Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Saya dah beli. Anda?

Salam semua!

Amboih semakin ligat pulak berblog sekarang kan? Ha tu lah dia bila baca journal ko tersengguk, hadap internet tak pulak kan? hehehe biasalah dah nama pun student. Tapi dah jadi postgrad student ni kena lah semangat lebih sikit tak boleh malas-malas dah ye. Dalam semangat nak belajar tu, saya semangat jugak nak belajar memasak. Maklumlah orang tak terer nak-nak dah jadi bini orang ni kena lah double rajin masak kan? Kata nak jaga perut suami hehehe.

Disebabkan saya ni masak pun ke laut, maka terpaksalah hari-hari duk google resepi semata-mata nak masak. Agak leceh la sebenarnya dengan internet takde kat rumah, smart phone apatah lagi huhu. Makanya, atas suggestion rakan seperjuangan eceh dan dorongan suami tersayang yang meng'sponsor' baucar bukunya
berjaya jugak saya beli buku ni. Tadaaa 1 hari 1 resepi 365 resepi istimewa chef hanieliza!
Gambar ehsan google juga akhirnya huhuhu

Oho ye sebenarnya saya ni amatlah jarang beli buku. Majalah tu banyak la. Buku masa belajar tak kira eh. Seingat saya buku last yang saya beli 'Aku Terima Nikahnya' kot hahaha gila pemalas kan? Dan ni lah buku resepi pertama yang saya beli tu pun sebab nak masak untuk suami. Kalau single lagi ni, osah pandang pun tak mahu kan? hehe. Setakat ni saya baru cuba 3 resepi dari buku ni. Kentang oregano, sambal sotong and nasi goreng pataya tapi adalah alter sikit-sikit ikut bahan dalam peti ais heee.

Senang cerita buku ni memang praktikal dan senang nak ikut. Memang sesuai sangat untuk yang baru nak belajar memasak dan yang kena masak banyak kali (contoh diri sendiri huhu). Betul colleague yang dah kawin dulu cakap, pening lagi jadi suri rumah sebab penat fikir nak masak apa hari ni. Saya pun selalu jugak rasa macam tu dulu. So, bila ada buku ni, sedikit sebanyak bagi idea la sikit kan even kita dah tau masakan tu tapi kadang-kadang kan tak teringat betul tak?

Eh da macam promote pulak kan huhu takpelah benda baik elok dikongsi. Saya pun dah suggest kat kawan-kawan especially yang bride to be tu hehe. Seronok dengar makin ramai member yang bakal join the club hehe. Saya sudah anda bila lagi?

Friday, February 24, 2012

Our new house

Salam semua!

Apa khabar?

Maaflah dah tak reti da nak berblog. Ayat semakin takde hala tuju. Tak tau hujung pangkal huhu. Takpelah this time saya nak update pasal wife cum student life saya dulu. Alhamdulillah saya dan suami dah 2 minggu selamat duduk kat rumah sewa kami. Rumahnya kat kuala pahang sebelah je dengan taman melur. Kami plan duduk sekali sebab senang dan jimat sikit (kononnya hari2 nak masak untuk encik suami hehehe). Lagipun dekat sikit dengan UMP dalam 10 minit je.

Syukur sangat family kami banyak bantu bagi perabot and barang elektrik. Yang kecik2 macam periuk nasi, blender, pinggan mangkuk semua tu banyak dari hadiah kawen. Tq kawan-kawan, tq family! Alhamdulillah cukup da semua. Lengkap da nak hidup bekeluarga ni anak je takde lagi ooppss hehe. Masa masuk barang-barang besar tu pun family tolong jugak. Nak nangis rasa terima kasih Allah.

Awal-awal tu ada lah sikit-sikit masalah kat rumah ni. Maklumlah Kuala Pahang ni kan kat kawasan kampung. So suasana kampung lah kita. Terpaksalah hari-hari hangin dengan encik nyamuk, cicak dan kaum kerabatnya. Tu belum lagi bab air yang berkeladak lagi. Tambah pulak takde tempat nak buang sampah. Uhuuu redha jela. Bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ni kira kami banyak senang la ni tau. Peti ais, mesin basuh, tv semua ada. Zaman mak abah saya dulu sewa bilik je kot.

Suami sape lah yang rajin sangat ni hihih

Lagi satu kat kawasan rumah sewa kami ni memang banyak la haiwan ternakan sape-sape tah. Nak pulak halaman rumah luas. Kambing lembu ayam biri-biri semua ada. Nasib baik kerbau tak main kat darat kalau tak jadi zoo la kampung kita ni hoi. Dah la tak makan saman, main taram je sampah pun makan. Masuk rumah orang osah cakap la macam rumah mak bapak dia. Mujur rumah ada pagar tapi pagar-pagar pun tetap musykil macam mana la kambing dan anak-anaknya lepas masuk jugak tsktsktsk. Tapi kadang-kadang best jugak dari dalam rumah berlawan mengembek dengan kambing-kambing tu hahaha sengal. Ada sekali tu saya siap main kejar-kejar kot nak halau kambing-kambing ni keluar saje tau nak suruh saya bersenam.

Sebenarnya best duduk kat kawasan kampung ni tapi tak habes explore lagi. Pernah jugak petang-petang jalan-jalan ambik angin dengan suami tapi orang pandang pelik. Mesti ingat kitorang couple lagi. Eh, saya dah nikah lah! huhuhu saborrr jela. Saya ni pun satu jiran-jiran pun tak habes kenal lagi. Yang dekat-dekat jela kenal tu pun encik suami je yang tegur. Saya pemalu terperap dalam rumah je la kehkehkeh. Nak buat kenduri naik rumah tadop pitih plop huhuhu. Tapi sape-sape nak datang, you are almost welcome ye. Meh datang rumah meh :D

Saturday, February 11, 2012

Hellohellohello

Salam semua!

First entry as isteri orang hihi. Maafla kak dayah, saya tak sempat pun nak usik blog masa hari-hari terakhir bujang tu. Sibuk memanjang sempat jengah fb je hehe ampunnn. Nanti kalau rajin saya buat entry persiapan kawen ye? Tapi saya ni simple je orangnya semua main hentam takde protokol-protokol semua buat ikut suka hati. Maaf sangat-sangat kalau terasa, terguris hati. Saya tak terniat langsung. Kita ni manusia biasa je tak dapat puaskan hati semua orang. Btw, terima kasih banyak-banyak pada yang sudi hadir walimah saya. Terima kasih untuk hadiah dan terima kasih juga untuk every single helps. Hanya Allah je yang dapat balas semuanya. 

Aha update terkini pasal saya:
~ 2 minggu dah jadi Puan Atiqah ;)
~ dah masuk jadi student balik. postgraduate student yay! my matric card number: MMA12001 yaw! i'm the first yang register for this course. bangga ke takut? aaaaa takutnyaaa banyak journals menanti dah ni
~ bakal berpindah ke rumah sewa baru bersama encik suami. sape-sape duduk dekat taman melur tu jemput la singgah hihi

teaser sikit..

Ya Allah permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat.