Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 27, 2010

we have been teached to not make mistakes
but it just cant live that way~
people tend to make mistakes to treasure the meaning of life=)

Tuesday, July 6, 2010

terharuuu

Sesungguhnya saya sangat terharu. Senpai saya kat semsas dulu sanggup buat glosari ciskek untuk saya he3. Terima kasih kak dhie!

Nanti saya nak try buat ciskek macam kak dhie jugak la. Teringin pulak nak buat bila baca dia punya entry macam menggoda saya je ha3. Sabar ye nanti saya da buat (kalau jadi la) komfem jaja kat sini ha3 kecoh je haku ni.

Sabtu yang best!

Actually saya tengah menunggu gambar2 dari camera rakan2 semsas saya untuk dijaja kat sini he3. Almaklumlah kamera handphone saya ni cap 2 megapixel je hu3. Jari jemari ni da gatal da nak buat entry pasal sabtu lepas yang memang best tak hingat hu2 cepatla rakan2 upload kat fb ye.

Seronok gila! Sabtu lepas, pagi2 saya da bangun. Eh takdela pagi sangat dalam pukul 8 camtu. Tu pun gigih bangun sebab lip da message he3. Saya n ex-semsas da ada agenda nak gathering. Tapi pempuan2 la semua tu pun tak semua la dalam 15 orang je camtu.

Destinasi pertama, haruslah sekolah tercinta hu3. Kebetulan semsas ada buat hari terbuka asrama masa tu. Ape lagi terus pakat2 kumpul depan tunas manja taman tas. Kenangan je tunas manja ni tempat outing utama la katekan hu3. Da masuk sekolah wajib masuk aspuri. Oh rindu betul nak mandi kolah ramai2! =p

Bangunan aspuri. Tsk huduh nau! Takde orang nak sponsor cat ke? See ampaian kat aras da takde. Hebat lah! Takde lagi baju jatuh. Takde lagi baju lelong hu3

Ampaian semua pindah kat bawah. Sian budak Soyuz la terpaksa la korang turun dari aras 4 tu nak sidai kain ye hu3


Ni la dorm saya. Kuning sekuning-kuningnya haih! Dulu zaman saya ada jugak cat oren sikit. Sekarang memang semangat kesukanan betul la hu3 mantap2. Eh kerusi tu apehal? Ha3 sila abaikan sahaja


Last, kenangan dengan bekas katil hu3. Rindu nak tido kat sini. Dulu saya tak dapat langsir tao. Hah tido la dengan nampak bayang2 orang lalu lalang kat luar dorm hu3

Friday, July 2, 2010

Tomyam versi saya

Semalam buat 1st time nya tomyam kembali after 10 tahun takde menu tomyam di rumah saya ni. Bunyi pelik ha2 bukan sebab ape. Dulu mak saya penah try buat tomyam masa saya darjah enam. Tapi nasib tak berapa baik masa makan tu perut saya kosong so malam tu memang sakit perut tak hingat la. Esok paginya, pegi klinik elok doctor cakap, "u gastrik ok. So jangan makan mende2 masam macam tu da gheti?" Ok terdapat sedikit tokok tambah di situ ye kawan2 he3.

Jadi semalam, saya dengan rajinnya telah masuk dapur (biasa memang rajin masuk dapur pun ha3) selongkar bahan2 yang ada nak buat masak. Semangat siap google resepi tomyam lagi tu hu3 pastu compare2 tengok mane yang lagi senang nak buat. So jadi la resepi tomyam versi saya hu3. Bila da try masak haruslah nak kepoh2 kat blog kan ha3.

Nak try? sila2 =)

Ni bahan yang saya guna since mende2 ni je yang ada dalam peti ais saya hu3

½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 batang serai(ditumbuk)
1 labu bawang besar(dibelah enam)-> tapi saya potong bulat senang nak makan ha3 lantak la
2 ulas bawang putih
1 kiub perasa tom yam maggi
2 biji limau nipis
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
1 batang saleri
2 biji tomato(dibelah enam)
Carrot and kobis ekot suka hati =p
Gula dan garam secukup rasa




Nak tambah udang ke sotong ke daging sume bole ye sila2

Then, bole la mula masak ye

Panaskan air dan masukkan ayam dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air limau nipis. Kacau hingga rata. Masukkan pula sayur2 yang terlibat tadi iaitu carrot, saleri and kobis. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.

Bapak la senang rupenya. Sedap betul nak makan camtu je. Bila makan dengan nasi wajib buat nasi banjir dengan kuah tomyam he3. Yang penting perut tak sakit, yess!!


Jemput makan he3 ^^

cakap cakap


Dia cakap: Nampak macam kasut orang nak pegi kebun je tu

Mak cakap: Isy suka sangat beli on9. Mak tengok macam kasut orang nak toreh getah je

Saya: *sigh* wu3 sampai ati =(
Daisypath Anniversary tickers