. Terus suka pastu nak buat tone untuk message dia. Comel la mak ni he3 *chuckle*

Yang Dukanya:
Raya kami family ni tak cukup orang. Adik saya cik ngah tu tak dapat balik. Sebab harini dia kena keje pagi. So tak dapatla kitorang berayaan. Takpe nanti kan awak boleh balik lagi kan?

Harini sorang kawan rapat abah dah kembali ke rahmatullah. Name arwah pun nak dekat sama dengan abah, Roslan. Kitorang panggil pakcik lan. Kesan dia bukan kat abah je tapi kat satu family saya. Seingat saya dari lahir saya da kenal arwah. Kecik2 selalu jugak saya ikut abah keje and masa tu da memang kenal la dengan arwah. Sekejap je kan masa berlalu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

1 comment: