Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 26, 2010

Thursday, February 25, 2010

cuci

Salam

Korang pernah tengok tak filem hong kong tajuk dia needing you if ak tak silap la. Ala yang andy lau n sammi cheng berlakon tu. Ak memang minat la dengan andy lau berlakon cerita apa pun mesti best! Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal andy lau n sammi cheng pun. Tiba-tiba teringat kat part yang masa sammi cheng tengah cam jiwa kacau gitu. Kalau boleh semua tempat nak disental dicuci nyer.



Kalau masa tu kat rumah, habis satu rumah siap dengan toilet sekali dia cuci. Paling tak tahan masa dia tengah bengang dengan andy lau kot. Kat dalam kereta. Boleh dia habeskan tisu dalam kereta tu then dilap2 n dicucinyer dalam kereta tu ha3.

Kelakar kan part tu?

Tapi rasa lagi kelakar bila ak pun cam tu jugak. Bese la kadang2 ada masa emosi tak stabil sket. Jiwa tengah kacau yer. Tapi takde lah sampai nak pergi cuci toilet aras ak ni. Just cuci sket2 je tempat sendiri sudah just nak lepaskan tension je. Actually bukan sekali rasanya dah berkali2 da camtu. Aritu pernah terasa hati dengan adik kecik, boleh pulak ak pergi cuci tong air kat umah tu sambil nangis2 dalam toilet wa3. Nak hide la konon bajet cool kan?! Tapi (haih bape banyak tapi daaa..) seriously cara ni tak banyak sikit pun dapat membuatkan ak control perasaan sebab bila tengah cuci2 tu tak perlu nak tengok muka orang da ceaaa padahal malu nak nangis depan orang =p

Tuesday, February 23, 2010

jangan ada benci

Jangan Ada Benci by Casey


( 1 )
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )

( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati



Hehe sape ad lagu ni? Nak2 lirik dia cam best pulak hu3

Ok malam ni ada test cae yer! Sila bukak buku sekarang! =p

Thursday, February 18, 2010

takde ape

Salam



Oh saya sedang menunggu ini. Tiba2 rasa diri seperti pregnant woman yang sedang mengidam wahahaha. Cepatlah sayangku datang padaku..Daku sudah terliur ni..wekkk maaf mood mengada sudah datang, sila pura2 tak baca if rasa geli =p

p/s: 4 kc n all my chinese friends, zhu nimen nong li xin nian! lai lai wo yao hong bao! he3

Friday, February 12, 2010

hati kecil

Salam.

Tiba2 ak tertarik dengan ayat ni walaupun ayat last tu nampak sangat menipu.

Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!


source: http://www.isuhangat.net/2010/02/11/rahsia-ladies/#more-891

Setuju! Perempuan memang mudah sangat berkecil hati kan? Ak sendiri pun macam tu. Small matter pun nak terasa hu3 ape daa..

Tuesday, February 9, 2010

drama hari sabtu

Salam

Oh da lama tidak mengupdate blog. Ni semua disebabkan kebizian yang melampau. Dengan test yang berderet-deret, assignment yang bertimbun-timbun n lab report yang susah nak mati. Alhamdulillah hari ni la baru terasa rileks sikit. Mood cuti pun semakin kuat menyinggah ha3

Tapi dalam sibuk2 tu pun, last saturday sempat lagi ak join dinner alumni sekolah semsas hidup berjasa ku. AKSHAH namanya. Yeah sangat best! n sangat banyak drama yang berlaku wu3. Ak pun sangat la berani mati join macam tak sedar diri esoknya ada 2 test menanti. Huahaha nak jumpa schoolmate punya pasal fedulik! Tapi ak kat sana pun just untuk sehari je. Lepas habis dinner terus chalo.

~6 feb 2010~
Ak n nini naik bas g kajang. Tiket pukul 1am. Nak dijadikan cerita tulah first time ak naik bas 2 tingkat. Excited tak hingat tu ha3. Yela ak last naik bas pun masa study kat KMM dulu. Bas ke melaka dulu mana la ada yang 2 tingkat ni. Sekarang U pun da sekangkang kera dengan rumah kan masa bila lagi la ak nak naik bas lagi hu3.

Dalam pukul 530am macam tu kitorang sampai kajang. Message edah cakap kitorang da sampai. Pastu edah boleh cakap ukm takde air wu3 apalah malang nasib kami kan. So kitorang solat la dulu kat terminal kajang tu. Edah pun tak pernah tau surau kat situ kih3. Tak lama pastu edah n lijo sampai dengan scooter masing2. And ini adalah lagi satu 1st experience ak. Merempit pagi2 buta fuhhh sejuk sampai ke tulang koooo hu3. Sampai je kat bilik edah da ada rossey. Nini tumpang bilik lijo. Borak2 jap dengan diorang lepas tu berjemaah tido sampai pukul 10. Tsk2 anak dara..

Da bangun nak mandi, aras edah pulak takde air langsung. Merayau2 la kami bertiga sampai ke blok lijo. Nasib kat aras lijo ada air. Nikmat terasa walaupun ada pandangan yang tak menyedapkan mata uwekkk hu3. Then edah n lijo bawak ak, rosey n nini makan2 kat ukm. Jijah yang duk kolej lagi satu pun turun join sekali. Kebetulan masa tu ada function kat situ. Sempat jugak la ak angkut tudung sehelai hu3 nasib tak mahal sangat.

Petang tu sempat la ak join edah lijo n rosey g jalan kat bangi kot dekat je dengan ukm. Tapi apa nama mall nyer ak pun da tak ingat da. Mereka2 ni cari accessories untuk dinner. Semangat deyrang ni yang ak pulak memang takde bajet la kan so jalan2 cuci mata jela. Bila kitorang balik ukm tu satu kereta dari uitm da sampai. Penghuni2 nyer adalah amy, wan n sab. Sian diorang tunggu kitorang bersiap dalam pukul 7 jugak la gerak keluar dari ukm tu n klimaks drama bermula di sini..kah3

Kami keluar dari ukm dengan 2 buah kereta. Plan asal organizer (edah ha3) disebabkan ukm takde air so kitorang semua akan mandi solat n siap2 di masjid besi (katanya) kat putrajaya. Sebab tempat tu da dekat sangat da dengan tempat diner exsas ni n total hour (macam belajatr IE pula hu3) ke sana pun tak sampai setengah jam. So kami pun ikut jela. Nak dijadikan cerita, banyak pulak la halangan kami nak sampai ke sana. Mula2 kereta kami (edah, rosey, lijo, nini n ak) salah masuk jalan. Nasib baik kereta belakang (amy, sab, wan, jijah) sempat follow. Da masuk area putrajaya kami semua da lega sikit.

Malangnya la kan ada jalan kat situ yang ditutup sebab ada marathon satu malaysia kot namanya. Ok semua buat cool, kan ada jalan alternatif. So just follow jela guide yang diberi wakil exsas kan. Tapi masalahnya area putrajaya ni sangat la banyak presint. Sepatutnya kitorang kena masuk presint 2 tapi bila elok je ikut bole pulak la jupe jalan mati. Ampeh laa.. Ok kita pusing balik masuk jalan lagi satu. Pap2 termasuk area kawasan perumahan pula. Waklew! Ok sume cuba untuk cool balik. Kita try lagi masuk jalan lain. Memang ujian Allah la rasanya dalam jam tu kami bole terpusing2 kat area jalan mati n kawasan perumahan tu dekat 5-6 kali kot. Hazab betul! Ak rasa mesti sebab kitorang tak solat magrib dulu masa tu wu3.

Lepas semua da pasrah dengan keadaan, kitorang pun decide stop kat surau taman tu dulu. Kitorang mandi solat n siap2 kat situ je. Tak dapat masjid besi suroau batu pun bole la hu3. Nasib la surau tu ok tempat wudhu ada pintu so boleh la kami mandi dengan amannya. Jam masa tu da pukul 8. Dinner start pukul 830 kooooo. Standard vip la kami semua ni nanti.

Lepas semua siap kami pun gerak semula ke tempat dinner. Alhamdulillah akhirnya urusan kami dipermudahkan. Sampai jugak kat tempat yang dituju. Nasib baik tempat batch kami ni kat belakang sekali. So takdela malu sangat masuk lambat. Tak ramai orang nampak kan he3. Kitorang sampai pun vip baru nak berucap. Sempat la nak makan sama2 kan. And dinner exsas ni memang terbaik lah! Sempat jumpa my uncle n aunt lagi kat situ. Anak beranak satu sekolah la katakan :D

Hu3 da tak larat da nak cerita panjang2 tapi the whole day tu memang experience terbaik lah! Da la dengan kawan2 bila ingat balik rasa cam sweeeeett sangat! Last but not least ini pic ak dengan ain. Ain hot ak selekeh ha3.