Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2009

first day sem 6 di pekan

Salam semua!

Pagi tadi 6am da bangun siap2 nak pergi pekan. Kelas hari ni pukul 8 so kena la bangun awal sebab tengok jadual bas gerak pukul 630-7am je. Ak pun siap la cepat so that tak kena tinggal bas.

Bas gerak pukul 655 macam tu tapi kitorang sampai pekan da 8 lebih. Ak aja n natul bertiga cari lab. Pagi ni patutnya ada lab mechanical vibration. Dengan bantuan beberapa orang lecturer n jurutera pengajar jumpa la kitorang dekat lab yang dicari. Halim n dak chinese ikut sekali. Tapi lab berkunci pulak. Aisehh tension mak. Kut ye pun tak start kelas lagi announce la awal2 dalam memo ke ape kan. Jam berikutnya pun sama gak. CAE n power plant lab. CAE awal2 daw thet thet mun da memo cakap takde lecture tapi yang power plant lab ni pun same je. Lepas tu banyak masa ak n kawan2 abes melepak + tido jerr. Grrr baru semangat nak belajar.

Nasib baik petang ada jugak lecture takde lah rasa membazir masa kat pekan je hu3


takde kerja la ni g ambik gambar lab

Sunday, December 27, 2009

Terima Seadanya....

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia
akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air, biarlah berpada.
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh...
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yg kamu pasti
baik untuk dirimu.
Mengenyangkan..Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yg lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila
dia menjadi milik orang lain...

Wednesday, December 23, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Salam semua!

Ehe buat julung-julung kalinya ak join contest after almost a year ak berblogging he3. Contest ini tersangat la senang, tengok tajuk pun da tahu BLACK & WHITE PHOTO Contest kan. Entry pun tak perlu panjang2 lagi la ak suka memang sesuai sangat dengan jiwa ak. So ini lah gambar ak untuk contest ni. Taraaa..


Gambar ni masa ak join masum kat uum. Credit to mira for this pic. Ak rasa nice da pic ni walaupun ak tak cun pun hu3 tapi the way mira snap gambar ni tersangat la buat ak sukaaa..

Ok la for those yang nak join contest ni, korang boleh just click link bawah banner contest ni. Tarikh tutup tak lama da 25 Disember 2009. So cepat2! Sempat lagi ni


http://thecamerajunkie.blogspot.com/2009/12/black-white-photography-contest.html


Mintak2 ad la luck ak. Thanks akak ezzan nanti2 buat la contest macam ni lagi ye ;)

Sunday, December 20, 2009

family dinner

Salam

Sape2 duduk kat kuantan or belajar kat kuantan or kerja kat kuantan biasa makan2 kat indera mahkota (IM) tak? Ehe meh sini ak nak promote satu cafe baru kat area rumah ak ni. Namenye Lebak Cafe. Sape2 nak melancong ke kuantan pun boleh cuba gak he3.


Maaf gambar jadi tak clear sebab diambil dari dalam kereta semasa hujan hu3

Semalam lepas isyak, abah bawak kitorang satu family dinner kat tempat ni. Nasib baik hujan da berhenti, lancar la sikit perjalanan hu3. Tempatnya memang tak jauh pun dengan rumah kitorang. Kalau rumah ak ni letaknya kat IM 2, Lebak Cafe ney dalam IM 5. Tersangat la dekatnya. Abah kata da lama da dia nak bawak kitorang makan kat sini sebabnya nama Lebak tuh. Katanya sama nama dengan satu tempat kat kampung dia tu. Tapi sebabkan kami ney orang pahang makanya pronounce 'a' tu jadi 'o' => 'Lebok' gituu. Ha3 ak pun tak perasan wujudnya tempat nama Lebak tu =p


Ehe ni antara makanan yang kitorang order. Yang lain tak sempat nak snap gambar da ngap masuk mulut dulu hu3.

Cafe ni baru lagi kot tapi environment dia nice la lampu2 nya sikit lagi nak romantik hu3. Makanan pun best n banyak choice, western eastern semua ada n harga pun tak mahal sangat. So sape2 yang lalu ke datang kat IM ni bolehlah try makan kat sini. Kitorang tunggu order sampai pun tak lama sangat kira berbaloi ar.


Ni muka 2 orang budak kekenyangan tengok semua habis licin =p

Tu saja cerita hari ini. Ak tak dapat upah pun promote cafe ni tapi saja2 je nak hebahkan tempat makan best kat IM ni. Ehe kalau ad rezeki try la =]

Friday, December 18, 2009

hijrah

Salam Maal Hijrah 1431H semua!



Sudah hijrah kah kita? Ingatan pada diri sendiri dan readers sekalian



Persoalan : nape doa awal n akhir tahun kt tv n jakim lain eh? ada sape2 bole jawab?


p/s: tahniah untuk team malaysia! he3 =]

Tuesday, December 15, 2009

result

Salam

UMPianss ak da tengok result ak. Korang dah? ehe actually kan result sem ney memang lambat gile2 ar keluar. Hari2 ak bukak e-comm takde jugak final result. Then, petang tadi hajar msg ak cakap tapak da dapat tengok result. Bukan cara biasa tapi siap bercoding gituu hu3

Ok kawan2 ini adalah step nya sila ambil perhatian (hi3 bajet terer)



1. Click kat coursework. Then dye akan keluar macam ni la kan (sila click untuk imej yang lebih besar n abaikan benda yang lain yang tak berkaitan hu3 tak sempat nak buang)

2. Kat tempat yang ak bulatkan dengan tak lawanye tu, korang delete perkataan coursework

3. Then copy paste kan coding ini
preview&semcode=06071%2FIJA&semcode=06072%2FIJA&semcode=07081%FIJA&semcode=07082%FIJA&semcode=08091%2FIJA&semcode=08092%2FIJA&semcode=09101%2FIJA

4. Result akan keluar kat bahagian bawah2 sikit

Ok itu saja tutorial hari ini. Selamat mencuba! =p
* sekali result da bole tengok esok hu3

Credit to tapak n hajar for the information

edit:
ok yang ney lagi senang eh
- bukak final result, pilih sem ni then click submit. Pegi kat url then tukar word 'result' kepada 'preview'

this one credit to liebe hi3

edit lagi: lan srh credit ke mok for dat information ehe mok bace ke blog ak? ak credit kat ko ney he3

Thursday, December 10, 2009

cake saye!

Salam

Ok ini adalah cerita lama harap maklum





Ehe ini adalah 2 biji kek yang ak berjaya buat before aidiladha aritu (dengan pertolongan adik wan). Cake biasa n chocolate cake. Rasanya not bad lah tapi ak prefer chocolate cake sebab tu size dia besar sikit =p. Yang corak2 tu pulak just guna stick je kalau creative lagi dapat la corak cantik sikit. Buat cake ni semata-mata nak bawak kat tawfiq. Sian dia tak dapat balik raya sebab spm hu2

Tuesday, December 8, 2009

kemajuan d situ

Salam




Wuhuu tajuk line tp isi nya same ngn entry eddy ehe tak kira nak letak jugak sebab da print screen =p..see fs da maju d situ. Da lama tak sign in tetibe kebosanan melanda last weekend. So ak pun try la jenguk2 fs. Terkejut eden. Da lain betul! Tapi da tak active sangat da rasa nak delete account pun ada hu2 ^^

*sila click gamba untuk lebih besar

Sunday, December 6, 2009

skulmate kawen




6 December 2009
Jengka, Pahang

Selamat Pengantin Baru Puan Shakila

Hik2 sukaaaa sangat sangat sangat. Ini adalah schoolmate pertama ak yang kawen ok. Nak tumpang gembiranya macam ak pulak yang kawen walaupun ak tak join konvoi ha3 =p.

credit pic to edah

nice!

Thursday, December 3, 2009

google saya pulak

Salam





Oho sengaja letak poster bleach. Ni sebelum si Aizen n konco2 nya belot. Ehe actually semalam baru tengok episod baru 248. Bila la ko nak habis? Dulu2 ak punya la semangat duk kumpul semua episod bleach dari yang 1st sampai dengan movie2 sekali ak simpan. Punya la kipas-susah-mati bleach ak ni. Tapi bila lama2 tengok story line dia cam panjang je lagi tak sanggup la ak. Last2 ak delete je semua hu3.

Ehe ni apahal pulak la mukaddimah bleach lak eh? he2 takde kaitan pun sengaja je bosan2 tatao nak tulis apa. Aha semalam kan ak lepas je baca IJAU COMEL, ak pun saja2 la gatal duk mengoogle atiqahtuty. Sekali pap about 392 gak la result nyer oho nak bangga ke idak? Bukan famous amos sangat pun ak ni, orang lain lagilah entah2 392 tu baru pages diaorang je hu2 maka nya tak perlu lah nak bervanggeee di situ ok tuty xiao jie sila sedar diri..

Berbalik kepada kisah google ku tadi, masa ak tengok result yang ada link dengan nama ak tu tiba2 ternampak lah satu yang menarik perhatian mataku (awww ayat takleh blah =p). Tajuk nya (ceh tajuk tu) Hasil Pencarian Iklan Tentang Apakah Sujud Tilawah Itu. Kan dulu (bagi yang pernah baca la) ak ada tulis pasal sujud tilawah ni tapi ak pun amik daripada en google gak. Then, fuh! tak sangka blog ak pun termasuk dari sumber orang tu jugak ok. Nasib baik la dalam entry tu ak ada letak sekali link source yang ak refer tu.

Jadi kesimpulan n pengajarannya kat sini, ni hanya pendapat ak jela kan, lepas ni kena lebih berhati2 lah masa nak tulis or blog kan something especially. Sebab yela kita mungkin just nak tulis hanya untuk suka2 kan tapi bila da satu dunia baca em actually boleh baca jadinya menda tu mungkin boleh jadi satu isu sama ada positive or negative impact. And boleh juga jadi macam reference orang secara tidak sengaja, contoh terdekat ak la kan. Jadinya, lepas ni kena ensure la yang reference kita tu adalah daripada sumber yang sahih. Bukan main copy paste je ala macam buat assignment ecece macam tak biasa pulak korang eh? ha3 ok serius!



Daisypath Anniversary tickers