Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

saya dan ...

Terus terang cakap saya bukanlah peminat tegar bola sepak tapi at least still ambil cakna jugak. Dalam adik beradik saya yang ada 2 lelaki pun 2-2 tak minat football ni. Jangan kata main tengok pun tak. Nak dijadikan cerita saya jelah satu2nya "anak manja abah" yang boleh teman abah layan tengok bola.

Tapi kan tapi kan, saya ni pandai tengok je rules dia haram la saya nak tahu kan. Kang abah cakap offside offside bukannya saya tau pun offside tu ape. Outside acik tau la hu3. Macam mane saya bole layan tengok bola ye? Ok sebenarnya tak. Saya just tau sket2 jela. Paling penting saya masih ada kesedaran yang Chelsea tak masuk world cup. Ok2 tak lawak =p

Mula2 saya tau pasal world cup ni masa saya darjah 4. Logik la kan masa tu umur 10 tahun takkan la umur baru 6 tahun da pandai tengok bola kan? Tapi masa tu pun saya tak tengok lagi. Just tau sebab budak laki kelas saya tula, duk bising France France. Ate camne la saya bole pura2 tak tau yang France menang masa tu kan? Tsk3

Lepas tu FIFA World Cup 2002 pulak. Yang ni kan buat kat Korea Japan. Beza masa dengan Malaysia pun tak banyak. So, bermulalah era saya menonton World Cup wa3. Tu pun bukan dapat tengok sume pun yela dia banyak match petang kan. Kebetulan masa tu saya sekolah petang. Just dapat tengok preview pagi2 kat Malaysia Hari Ini jela.


Saya tak ingat la match mana tapi tiba2 hati saya bole terminat pulak kat Michael Ballack. Mungkin sebab dia nampak macho masa jadi model kot. Tapi bila peluh2 tu gelik jugak tengok ha3. Tapi disebabkan encik Ballack ni jugak la, saya start jadi kipas-susah-mati Germany. Wahaha hebat tak penangan Ballack? Pastu sket2 saya berkenalan dengan player lain. (Ayat bajek balak ko)


Masa tu ingat lagi kapten dia Oliver Kahn. Uih dia sangat garang noks! Takut mak tengok dia terjerit2 dengan muka cam nak makan orang lagi. Tapi dalam takut2 tu bole tergelak2 lagi rasa lawak pulak tengok ha3. Saya ni lain sket. Orang lain tengok bola serius tak hingat tapi saya pulak boleh tergelak2. Sawan ke ape tak tau la =p Tapi the next 4 years, if saya tak silap Kahn da tak main sebab Ballack jadi kapten =)


Lagi sorang saya ingat mestla Miroslav Klose. Masa dia main 2002 tu tak silap saya dia baru masuk. Ingat bukan ape sebab member saya si ecah tu minat sangat dengan dia. Nak tau sebab ape? Sebab Klose pandai lompat pusing badan dia tu hak2 sungguh mengkagumkan masa tu. Nak tiru tapi sedar diri nak lompat biasa pun bape inchi jela yang naik pun =p Tapi saya rasa Klose ni pun hebat jugak. Bila tengok dia score goal tu macam Wow! gituu


Lain2 player yang saya ingat macam Pudolski n si Susah-nak-eja tu. Saya kalau da set dalam pale otak susah nak eja memang sampai sudah la saya tak tahu spelling dia hu3. Secara jujurnya lain2 player memang saya tak ingat ha3 kata kipas-susah-mati, nama player pun tak ingat kan. Camne pun masa tu Germany tetap di hatiku. Wah2! Saya cakap camtu sebab team dia memang hebat! Bukan popular semata2 macam certain team tu *ehem2*


Tapi tu dulu la kan. Since 2006, saya da masuk matrik terus saya da tak jadi kipas-susah-mati da. Yela saya duk hostel. Nak tengok tb pun kena pergi kafe. Tapi saya taula yang Zidane berang dengan pemain Itali sape tah tu. Paper kan ada so baca2 macam tu jela. Cakap pasal Zidane ni, abah saya memang suka sangat dengan dia. Bape kali dia bitau saya Zidane ni muslim hu2 lekat da kat otak ni. Bila tulis macam ni buat saya rasa yang saya ni banyak ikut minat abah..emmm

*ending yang x proper otak tiba2 melayang

Sunday, June 27, 2010

misi belum berjaya

Hari tu ak baca entry zee pasal bedah karipap. Zee suggest suruh google cara kelim karipap. Try la google ni jela hasilnya. Mungkin kene cari kat youtube pulak kot =p



Godek2 kat youtube hasilnya ini sajo



no videos found for "cara kelim karipap"

*sila click untuk lebih besar ^^v

Ahah nampak gayanya kena practically belajar la cara nak kelim karipap he3

nak jugak

Template baru
Saje tukar angin try benda baru hu3

Monday, June 21, 2010

sampai hati mega lanes

Suatu hari di Mega Lanes, Berjaya Megamall Kuantan.

Ecah: Nah ak bagi 10 hinggit. Ko tolong bayarkan sekali eh. Ak tak penah bayar bowling ney he3
Dilla: Aha same la ak pun. Amik la 10 hinggit ni jugak. Tolong bayar kat ak sekali eh.
Aku: Bereh je. Eh kan bole guna student card kan? Korang bawak tak? Mesti dapat murah kan.
Ecah: Ala tak bawak la pulak.
Dilla: Eh, boleh ke? Ak pun tak bawak jugak ney.
Aku: Mestilah boleh. Ha ko tengok tu harga untuk student 3 hinggit je per game. Murah tu
Ecah: Ha ko pegi tanya dulu. Ko bagi card ko wakil untuk kita 3 orang.

Sampai kat kaunter tiba2 terpandang ayat lebih kurang macam ni:
" Student card hanya untuk 21 tahun ke bawah je "

Okay pura2 tak nampak ayat tu eh. Dengan selamba badak bagi jugak matrix card kat akak kaunter

Aku: Akak, bole guna student card kan? (Sambil tunjuk matrix card ku)
Akak kaunter: Aha bole2 (sambil amik card n belek2). Eh, ni tahun 88 ni. Bape umur ni?
Aku: (Haih kantoi jugak ^^! tapi masih nak membodek) Alaa kak, tapi saya belajar lagi. Dulu takde pun rules macam ni.
Akak kaunter: Ehe tak bole la dik. Da lebih umur da ni. Sory eh.
Aku: Okay takpela camtu buat harga biasa je la
Ecah n Dilla: Kah3 ko da lebih umur kah3 lagi.

Hampeh!

Tapi nasib baik main dengan budak 2 ekor ni, ak menang jugak yeahehe.


Minah 2 orang tu ecah n dilla


Kaka bukan nama sebenar tiba2 menang main bowling hak3

Sunday, June 20, 2010

balik kampung tengok kebun

Ini adalah cerita bergambar

Date: 14th june 2010 (ehem2)
Location: Kampung mak, temerloh, pahang


Abah yang tengah ralik meracun rumput kat area kelapa sawit beliau



Adik wan kite yang buat2 rajin (yela memang rajin la) membaja satu kebun abah



Pokok2 sawit abah yang nak membesar



Pokok2 pisang abah

Ada lagi pokok sukun, pokok limau, pokok ceri pun ada tapi bateri hp sudah kong tak sempat nak snap banyak2 lagi hu3

Last view pokok ceri dari bawah n adik wan yang bajet comel ^^

Saturday, June 19, 2010

triple b

Triple b = belated bday boyf, bole tak?hik2

Tiba2 rasa gedik pulak gelak hik2 camtu. Tak penah dibuat hak2 ada =p


bday boyf + gf = bday boyf gf (mengom saye ney!)

Adk kecik saye telah dengan rajinnye buat kek coklat special kt boyf ni. Nape akak tak buat? Akak kasi can kat adik la bukan selalu rasa adik buat hu3

Sory la awak ye. Kite tak belanja awak makan pun kan. Awal2 plan nak belanja pizza yang baru tula konon tapi eh2..he3

Takpe kite bagi dia ni

Pandangan pelan katenye. Isi dalam rahsia kerajaan hu3

Thursday, June 10, 2010

pancake n dorayaki



Makin lama duduk rumah, makin suka memasak n tengok rancangan masak. Ehe this time buat pancake pulak. Ha2 makanan untuk budak2 lagi tapi sebenarnya pancake ni jugak boleh dijadikan dorayaki. Alaa macam yang doraemon makan tu. Just tambah kacang merah je kat tengah dia. Tak caya? Ha meh tengok gambar2 kat bawah ni ye



Gambar2 adalah dari google ye ^^

Tapi nak compare dengan pancake yang saya buat kat atas nuh nipis sikit la ye.Sebabnya masa buat hari tu sukatan bahan saya main agak2 je ye he3

Siapa2 rasa nak try bole tengok resepi sebenar ni ye. (Kenape mesti habiskan ayat dengan perkataan 'ye' eh? =p)

240 gram tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
90 gram gula kastor
2 biji telur
250 ml susu segar
mentega untuk menggoreng
* bahan2 ni boleh adjust ikut berapa banyak yang kita nak buat. If naik buat kelainan boleh jugak tambah jagung manis =)

Kaedah pembuatannya ha2
1. Campur tepung n baking powder sehingga mesra. Mak saya ajar elok campur dua2 then ayakkan. Baru datang kemesraan tu ha3 =p
2. Masukkan gula, telur n susu segar
3. Bancuh adunan sampai sebati.
4. Panaskan sedikit mentega dalam kuali. Tak perlu banyak ye kawan2 agak2 bagi dia tak melekat kat kuali ok la.
5. Amik satu senduk adunan n curahkan kat dalam kuali.
6. Bila da nampak dia macam berbuih2 tu balikkan dia. Angkat dia bila nampak cam da masak.


If nak buat dorayaki just letakkan kacang merah atas dia then tutup dengan sekeping lagi pancake. Dah pun siap!

Ada masa cubalah buat. Sangat senang kan? Adik2 saya yang dah tak budak pun suka makan. If tanak buat macam dorayaki, boleh jugak try dengan sirap coklat, jem or madu. Adik saya lagi hebat makan dengan susu manis tsk2 tapi saya prefer makan macam tu je lagi best kot =)

my water moments

Bila teringat balik saat join rombongan cik kiah aka kelab Janpu pergi Bukit Tinggi dulu banyak sangat tempat2 cantik yang rasa nak diabadikan dalam kamera untuk tatapan anak cucu di masa akan datang hu3. Tapi apakan daya nak abadikan tu boleh, tapi hasilnya camni jela..(sedih)






Yela nak buat camne kan picture2 ni pun adalah hasil dari kamera handphone sony ericsson k530i saya yang tak seberapa tu je hu3..(sedih lagi)
Akibatnya dapatlah gambar yang berkualiti 2 Megapixel ni je. Pada saya gambar2 ni sume cantik, scenery pun tak kalah, model pun nak jugak (eh2 tetibe he3 =p). Tengok tu air terjun yang indah tu pun da nampak macam lukisan je kat gambar ni tsk3 tak patut tak patut.


Yang gambar ni pulak..haih yang sebenarnya encik KA tu tengah buat2 nak sentuh air yang keluar dari buluh tu di kala mentari sedang hangat di kepala. Tapi tula kalau orang tak tau mesti pikir, "pejadahnya budak ni amik gambar pegang batu tu?" tsk3 (sedih lagi sekali)


Oh alangkah seronoknya kalau saya dapat masuk dalam kolam tu, then snap2 gambar ikan koi yang gemuk2 comel2 tu. Wah geramnyeee




Tapi amatlah malang sekali sebab hanya boleh snap dari atas je. Yela kang tetiba ikan gemok tu ngap nyer "handphone canggih"ku ini, melepasla kan. Handphone saya ni kena pressure dari gigi ikan pun tak tahan. Kalau yang lagi besar nilai pressure dia tu, huih tak tahulah nak cakap ape. Tu pun kena hati2 pegang handphone kemas2, amik gambar dari jauh. Bukan ape, buatnya "handphone mahal"ku ini jatuh dalam air, tsk3 selamatlah duit saya habis nak buat beli handphone baru kan hu3. Handphone saya ni kalau buat lah masuk air alamatnya takde harapan da la. (Sedih banyak2 wa3)

Tiba-tiba keajaiban terjadi (versi lagu sailormoon kih3)

Kalaulah saya dapat ini. Lihat tu! Ada pink, hijau, silver, hitam n merah.


Ya! Inilah yang saya mahukan. Dan semestinya saya memilih yang pink kaler. Meh tengok dekat2 meh


Amboi smartnya diaaaaa. Slim pulak tu! Haih sape tak terpikat? Ok apekah "ini" yang saya mahukan tu? Dan saya juga percaya "ini" juga mahukan saya ha3. Ok meh kita kenal meh. Introducing Sony TX5 jeng jeng jeng



Huih dapat je Sony TX5 ni memang tak cari lain dah. DSLR yang beriban tu pun da tak pandang hi3. Yang ni harganya RM 1499.00 ye kawan2. Tengok jela kelebihan2 dia tu. Sape tak teruja beb? Nak2 kalu free tsk2


Ahah precise nyer la camera ni sampaikan kita nak snap gambar menegak ke melintang ke pada masa yang sama pun boleh, tak kisah. Nanti dia akan stitch gambar tu balik then sambung pulak so that gambar tu akan jadi natural balik. Fuh hebat tuuu..

Macam ni pun boleh. Snap la banyak kali pun dalam sesaat tu takpe dia ngap sume skali macam ni


Hebat kan? Meh tengok lagi perbezaan ketara kat bawah ni:



Lain2 features:
-Beautiful images—even in low light
-Natural and vibrant image
-Realistic photos with excellent contrast



Tsk3 terujanya saya. Paling penting camera ni water-proof up to 3 meters dalam masa sejam! Sape blaja fluid? Sila explain hebat tak hebat camera dapat tenggelam 3 metre camni? Jangan compare dengan jam tangan pulak ye hi3

Bukan takat water-proof, temperature-proof pun dia jugak tao. Kita boleh keep on shooting under suhu -10 degree celcius. Agak2 nak try begambo dalam peti ais kejap tu bole lah =p

Kendian, Sony TX5 jugak adalah dust-proof and shock-proof ye kawan2. You can be assured to always get spotless images whatever the environment is! It allows drops of up to a height of 1.5m.

See see ada paham tak bahasa inggeris yang mudah tu? Ya! semudah menggunakan Sony TX5 jugak kan?! Nak maklumat lebih lanjut boleh click disini ye.

Fuh mintak2 la impian jadi kenyataan. Nak satu! =)

Tuesday, June 8, 2010

Pahala Seorang Wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya – ALLAH.

“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani.

“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu – Majah

Monday, June 7, 2010

ayah 3 mak 1 =p

Faces of baby ha seon in korean drama, 3 daddies and 1 mommy. Credit to uncle google ^^



hye my name is ha seon. i haven't been made yet. =p





Alololo comelnye dyeeeee..Nak tengok lama2 dengan harapan dapat baby secomel ni jugak nanti he3

Tuesday, June 1, 2010

life is like a boat by rei fu

Nobody knows who I really am
I never felt this empty before
And if I ever need someone to come along,
Who's gonna comfort me, and keep me strong?

We are all rowing the boat of fate
The waves keep on coming and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves would guide you through another day

Far away, I'm breathing, as if I were transparent
It would seem I was in the dark, but I was only blindfolded

I give a prayer as I wait for the new day
Shining vividly up to the edge of that sea

Nobody knows who I really am
Maybe they just don't give a damn
But if I ever need someone to come along
I know you would follow me, and keep me strong

People's hearts change and sneak away from them
The moon in its new cycle leads the boats again

And every time I see your face
The ocean heaves up to my heart
You make me wanna strain at the oars, and soon
I can see the shore

Oh, I can see the shore
When will I see the shore?

I want you to know who I really am
I never thought I'd feel this way towards you
And if you ever need someone to come along,
I will follow you, and keep you strong

And still the journey continues on quiet days as well
The moon in its new cycle shines on the boats again

I give a prayer as I wait for the new day
Shining vividly up to the edge of that sea

And every time I see your face
The ocean heaves up to my heart
You make me wanna strain at the oars, and soon
I can see the shore

We are rowing the boat of fate, but the waves keep attacking us
But isn't that still a wonderful journey? Aren't any of them a wonderful journey?

saya juga peduli

Saya repost entry ni ye kawan2. Sama2 lah kita berdoa untuk keselamatan saudara2 kita n volunteer seluruh dunia di semenanjung gaza tu


http://www.palestine-info.co.uk/en/