Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

saya dan ...

Terus terang cakap saya bukanlah peminat tegar bola sepak tapi at least still ambil cakna jugak. Dalam adik beradik saya yang ada 2 lelaki pun 2-2 tak minat football ni. Jangan kata main tengok pun tak. Nak dijadikan cerita saya jelah satu2nya "anak manja abah" yang boleh teman abah layan tengok bola.

Tapi kan tapi kan, saya ni pandai tengok je rules dia haram la saya nak tahu kan. Kang abah cakap offside offside bukannya saya tau pun offside tu ape. Outside acik tau la hu3. Macam mane saya bole layan tengok bola ye? Ok sebenarnya tak. Saya just tau sket2 jela. Paling penting saya masih ada kesedaran yang Chelsea tak masuk world cup. Ok2 tak lawak =p

Mula2 saya tau pasal world cup ni masa saya darjah 4. Logik la kan masa tu umur 10 tahun takkan la umur baru 6 tahun da pandai tengok bola kan? Tapi masa tu pun saya tak tengok lagi. Just tau sebab budak laki kelas saya tula, duk bising France France. Ate camne la saya bole pura2 tak tau yang France menang masa tu kan? Tsk3

Lepas tu FIFA World Cup 2002 pulak. Yang ni kan buat kat Korea Japan. Beza masa dengan Malaysia pun tak banyak. So, bermulalah era saya menonton World Cup wa3. Tu pun bukan dapat tengok sume pun yela dia banyak match petang kan. Kebetulan masa tu saya sekolah petang. Just dapat tengok preview pagi2 kat Malaysia Hari Ini jela.


Saya tak ingat la match mana tapi tiba2 hati saya bole terminat pulak kat Michael Ballack. Mungkin sebab dia nampak macho masa jadi model kot. Tapi bila peluh2 tu gelik jugak tengok ha3. Tapi disebabkan encik Ballack ni jugak la, saya start jadi kipas-susah-mati Germany. Wahaha hebat tak penangan Ballack? Pastu sket2 saya berkenalan dengan player lain. (Ayat bajek balak ko)


Masa tu ingat lagi kapten dia Oliver Kahn. Uih dia sangat garang noks! Takut mak tengok dia terjerit2 dengan muka cam nak makan orang lagi. Tapi dalam takut2 tu bole tergelak2 lagi rasa lawak pulak tengok ha3. Saya ni lain sket. Orang lain tengok bola serius tak hingat tapi saya pulak boleh tergelak2. Sawan ke ape tak tau la =p Tapi the next 4 years, if saya tak silap Kahn da tak main sebab Ballack jadi kapten =)


Lagi sorang saya ingat mestla Miroslav Klose. Masa dia main 2002 tu tak silap saya dia baru masuk. Ingat bukan ape sebab member saya si ecah tu minat sangat dengan dia. Nak tau sebab ape? Sebab Klose pandai lompat pusing badan dia tu hak2 sungguh mengkagumkan masa tu. Nak tiru tapi sedar diri nak lompat biasa pun bape inchi jela yang naik pun =p Tapi saya rasa Klose ni pun hebat jugak. Bila tengok dia score goal tu macam Wow! gituu


Lain2 player yang saya ingat macam Pudolski n si Susah-nak-eja tu. Saya kalau da set dalam pale otak susah nak eja memang sampai sudah la saya tak tahu spelling dia hu3. Secara jujurnya lain2 player memang saya tak ingat ha3 kata kipas-susah-mati, nama player pun tak ingat kan. Camne pun masa tu Germany tetap di hatiku. Wah2! Saya cakap camtu sebab team dia memang hebat! Bukan popular semata2 macam certain team tu *ehem2*


Tapi tu dulu la kan. Since 2006, saya da masuk matrik terus saya da tak jadi kipas-susah-mati da. Yela saya duk hostel. Nak tengok tb pun kena pergi kafe. Tapi saya taula yang Zidane berang dengan pemain Itali sape tah tu. Paper kan ada so baca2 macam tu jela. Cakap pasal Zidane ni, abah saya memang suka sangat dengan dia. Bape kali dia bitau saya Zidane ni muslim hu2 lekat da kat otak ni. Bila tulis macam ni buat saya rasa yang saya ni banyak ikut minat abah..emmm

*ending yang x proper otak tiba2 melayang

1 comment: