Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 2, 2010

Tomyam versi saya

Semalam buat 1st time nya tomyam kembali after 10 tahun takde menu tomyam di rumah saya ni. Bunyi pelik ha2 bukan sebab ape. Dulu mak saya penah try buat tomyam masa saya darjah enam. Tapi nasib tak berapa baik masa makan tu perut saya kosong so malam tu memang sakit perut tak hingat la. Esok paginya, pegi klinik elok doctor cakap, "u gastrik ok. So jangan makan mende2 masam macam tu da gheti?" Ok terdapat sedikit tokok tambah di situ ye kawan2 he3.

Jadi semalam, saya dengan rajinnya telah masuk dapur (biasa memang rajin masuk dapur pun ha3) selongkar bahan2 yang ada nak buat masak. Semangat siap google resepi tomyam lagi tu hu3 pastu compare2 tengok mane yang lagi senang nak buat. So jadi la resepi tomyam versi saya hu3. Bila da try masak haruslah nak kepoh2 kat blog kan ha3.

Nak try? sila2 =)

Ni bahan yang saya guna since mende2 ni je yang ada dalam peti ais saya hu3

½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 batang serai(ditumbuk)
1 labu bawang besar(dibelah enam)-> tapi saya potong bulat senang nak makan ha3 lantak la
2 ulas bawang putih
1 kiub perasa tom yam maggi
2 biji limau nipis
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
1 batang saleri
2 biji tomato(dibelah enam)
Carrot and kobis ekot suka hati =p
Gula dan garam secukup rasa




Nak tambah udang ke sotong ke daging sume bole ye sila2

Then, bole la mula masak ye

Panaskan air dan masukkan ayam dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air limau nipis. Kacau hingga rata. Masukkan pula sayur2 yang terlibat tadi iaitu carrot, saleri and kobis. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.

Bapak la senang rupenya. Sedap betul nak makan camtu je. Bila makan dengan nasi wajib buat nasi banjir dengan kuah tomyam he3. Yang penting perut tak sakit, yess!!


Jemput makan he3 ^^

cakap cakap


Dia cakap: Nampak macam kasut orang nak pegi kebun je tu

Mak cakap: Isy suka sangat beli on9. Mak tengok macam kasut orang nak toreh getah je

Saya: *sigh* wu3 sampai ati =(

Monday, June 28, 2010

saya dan ...

Terus terang cakap saya bukanlah peminat tegar bola sepak tapi at least still ambil cakna jugak. Dalam adik beradik saya yang ada 2 lelaki pun 2-2 tak minat football ni. Jangan kata main tengok pun tak. Nak dijadikan cerita saya jelah satu2nya "anak manja abah" yang boleh teman abah layan tengok bola.

Tapi kan tapi kan, saya ni pandai tengok je rules dia haram la saya nak tahu kan. Kang abah cakap offside offside bukannya saya tau pun offside tu ape. Outside acik tau la hu3. Macam mane saya bole layan tengok bola ye? Ok sebenarnya tak. Saya just tau sket2 jela. Paling penting saya masih ada kesedaran yang Chelsea tak masuk world cup. Ok2 tak lawak =p

Mula2 saya tau pasal world cup ni masa saya darjah 4. Logik la kan masa tu umur 10 tahun takkan la umur baru 6 tahun da pandai tengok bola kan? Tapi masa tu pun saya tak tengok lagi. Just tau sebab budak laki kelas saya tula, duk bising France France. Ate camne la saya bole pura2 tak tau yang France menang masa tu kan? Tsk3

Lepas tu FIFA World Cup 2002 pulak. Yang ni kan buat kat Korea Japan. Beza masa dengan Malaysia pun tak banyak. So, bermulalah era saya menonton World Cup wa3. Tu pun bukan dapat tengok sume pun yela dia banyak match petang kan. Kebetulan masa tu saya sekolah petang. Just dapat tengok preview pagi2 kat Malaysia Hari Ini jela.


Saya tak ingat la match mana tapi tiba2 hati saya bole terminat pulak kat Michael Ballack. Mungkin sebab dia nampak macho masa jadi model kot. Tapi bila peluh2 tu gelik jugak tengok ha3. Tapi disebabkan encik Ballack ni jugak la, saya start jadi kipas-susah-mati Germany. Wahaha hebat tak penangan Ballack? Pastu sket2 saya berkenalan dengan player lain. (Ayat bajek balak ko)


Masa tu ingat lagi kapten dia Oliver Kahn. Uih dia sangat garang noks! Takut mak tengok dia terjerit2 dengan muka cam nak makan orang lagi. Tapi dalam takut2 tu bole tergelak2 lagi rasa lawak pulak tengok ha3. Saya ni lain sket. Orang lain tengok bola serius tak hingat tapi saya pulak boleh tergelak2. Sawan ke ape tak tau la =p Tapi the next 4 years, if saya tak silap Kahn da tak main sebab Ballack jadi kapten =)


Lagi sorang saya ingat mestla Miroslav Klose. Masa dia main 2002 tu tak silap saya dia baru masuk. Ingat bukan ape sebab member saya si ecah tu minat sangat dengan dia. Nak tau sebab ape? Sebab Klose pandai lompat pusing badan dia tu hak2 sungguh mengkagumkan masa tu. Nak tiru tapi sedar diri nak lompat biasa pun bape inchi jela yang naik pun =p Tapi saya rasa Klose ni pun hebat jugak. Bila tengok dia score goal tu macam Wow! gituu


Lain2 player yang saya ingat macam Pudolski n si Susah-nak-eja tu. Saya kalau da set dalam pale otak susah nak eja memang sampai sudah la saya tak tahu spelling dia hu3. Secara jujurnya lain2 player memang saya tak ingat ha3 kata kipas-susah-mati, nama player pun tak ingat kan. Camne pun masa tu Germany tetap di hatiku. Wah2! Saya cakap camtu sebab team dia memang hebat! Bukan popular semata2 macam certain team tu *ehem2*


Tapi tu dulu la kan. Since 2006, saya da masuk matrik terus saya da tak jadi kipas-susah-mati da. Yela saya duk hostel. Nak tengok tb pun kena pergi kafe. Tapi saya taula yang Zidane berang dengan pemain Itali sape tah tu. Paper kan ada so baca2 macam tu jela. Cakap pasal Zidane ni, abah saya memang suka sangat dengan dia. Bape kali dia bitau saya Zidane ni muslim hu2 lekat da kat otak ni. Bila tulis macam ni buat saya rasa yang saya ni banyak ikut minat abah..emmm

*ending yang x proper otak tiba2 melayang

Sunday, June 27, 2010

misi belum berjaya

Hari tu ak baca entry zee pasal bedah karipap. Zee suggest suruh google cara kelim karipap. Try la google ni jela hasilnya. Mungkin kene cari kat youtube pulak kot =p



Godek2 kat youtube hasilnya ini sajo



no videos found for "cara kelim karipap"

*sila click untuk lebih besar ^^v

Ahah nampak gayanya kena practically belajar la cara nak kelim karipap he3

nak jugak

Template baru
Saje tukar angin try benda baru hu3

Monday, June 21, 2010

sampai hati mega lanes

Suatu hari di Mega Lanes, Berjaya Megamall Kuantan.

Ecah: Nah ak bagi 10 hinggit. Ko tolong bayarkan sekali eh. Ak tak penah bayar bowling ney he3
Dilla: Aha same la ak pun. Amik la 10 hinggit ni jugak. Tolong bayar kat ak sekali eh.
Aku: Bereh je. Eh kan bole guna student card kan? Korang bawak tak? Mesti dapat murah kan.
Ecah: Ala tak bawak la pulak.
Dilla: Eh, boleh ke? Ak pun tak bawak jugak ney.
Aku: Mestilah boleh. Ha ko tengok tu harga untuk student 3 hinggit je per game. Murah tu
Ecah: Ha ko pegi tanya dulu. Ko bagi card ko wakil untuk kita 3 orang.

Sampai kat kaunter tiba2 terpandang ayat lebih kurang macam ni:
" Student card hanya untuk 21 tahun ke bawah je "

Okay pura2 tak nampak ayat tu eh. Dengan selamba badak bagi jugak matrix card kat akak kaunter

Aku: Akak, bole guna student card kan? (Sambil tunjuk matrix card ku)
Akak kaunter: Aha bole2 (sambil amik card n belek2). Eh, ni tahun 88 ni. Bape umur ni?
Aku: (Haih kantoi jugak ^^! tapi masih nak membodek) Alaa kak, tapi saya belajar lagi. Dulu takde pun rules macam ni.
Akak kaunter: Ehe tak bole la dik. Da lebih umur da ni. Sory eh.
Aku: Okay takpela camtu buat harga biasa je la
Ecah n Dilla: Kah3 ko da lebih umur kah3 lagi.

Hampeh!

Tapi nasib baik main dengan budak 2 ekor ni, ak menang jugak yeahehe.


Minah 2 orang tu ecah n dilla


Kaka bukan nama sebenar tiba2 menang main bowling hak3

Sunday, June 20, 2010

balik kampung tengok kebun

Ini adalah cerita bergambar

Date: 14th june 2010 (ehem2)
Location: Kampung mak, temerloh, pahang


Abah yang tengah ralik meracun rumput kat area kelapa sawit beliau



Adik wan kite yang buat2 rajin (yela memang rajin la) membaja satu kebun abah



Pokok2 sawit abah yang nak membesar



Pokok2 pisang abah

Ada lagi pokok sukun, pokok limau, pokok ceri pun ada tapi bateri hp sudah kong tak sempat nak snap banyak2 lagi hu3

Last view pokok ceri dari bawah n adik wan yang bajet comel ^^

Daisypath Anniversary tickers