Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 19, 2010

seminggu berhari raya

Ini cerita bergambar lagi. Tapi konsep penceritaan adalah ditiru dari cik daia sikit sebab kasi gabung terus dari raya pertama sampai raye ketujuh :D
Kat bawah ni gambar rendang pada malam raya. Elok je berkuah sebab tak siap masak pun lagi. On the way dikeringkan. Of course la my mom's handmade weee~


-1 Syawal 1431H-
Next, juadah pagi raya. Mak saya masak lagi nasi minyak dengan ayam masak merah nom nom nom. Yang tengah tu sape2 tak kenal, namanya ketupat palas. Enak dimakan dengan rendang buatan mak nom nom nom lagi. Biasanya pagi raya kami makan lemang tapi sebab beraya kat kontan, tak dapekla nak merase lomang di pagi satu syawal sob3

Lepas makan adalah sesi bermaaf-maafan dan meng'collect' duit raya. Sabar ye adik2, along keje nanti merasa la korang duit raya dari kaklong korang ni.

Siap sembahyang raya adalah sesi fotografi tapi gambo satu family nan ado. Camera cikai wu3. Ini adalah gambar anak2 dara bersama mak abah

Tahun ni kaum lelaki tak pakai baju melayu sebab tawfiq awal2 da borong baju stail pakistan ke apetah saya pun tak pasti tapi sri petaling mari hu3

Gambar adik beradik. Abah cakap saya tak boleh duduk sebelah tawfiq sebab muka sama ha3 (apekah??) so adik wan lah yang kena pindah duduk dekat saya

Habis bergambar kami pun siap2 nak balik ke temerloh. Kita beraya di sana pulak ye kawan2.

-2 Syawal 1431H-
Hari raya kedua kitorang memang biasanya akan beraya ke kampung abah. Jarak masa dari kampung mak ke kampung abah adalah dalam 45 minit macam tu. (Nak beritau jarak jauh tak tahu so cakap jarak masa halal la ye hi3)

Sebelum sampai kampung abah, kitorang sempat singgah bandar temerloh. Memang hajat dari dulu lagi nak buat family potrait. So inilah hasilnya family potrait kami. Saya kelihatan seperti anak bongsu bukan? :p


Habis beraya kat kampung abah, kitorang balik semula ke kampung mak aka rumah kami jugak la. Petang2 tu lepas layan sedara mara datang, saya rasa macam nak tengok kebun abah pulak. So paksa jehan n adik wan ikut saya kutip rambutan hasil tangan abah yang tanam.

Oh pokok rambutan ni rendang lagi. Kitorang boleh capai2 je tapi capai pun duk terjinjit jugak la. Takpun paksa adik wan tarik dahan dia n saya pulak kutip buah dia he3


Antara hasilnya. Manis wokkk! Kalau nak silalah ke kampung saya :)


-4 Syawal 1431H-
Tiba2 da masuk 4 Syawal kan. Ha3 4 Syawal kitorang da balik kuantan semula da. Sampai dalam maghrib macam tu. Kitorang adik beradik da plan nak order pizza sebab abang fiq kita ada voucher baik punya. Tugas menelefon diberi kepada cik ngah kita. First time kot kitorang main delivery2 ni. Gila jakun ha3. Dalam setengah jam gitu da sampai da mat pizza tu. Terbaik lah! Kalah makan pizza kat ecm nuh!

Piza 3 lai, 2 mushroom soup, 2 garlic bread, 4 pcs spicy chicken wing and tambahan 6 crab stick yang saya goreng. Makan adalah untuk satu family dan pizza adalh dibayar oleh mak kami. Nom nom nom kenyang amat lah!


-5 Syawal 1431H-
Kami duduk kat rumah je kemas2 pape yang patut. Mak pulak sibuk di dapur masak rendang daging kerbau pulak. Pagi tu saya sempat la pegi rumah member lama cik syu namanya. Dah berkurun tak ketemu. Dia ni pulak jarang balik kan. Seronok sangat bercerita sampai tak sedar yang minah ni da nak balik KL pagi tu jugak hu3.

Tengah harinya pulak datang la pulak cik daia bersama kak ada kita. Jamulah diorang dengan rendang yang tak siap lagi. Terkejut diorang bila saya cakap rendang tu daging kerbau ha3. Sian korang kan mesti jarang dapat makan kobau hi3

-6 Syawal 1431H-
Kitorang bertungkus lumus bantu mak buat mee kari. Cadangnya untuk kawan2 yang datang je. Sekali long timah n family pun datang singgah. Petangnya pulak pakwe n family pulak sampai. Meriah la rumah kitorang aritu. Orang tersayang pun datang vavavassss.
Member lama cik siti nur ain pun datang elok je lepas balik keje siap dengan uniform lagi tu. Hanom n izzati pulak sampai malam. Wahhh seronok betul jumpa rakan2 lama ni. Kitorang duk berborak je cerita kisah2 lama rinduuuu..!

Eh2 tetiba :D

-7 Syawal 1431H-
Raya ketujuh kan jatuh masa Hari Malaysia. So cuti la kan. Masa ni pulak turn paklang n family sampai. Sopan n patriotik betul saya masa tu siap berbaju kurung ha3. Petang sikit saya bergerak ke Beserah. Uii kak ada ajak makan nasi dagang ye. Sebenarnya ada dalam 2 hari jugak la tak makan nasi kan. Sampai je kat umah kak ada, saya n daia pun melantak la nasi dagang siap tambah ketupat palas lagi. Enak sungguh nasi dagang mak kak ada kita. Saya da la lama tak pekena nasi dagang. Rasa nak tapau bawak balik je. Nasib baik sifat malu masih menebal masa tu wa3.

Tak lama kat umah kak ada, saya singgah umah daia pulak. Alang2 da kat beserah kan. Boleh pulak abid datang sekali siap bawak gang. Cess batul laaa. Kat umah daia dapat la merasa almond london cik daia kita tu. Daia, ko tao tak abid cakap ape? Patut la almond london ni penuh je. Kuang asam kan?? tsk3

Oke cukup seminggu beraya. Minggu depan kita puasa enam pulak ye ecece

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Hu2 semua sibuk2 buat entry hari raya kan. Saya pun nak buat tapi cam takde idea ha3. Ok mari kita dengar takbir raya k. Rasa syahdu bila dengar tapi sebenarnya tak feeling nak raya pun sebab first time saya n family malam raya masih kat kuantan. Kitorang akan gerak balik ke temerloh insyaAllah lepas solat sunat aidilfitri esok. Tak sabar nak sembahyang raya kat kuantan :)



Selamat Hari Raya kawan2 and blogger semua. Ampun maaf zahir dan batin ye dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jangan makan banyak sangat. Berhati-hati di jalan raya, drive safely k. Kepada kaum lelaki esok jangan buat2 lupa pulak solat jumaat. :)

Jom tolong mak kat dapur