Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 2, 2010

komputer skrin hitam putih

Suatu hari, saya dapat email dari seorang kawan. Tajuknya "masihkah kau ingat?" bercerita pasal kenangan budak2 zaman dulu. Sampai kat satu point, ayatnya lebih kurang begini;

hmm budak2 sekarang, diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer..


Lalu saya tiba2 teringat. Eh, aku pun pernah guna ape komputer skrin hitam putih tu hik3 anda pernah?

Rasanya masa tu saya darjah 3 or 4 camtulah. Saya join kelab komputer sekolah. Ye kecik2 lagi da minat komputer tau. Masa tu mouse tak wujud lagi agaknya (eh ke baru nak wujud? ehe) sebab seingat saya sume guna keyboard je. Dari nak menaip sampailah nak save file kita tu dalam disket. Ahah disket ok. Thumbdrive2 ni lagi la belum wujud pun lagi hu3. Sekarang ni rasa salute je kat sape2 yang tau shorcut n boleh handle sume tanpa guna mouse. Hebat kan mereka?

Berbalik kepada point yang di bold kan tadi, skrin hitam putih bukan. Tak silap saya windows yang kelab komputer guna masa tu windows92. Tapi saya da google sampai berapa pages entah tak jumpa2 jugak gambar yang sesuai (ke ko yang tak reti tiqah oi?? ha3).

Tapi saya jumpa image ini. Lebih kurang la kan screen dia. Cuma bezanya masa tu saya belajar word. So kena taip2 la kan? Ha atas screen rupa inilah yang saya guna. Screen kaler itam pastu taip2 keluar la tulisan kaler putih hik2



Tak sure la anda boleh imagine ke tak. Tapi sape2 yang pernah guna mesti tau kan? Lepas tu bila da siap cikgu aka kak lili yang ajar saya tu mesti tolong save kan keje saya tadi kat floppy A. Alaa tempat disket tula. Ingat lagi sampai dia bebel2. Yela2 tiap2 minggu dia tolong save kan. Saya ni pulak tak reti2 nak belajar save sendiri ha3. Manelah saya tau akak. Taip2 saya pandai la kate baru darjah 3 he3 ;p

2 comments:

  1. hak2.
    mmg kenangan sgt. kalau bab nk maen game mmg laju je taip2 'kod2' tuh. hahah.

    ReplyDelete
  2. haah kan maen game dulu pun berkeyboard je ha3

    ReplyDelete