Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 11, 2011

Angry birds ke angry human ni?

Salam.

Heh tak pernah2 saya buang tebiat tulis pasal game kan? Ni pun rasa meluap-luap nak tulis ni pun sebab baru lepas sakit hati main game Angry Bird ni ha. Patutnya kena tukar nama game jadi Angry Human kot ha3. Mane tak nya sakit hati uols, dah lapanplohratus kali da try but still tak lepas2 level tu hah. Susah gila! (Ke aku yang bengap ni? :p)

He2 mintak maaf lah if saya agak ketinggalan zaman. Ye saya tau game ni da lame keluar tapi saya memang baru try main last month. Level ke berape tu usahlah di tanya sebabnya tidaklah sehebat mana kih3.

Sape2 tak pernah main, bolehlah try. Menguji minda and kesabaran jugak la. Mane tak nya, ko tengah berusaha nak buat projectile motion paling perfect, tiba2 dengar si bab 1 hijau tu duk gelak2 ngejek. Kuajaq kan? hu2

Oh ye, kenapa kena buat projectile motion? Cuba tengok gambar bawah ni ha. Did you get me? Ha2 sebab kita nak aim supaya si angry bird tu kena tepat ke sasaran a.k.a si bab 1 hijau.

Bagi yang still new dengan game ni, anda boleh tengok trailer dia ni ye. Saje nak saiko budak2 yang nak final kih2.

Saturday, April 9, 2011

Moments inside my phone

C13, Kolej Kediaman 1, UMP Gambang
~studying for mech. vibration test maybe
~the notes on my bed = stdo heh!
~the double dacker bed was belongs to Ms. Dot and Ms. Yan

C13, Kolej Kediaman 1, UMP Gambang
~still studying la konon

UMP Pekan
~my hostel a.k.a Kolej Kediaman 5 's view
~from the entrance of Faculty of Mechanical Engineering
~the cows with their dung (euw!) and the construction of the new hostel
~effect of diarrhea
~pity makciks ha2

AG202, Kolej Kediaman 5, UMP Pekan
~stuff 1
~stuff 2
~sweetheart
~packing

Friday, April 8, 2011

It's Okay Daddy's Girl




Saya menggunakan waktu rehat secara berhemah ye kawan2. Hahah sangaaatttla berhemah kan padahal dah bosan minggu ni asek busy memanjang. Takde masa nak sign in kat blog sendiri tau. Hu2 sedikit luahan perasaan di situ.

Berbalik kepada tajuk asal, sape da tengok cite ni? Sila buat tangan macam saya (Usop Wilcha) he2 saje je nak dapat tempias jugak.

Okay cite ni adalah drama bersiri korea 17 episod ye kawan. Da keluar last year lagi. Masa keluar tu da teringin nak tengok da tapi masa tu tengah terikat dengan drama Secret Garden and Marry Me Mary la pulak. Hahah tak boleh belah punya ayat kan?

Kenapa saya teringin? Sebab saya pun daddy's girl jugak. Cis tak malu perasan sendiri kan ha2 tapi abah saya sayang anak2 dia sama rata je just macam cite ni la.

Cite pasal drama ni, saya boleh conclude yang kat dunia ni ada macam2 jenis parents. Ada yang sangat sayang kat anak2 dan ada pulak yang anggap anak2 macam tak wujud. Bagi kita yang sentiasa dimanjai, kenalah bersyukur dan tak boleh la sentiasa bergantung kat ibu bapa je. Sebab bila ibu bapa da sakit, da takde, kita kena independant jugak. Cari duit sendiri. Sara hidup sendiri. Bagi yang kurang bertuah tu, tak boleh la berputus asa even family sendiri tak mengaku family, sebab still ada orang lain yang sayang kat kita.

Amboih da macam motivator pulak kan?heheh

Sape yang belum tengok, sila lah tengok. Drama ni bukan genre comedy romantic cintan cintun semua. Tapi ni pasal kasih sayang seorang bapa. Serius boleh nangis wu3


Thursday, March 31, 2011

Ayam Bakar

Salam.

First sekali, maaflah daia lambat beno aku post resepi ayam ni kan. Tiba2 minggu ni beratur pulak keje hu2 takpe da post resepi ni lepas ni boleh la cuba pulak kan? Very the easy mizi maaa ;)

Ye betul bukan resepi saya la sebenarnya kan. Actually basic nya saya refer kat my resepi tapi adalah saya alter2 sikit. Ehe nak kata alter pun tak jugak sebenarnya lebih kepada menggunakan apa yang ada sahaja he2.

Okay ni bahan yang saya guna haritu:

6 ketul ayam
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar kicap manis
Lada hitam (tumbuk) secukupnya
2 ulas bawang putih (tumbuk)

Resepi asal dia sebenarnya ada tambah lagi kiub ayam, sos tiram and halia jugak. Tapi dah kate pun guna apa yang ada je kan so paham2 la ye.

Next, is kaedah pembuatannya pulak eh. Senang amat!

Just perap semua bahan2 tu dalam setengah jam macam tu. Katanya lagi lama perap maka lagi sedap la ayam kita ni ye rakan2. Kemudian bakar je. So senang kan? Apa lagi cuba lah ye :)

Hasilnya macam ni lah. Nom nom nom





Thursday, March 24, 2011

Entry makanan mungkin

Salam semua!

First of all, Happy Birthday to myself. He2 even tanpa keluarga disisi tapi still ada yang tersayang dan kawan2 yang meraikan. Tapi family tetap ingat nak wish walaupun adik yang sorang tu konon2 nak jadi orang terakhir ha sekali da lepas date. Fadan muke hi2. Papepun terima kasih semua! Terharu betul.

Rasa saya, 4 tahun kat UMP ni, mesti ada nya lah orang yang belanja kek. Dulu2 roomate, TKD's family and of course my BFF hajar yang akan sponsor. Now, officemate pulak. Inilah kek yang dibelanja oleh Pengerusi Badan Kebajikan UMPGT he2. Afiq yang da 2 bulan expired birthday nya pun di celebrate kan sekali. Fair la kan. Sama2 dapat makan kek lewat dari tarikh birthday. Aha kejadian ni on 24th March ye rakan2.



Oh ye, malam birthday saya jugak saya telah berjaya masak ayam bakar you! Syabas betti! Rasa dia ala2 ayam kat Rasamas gitu. Harus lah share resepi jap lagi ni kan he2.


He2 duduk rumah sorang2 je tapi sampai 5 ketul saya bakar tau. Satu malam je saya dah balun sampai 3 ketul wakakaka lapo weh sejam nak tunggu dapat makan dinner.

Dan ini yang paling best. Marble Cheese Cake. Cheese cake sodap tapi muak sikit lah makan banyak2 kan. So kita beli satu je. Eh bukan kita. Awaklah! he2 kamsahamida! :)

Wednesday, March 16, 2011

Bukan saya



1. upload wallpaper laptop yang sedang anda gunakan sekarang ni.



2. cerita tentang gambar

Seperti yang dilihat dlm gmbar ni, for me ni macam rumah idaman la. Nmpak stylo n moden gitu kan, cm umah org kaya2 hi2 berangan kuat nih.


3. upload wallpaper sebelum ni



4. cerita pasal wallpaper sebelum ni pulak

Pertama sekali saya suka warna biru. Bila tengok warna ni rasa tenang je. Lepastu ada pulak 2 ekor burung yang comel ni tgh dating. Sweet oh! :D


5. kenapa tukar wallpaper?

Saje je. Tukar mood. Asik same je, takde feel la kan. Ececeh


6. berapa lama pakai laptop/pc?

Berkurun da pakai, agak2 tahun masihi, ada la 2 tahun setengah.


7. apa nak buat lepas siapkan post ni?

Rasanye mata ni da sayu2 je, kelopak mata pun nak melabuhkan tirainya. Holoh3


8. apa tujuan buat blog?

Sebagai diari. Nanti bosan2 boleh belek2 balik tak gitu?


9. berapa kali update blog dalam seminggu?

Ikut suka hati je he2.


10. tag empat nama

Kak Hidayah yang tengah bukak blog dia yang ketiga,

Kak Ida ibu bakal 3 anak,

Jehan budak nakal ha3,

Jaida yang semakin rajin update blog nya hi3.


11. 5 perkara tentang diri aku

Lihat SINI sudehhh

Okay ni sebenarnya tag ye hi2. Thanks miss liana. Eh laptop saya da 3 tahun setengah la sebenarnya ;p


Monday, March 14, 2011

Cerita LI

Okay rakan2 lain da lama da cite kat blog diorang pasal LI ni and saya baru nak hegeh2. Orang lain siap ada monthly update tapi saya pulak dah bulan ketiga baru nak start story ha2. Bukan apa, saja je nak dapat feel tu lama sikit ^^!

As a few members yang dah maklum saya LI dekat UMP je. Specifically, UMP Green Technology Sdn Bhd, a wholly subsidiary of Universiti Malaysia Pahang (eheh curi kata2 kat letterhead). First week saya just stay kat umah and hari2 adalah ulang alik ke Gambang. Fuh masa ni pukul 7 da kena keluar rumah, if tak masak la kau nak duduk dalam jam kat Jaya Gading tuh. Biasanya saya lah orang yang terawal sampai kat opis. Tukang bukak lampu pun ye jugak hi3. And tepat je pukul 5 memang saya da ready da nak balik. Ha2 tujuan yang sama tak nak stuck in traffic congestion.

Lepas tu, one day ada mamat nama Saufi tu kan dah menghasut saya untuk duduk kat hostel je. Bila pikir2 balik betul jugak. Satu tak payah bangun pagi2 sangat (keh2). Lepas tu yang paling penting bole lah jugak jimat minyak kan. Mak saya pun sokong jugak sebab kesian tengok saya balik penat kot hi2 bajet anak manja. Dah siap2 urusan apply asrama semua, 3rd week baru la saya pindah kat Kolej Kediaman 4 (KK4). Okeh terpaksa berlagak dengan member sebab 4 tahun kat UMP KK2 je yang saya tak pernah jejak he2 nasib baik KK2 tempat siswa je if tak mesti pecah rekod da merasa duduk kat semua kolej kediaman UMP ha3.

Eh2 tiba2 da macam lari topik kan. Cite pasal keje pulak, Alhamdulillah saya tak buat kerja2 seperti menyapu sampah dan mencuci toilet hi2. Keje saya banyak hadap laptop je. Nak jumpa bos pun ym ok. Ko ade? he2 ye la bos jauh kat Gebeng so terpaksa la guna medium lain untuk communicate. Actually my bos is my SV and also my sis, mama ida. Jangan lupa visit her blog ok. Semua pasal her heroes awwww.

Oh lupa, this company tempat saya keje ni sebenarnya still new and staff pun tak ramai mana. So, experience yang berguna sangat saya dapat kat sini is saya bersama dengan company when it start from zero. Well, tak zero sangat lah because before saya, dah ada 1st batch LI kat sini and my batch is the 2nd one. Untuk mereka2 yang LI or keje kat company yang da besar, maybe da selesa dengan satu specific job kan (specific kat sini maksud saya, u just stay in your department and not doing other department's job) . Tapi tak kat kitorang. We have to sama2 cari projek untuk company, then doing the job and finally write the report.

Cakap pasal report, bestnya kat sini, I learn so many new things. People might say, "u keje kat sini? buat malu je." (ye ada orang pernah cakap macam ni kat saya ok). Saya pun tak paham apa la yang nak dimalukan? Bukannya saya buat keje cut and paste pun. At least saya belajar pasal environmental monitoring. This job ada pasal OSH jugak la. Mechi kita belajar OSHA kan? Itulah application nya. (Tapi sebenarnya biasa kat kilang2, department yang handle menda ni is known as SHE which tambah lagi satu iaitu Environment). Exciting ok sebab mechi tak belajar pasal environment.

Okay maybe ada orang akan kondem, mana part mechanical nya kan? Alhamdulillah, I got a chance to do the mechanical drawing last week. Rakan2, ini bukan kena lukis kipas macam masa kita belajar CAD dulu tau. Tapi ini adalah vessel kat plant yang lengkap dengan flange segala. Kira complete drawing la nih. At first, memang excited gila. Tapi lepas tengok drawing yang asal, OMG banyak sangat yang saya kena belajar lagi dengan seniors ni hu3.

Apa2 pun doakan saya semoga dapat habiskan LI dengan jayanya dan cemerlang masa present depan En Nik nanti. Tsk cuak sungguh nak present nih ^^!


Daisypath Anniversary tickers