Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Ingatan Bersama

Salam all.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa dan sama-samalah kita tingkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ni ye. Tadi saya ada baca something dan rasanya sangat eloklah kiranya saya dapat share kan sedikit kat sini untuk ingatan kita semua ye :)

Sumber dari Zaharuddin.net

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.


5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


untuk bacaan seterusnya, rajin rajin kanlah diri untuk lihat terus di web ustaz zaharuddin ni ye. Selamat beramal :)

Monday, July 25, 2011

Did we realize this?

Salam all.

Seems like its been a long time I didn't share something that worth to read. So, I think this is the time. I have been tagged by my matriculation's friend. At first, I thought that it just an application that most people intent to click. But when I open it and browsed the album, Masya Allah it's kind of message, reminder and thinks to ponder for us who always forgetting Him. Here, I share one of the amazing fact from the album, Palindrome.




Wallahu'alam

Friday, July 22, 2011

One Step Closer

Ececeh tajuk entry tak nak kalah. Lagu linkin park hik3 tapi kebetulan macam kene pulak dengan story nye. Eheh apa la yang one step closer tu eh? Hah awok me pikir la sendiri yek XD

Okay ini gambar belum upload lagi dekat fb saya. Baru dapat dari encik tunang (amboih!) he2 ni semua gambar masa saat2 yang mendebarkan. Ya Tuhan saya punya gementar tak tahu lah nak cakap macam ni. Kejap2 sakit perut (butterfly in my belly la kononnya). Kejap2 karang berpeluh pulak. Fuh! cayalah macam nak jawab final exam feeling dia ok. Tah2 teruk lagi hi3.


Masa ni kedua belah pihak sedang berbincang. Wakil rumah saya sudah tentu lah my uncles, Pakwe (baju batik biru) and Paklang (kemeja putih).

Masa ni kan saya kat bilik. Angah sorang je yang teman. Kitorang ni memang tak dengar langsung la apa yang mereka2 ni cakap kan. Yang dapat tangkapnya bila orang gelak je ha3. Lepas tu tanya lah mak saya apa contents conversation tadi. Rupanya mak yang duduk kat ruang tamu tu pun tak dengar. Hi2 mak nervous jugak eh?

Itu mak saya. Ralik benar gayanya. Eh bukan yang tudung biru belakang sireh ni tau. Yang tu mother in law to be hik3.

Abah cakap apa kat ayah ngah tu? he3

Tak lama lepas tu dengar2 da ada orang panggil keluar. Fuh cuaknya semakin bertambah. Debor weh debor. Ramai orang kat luar ni. Malunya haih. Bayangkanlah penuh rumah saya tu dengan sedara mara belah saya and sedara mara belah laki. Manalah tak segan. I jadi watak utama masa tu kan. Memang tumpuan la. Malu malu malu hu3.


Tapi akhirnya, yay! Syabas mere bette ha3 selamat jugak. Terus hilang debornya. Tapi malu dengan orang tu still ada la. Mesti sedara mara terkejut. "Eh kak long pakai mekap, lainnya...!" Cakap huduh sentap eh ;p


Ehehe malu malu kucings XD


Okay ni muka selokkk tak hingat (baju putih sahaja ye) ha3.


On My E-Day

Salam all.

Dah lama tak update belog ni. Asik malas je tapi banyak je mende nak cerita pun. Mukaddimahnya, segala puji bagi Allah, saya da selamat jadi tunangan orang ye. Ha3 excited, selokk sume ada. Macam2 jadi sebelum, semasa dan selepas hari tu tau. Sedih, happy semua ada lah. Yang happy tu nak story ni, yang sedih2 tu biar disimpan dalam hati jela yek.

Ok mula2 nak tunjuk hantaran masa tu. Saya punya kaler silver tu ha. Santek tak? he2 thanks to kaknor, my cousins and my sister's friends yang banyak bantu dari segi sponsor and tolong siapkan. Really appreciate it!


Pihak lelaki pulak colour biru. Sebenarnya plan nak buat sama ha3 tapi tula kan last2 pilih silver jugak. Nasib baik lah cantik jugak kan. Orang yang buat pun kreatif2 jugak tu yang naik seri tu je2. Aha tapi bab sireh junjung tu memang ngelat sikit la kan. Mana taknya saya hantar kat pasar je awak he3. Tapi ok la cantik and bunga tu semestinya bunga hidup okk.

Sebenarnya, kalau nak cakap pasal tema tu, pening sangat ok. Mula2 nak biru putih la pastu eh purple pun cantik jugak. Nampak orang buat tema peach, eh nak ikut jugak. Macam lalang betul la kan? ha3 saya rasa bukan saya je kot. Percayalah ramai macam ni. Contoh terdekat adalah my niece hi3 kelakar je bila cerita2 balik dengan dia. Ha siapa2 yang bakal2 langsung tak lama lagi tu get ready la ye he3.

Ok nanti kita sambung lagi. Part kelakar lagi ye :D

Saturday, July 9, 2011

Update Kain

Salam all.

Ada masa meh singgah cuci2 mata di kedai kain kami ni ye. Ada kain baru sampai wuhuu cantik2. Jemput ye :)


Nak lagi? Sila ke SINI