Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 10, 2010

pancake n dorayaki



Makin lama duduk rumah, makin suka memasak n tengok rancangan masak. Ehe this time buat pancake pulak. Ha2 makanan untuk budak2 lagi tapi sebenarnya pancake ni jugak boleh dijadikan dorayaki. Alaa macam yang doraemon makan tu. Just tambah kacang merah je kat tengah dia. Tak caya? Ha meh tengok gambar2 kat bawah ni ye



Gambar2 adalah dari google ye ^^

Tapi nak compare dengan pancake yang saya buat kat atas nuh nipis sikit la ye.Sebabnya masa buat hari tu sukatan bahan saya main agak2 je ye he3

Siapa2 rasa nak try bole tengok resepi sebenar ni ye. (Kenape mesti habiskan ayat dengan perkataan 'ye' eh? =p)

240 gram tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
90 gram gula kastor
2 biji telur
250 ml susu segar
mentega untuk menggoreng
* bahan2 ni boleh adjust ikut berapa banyak yang kita nak buat. If naik buat kelainan boleh jugak tambah jagung manis =)

Kaedah pembuatannya ha2
1. Campur tepung n baking powder sehingga mesra. Mak saya ajar elok campur dua2 then ayakkan. Baru datang kemesraan tu ha3 =p
2. Masukkan gula, telur n susu segar
3. Bancuh adunan sampai sebati.
4. Panaskan sedikit mentega dalam kuali. Tak perlu banyak ye kawan2 agak2 bagi dia tak melekat kat kuali ok la.
5. Amik satu senduk adunan n curahkan kat dalam kuali.
6. Bila da nampak dia macam berbuih2 tu balikkan dia. Angkat dia bila nampak cam da masak.


If nak buat dorayaki just letakkan kacang merah atas dia then tutup dengan sekeping lagi pancake. Dah pun siap!

Ada masa cubalah buat. Sangat senang kan? Adik2 saya yang dah tak budak pun suka makan. If tanak buat macam dorayaki, boleh jugak try dengan sirap coklat, jem or madu. Adik saya lagi hebat makan dengan susu manis tsk2 tapi saya prefer makan macam tu je lagi best kot =)

2 comments: