Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 25, 2012

Friday, April 13, 2012

Jalang-jalang Paka

Salam semua. 

Apa khabar? Dah makan ke tu? Jangan makan lambat ye nanti gastrik risau orang kat sekeliling tu hehe. Oooppss tajuk entry bukan bermaksud jalang yang negatif tu ye. Ni jalan versi slang ganu kite hihi harap maklum.

Kisahnya lebih kurang 2 minggu yang lepas, 31 Mac saya dan suami ikut rombongan cik timah (nama glamer kak tim hehe) ke Paka untuk kenduri akak Fida kite ni bertunang. Dalam pukul 9.30 pagi tu kami dah bertolak dari Pekan dengan 2 buah kereta. Kereta anak-anak dara dan mak dara ahakahakahak. Then singgah IM dulu sebab anak-anak nak gerak satu kereta. Makanya dari Kuantan ber'unser' la kami beramai-ramai ke sana. Kalau ikutkan takde la jauh mana Paka dengan Kuantan tu tapi disebabkan 2 kali sesat campur terlajak bagai, 2 jam setengah jugak la nak sampai ke destinasi tu huhuhu. Tapi yang kami penumpang ni sedap la boleh tertidur apa semua. Yang kesian encik suami la kena drive sorang-sorang hihihi. Sampai je elok da masuk waktu Zohor. Nasib la rombongan lelaki tak sampai lagi kan. Sempat la kami berehat-rehat sambil niat solat jamak plus isi perut dulu huhu maklumlah dari pagi tak jamah makanan.

Muka berpeluh-peluh sesat punya pasal haha! 

Tema majlis adalah pink kuning gituu. Tapi tunangan orang pakai pink. Omey sangat akok kite ni. Teringat masa saya dulu. Serius malu masa orang panggil keluar. Tak keruan saya siap terpusing-pusing dulu baru dapat duduk hahaha kenangan ok. Tapi nasib baik kak fida maintain cun je. Masa keluar pun ayu je jalan and cantik sangat sampai kitorang hampir tak recognize tunangan orang ni sebabnya before ni tak pernah pakai mekap tebal-tebal hehe biasalah budak mechi.

Akok Fida kite

Pengantin lama bersama bakal pengantin

Pung pang pung pang dalam 3.30 ++ petang camtu kitorang pun mintak diri la. Keluar kemaman sebelum masuk chendor, kami berhenti singgah beli keropok lekor dulu. Rembat semua yang goreng dengan yang rebus. Maklum la jarang jugak dapat jalan ganu ni kan. Dalam kepala da plan, awal lagi ni so sempat nak goreng hidang kat family untuk minum petang kan. Sekali, kereta baru lah jalan berapa meter eh eh eh jam la pulokkk. Dah la tak masuk chendor pun lagi. Mula-mula tu semua relax lagi sambil-sambil chill makan kepok leko. Tapi bila dah masuk 2 jam kat dalam kereta, ha semua pun dah panas bontot hangin gila. Dengan kereta yang gerak mengalahkan siput, campur pulak dengan kereta-kereta lain yang takde sivik memotong di sebelah kiri. Fuh boleh bertukar wajah la gini kan. 

Jam panjang yang entah kat mana penghujungnya tu

Dalam 10 minit lagi nak pukul 8 baru la kereta kami boleh bergerak dengan leganya. Rupa-rupanya ada accident lori besar dengan kereta kat jambatan mana tah lupe nak tengok. Tapi kereta proton tu nampak teruk jugak la kemeknya. Patutla lama kan accident elok atas jambatan haih sabar jela weh. Tapi lagi kesian kat orang lane sebelah yang dari kuantan nak masuk ganu. Hoi lagi panjang dia punya jam siap dapat buat 3 lane lagi tu, hebak-hebak. 

Pukul 9 lebih macam tu baru lah kami sampai ke rumah. Masing-masing penat. Siap makan je terus zzzz haha tak senonoh! Sekian saja cerita basi. ok bai.

Oh ye, terima kasih abang! :)