Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Hu2 semua sibuk2 buat entry hari raya kan. Saya pun nak buat tapi cam takde idea ha3. Ok mari kita dengar takbir raya k. Rasa syahdu bila dengar tapi sebenarnya tak feeling nak raya pun sebab first time saya n family malam raya masih kat kuantan. Kitorang akan gerak balik ke temerloh insyaAllah lepas solat sunat aidilfitri esok. Tak sabar nak sembahyang raya kat kuantan :)



Selamat Hari Raya kawan2 and blogger semua. Ampun maaf zahir dan batin ye dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jangan makan banyak sangat. Berhati-hati di jalan raya, drive safely k. Kepada kaum lelaki esok jangan buat2 lupa pulak solat jumaat. :)

Jom tolong mak kat dapur

Friday, September 3, 2010

Monday, August 30, 2010

nampak sama tapi sangat berbeza


Ini namanya kuih tepung pelita. Tengok baik2 ia guna daun pisang ye. Kuih ni lembut sangat n mudah pecah juga tak tahan lama. Bila beli silalah pegang n jaga elok2 takut terbalik pulak nanti hu2. Ada 2 layer. First layer (hok atas kaler putih) adalah dari santan kata mak. Second layer (kaler hijau) pula adalah dari tepung beras juga bersama air gula. Kegemaran abah saya. Ramadhan ni asal saya balik je berbuka kat rumah mesti ada ini kuih :)



Ini pula kuih tako namanya. Lihat elok2 ia guna daun pandan ye. Macam kuih pelita, kuih tako juga ada 2 layer. First layer juga adalah santan n tepung beras. Second layer pulak guna tepung hoen kwee (sila google sendiri if nak tahu macam mana rupe tepung hoen kween ni ye ;p). Kat tengah layer ada diletakkan sengkuang or jagung (saya terbagi salah info kat seseorang. Saya cakap lengkuas. errkk?! he3) Ramadhan tak merasa lagi. Nampak gayanya bakal dicari tak lama lagi di bazar2 terpilih hue3.

Kenapa saya buat entry ni? Sebab suatu hari jiran katil bagi saya rasa kuih pelita versi bazar dotdot. Pelik sebab takde layer hijau. Rasa air gula sesado. Lalu jiran katil pun bertanya, "Adakah tempat dotdot memang buat kuih pelita serupa ini?" Saya dengan yakinnya menjawab, " Tak pernah2 ak jumpa hok gini gayanya. Nak kata kuih yang ada lengkuas tu lain rasanya." Pulang ke rumah saya bercerita pula kepada emak perihal kuih pelita tadi. Lalu mak dengan senangnya menjawab, "Pemalas orang yang buat kuih tu..."

Moral of the story: Tolong lah pandai bezakan lengkuas dengan sengkuang hokeyyy? kih3

Gambar ihsan encik google =)

Monday, August 23, 2010

kisah itu

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)


Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

info taken from here

Tiba2 rasa nak google pasal ni. Saya bold kan ayat tu kira macam wakilkan suara hati saya lah. Saya ni bukanlah alim. Ilmu pun masih banyak yang kurang. Tapi masa kat matrik dulu saya ada belajar. Saya ingat lagi ada orang tanya kat ustaz, saf tu bermula dari mana? Then, ustaz tu cakap. Saf bermula dari tengah dekat dengan posisi imam.

Tapi kenapa orang akan cari port tepi2? If orang ramai saya faham lah niat anda nak bagi jemaah lain senang nak masuk semua. Tapi if jemaah setakat satu saf je pun nak jugak ke duduk kat tepi2 tu? Sedangkan anda sendiri nampak hanya anda je dekat situ. Takkan nak tarik jemaah lain2 pergi kat anda pulak. Sepatutnya anda la yang gerak penuhkan saf kan?

Sila betulkan kiranya saya salah

Saturday, August 7, 2010

weekend itu







was a blast!

p/s: sudah malas mahu bercerita
Daisypath Anniversary tickers